Lesen Memandu 2021 Harga Cara Mengambil Lesen Peraturan Baharu Sekolah Memandu


LESEN MEMANDU  2021: HARGA, CARA MENGAMBIL LESEN & PERATURAN BAHARU SEKOLAH MEMANDU

 
Untuk makluman, terdapat beberapa peraturan baharu lesen memandu yang diperkenalkan.
Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2021 — termasuk kereta dan motosikal.
Selain itu, ujian tanpa penguji akan mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.
Institut memandu juga diarah memasang kamera di dashboard kereta bagi mengelakkan kejadian penguji sengaja gagalkan pelajar.
Selepas ini juga, semua ujian dibuat secara berkomputer dan dipantau melalui video di bilik kawalan.
Baca tentang SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM,JPJ & AES ONLINE
HARGA LESEN MEMANDU 2021
Berikut adalah senarai harga lesen memandu mengikut kategori:
Motosikal (B2) – RM350
Kereta Manual (D) – RM1,150
Kereta Automatik (DA) – RM1,250
Anda boleh buat pengesahan harga di institut memandu berhampiran (klik link di bawah untuk lihat senarai penuh institut memandu mengikut negeri).
Kuala Lumpur Johor Pahang Selangor Pulau Pinang Kedah Perlis Perak Negeri Sembilan Melaka Terengganu Kelantan Sabah Sarawak Nak tahu harga lesen memandu terkini mengikut negeri,  rujuk HARGA LESEN MEMANDU 2021
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk portal rasmi JPJ di www.jpj.gov.my
CARA MENGAMBIL LESEN MEMANDU
Berikut dikongsikan cara-cara mengambil lesen memandu 2020.
Adik-adik lepasan PT3 yang genap umur 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc.
Lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila anda genap berumur 17 tahun.
Sekiranya berminat untuk mengambil lesen E (bas / lori) sila tunggu umur anda genap 21 tahun dahulu.
PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KALI PERTAMA
Di bawah adalah langkah-langkah untuk mengambil lesen memandu kali pertama:
Pendaftaran – Daftar di Kaunter Pendaftaran Akademi Memandu berhampiran.Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
Kursus KPP – Kursus KPP di akademi memandu diadakan selama 6 jam. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
Ujian Komputer – Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50.  Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus.
Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.
KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.
KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02
Ujian QTI – Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.
 
The post LESEN MEMANDU 2021:HARGA,CARA MENGAMBIL LESEN & PERATURAN BAHARU SEKOLAH MEMANDU appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/lesen-memandu-2021-harga-cara-mengambil-lesen-peraturan-baharu-sekolah-memandu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej 2021 Buffet Ramadhan Dan Sea Life Di Legoland Johor Baharu

Pakej 2021 Buffet Ramadhan Dan Sea Life Di Legoland Johor Baharu

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 1055 hits
Hai semua diam tak diam dah seminggu kita berpuasa Macam mana pengalaman puasa Ramadhan tahun 2021 ni Apa kata tahun ini kita buat kelainan pengalaman berbuka puasa di Legoland Malaysia bersama keluarga tercinta Sekali sekala gantung kuali ...
5542 Ppim Mahu Kpdnhep Terus Pantau Harga Barang Keperluan Wacana My 13 04 2021

5542 Ppim Mahu Kpdnhep Terus Pantau Harga Barang Keperluan Wacana My 13 04 2021

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 497 hits
KUALA LUMPUR 13 April Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terus memantau dan memastikan harga barangan keperluan terkawal menjelang Ramadan dan Perayaan Aidilfi...
Cara Daftar Ssm Online Percuma Sehingga 31 Disember 2021

Cara Daftar Ssm Online Percuma Sehingga 31 Disember 2021

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 441 hits
Cara Daftar SSM Online Pendaftaran SSM secara online pastinya memudahkan lagi urusan anda kerana semua perkhidmatan ini hanya di hujung jari Jimat masa Pengumuman terbaru memberikan lagi sinar kepada para usahawan untuk mendaftarkan perniag...
5525 Simpan Resit Sebagai Bukti Jika Berlaku Pertikaian Harga Kualiti Harian Metro 31 03 2021

5525 Simpan Resit Sebagai Bukti Jika Berlaku Pertikaian Harga Kualiti Harian Metro 31 03 2021

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 518 hits
Kuala Lumpur Dakwaan mengatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya menjaga golongan peniaga di negara ini adalah tidak tepat Ini kerana kementerian itu perlu memastikan semua pihak di dalam rantaian kepengguna...
Biasiswa Zamalah Pendidikan Maik 2021 Cara Permohonan Borang Semakan Kelayakan

Biasiswa Zamalah Pendidikan Maik 2021 Cara Permohonan Borang Semakan Kelayakan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 595 hits
BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2021 CARA PERMOHONAN BORANG SEMAKAN KELAYAKAN Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia daripada Negeri Kelantan yang ingin memohon penajaan pengajian bagi melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian T...
Jadual Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2021

Jadual Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2021

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 514 hits
Picture Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah 2021 Picture Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah 2021 Picture Cuti Perayaan 2021
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa