Biasiswa Zamalah Pendidikan Maik 2021 Cara Permohonan Borang Semakan Kelayakan
BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2021:CARA PERMOHONAN,BORANG & SEMAKAN KELAYAKAN
Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada Negeri Kelantan yang ingin memohon penajaan pengajian bagi melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kini boleh memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Boleh baca Bantuan IPT MAIK
TARIKH PERMOHONAN BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2021
Permohonan bagi BiasiswaZamalah Pendidikan MAIK 2021 telah dibuka dan akan ditutup pada 28 April 2021.
BIDANG PENGAJIAN BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2021
Pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT dalam mana-mana bidang yang bermanfaat adalah layak untuk memohon Biasiswa Zamalah PendidikanMAIK ini.
SEMAKAN SYARAT UMUM BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2021
Pemohon yang ingin memohon BiasiswaZamalah Pendidikan MAIK perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:
Permohonan adalah terbuka kepada semua lepasa SPM.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
Pemohon terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
Pemohon melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
Pemohon berumur 25 tahun pada tarikh permohonan.
Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama dari mana-mana IPTA sahaja.
SEMAKAN SYARAT AKADEMIK
Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik mengikut peringkat pengajian.
i) Sijil Kemahiran
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) perlu sekurang-kurangnya telah atau sedang menduduki tahap 2; atau
Sijil Kemahiran lain sekurang-kurangnya lulus SPM.
ii) Diploma
PNGK Diploma adalah 3.5 pada semester 1; atau
Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada Gerd C dan ke atas).
iii) Ijazah Sarjana Muda
Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Diploma; atau
Mempunyai STAM yang setara dengan STPM; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti.
CARA PERMOHONAN BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2021
Berikut adalah cara untuk memohon Biasiswa Zamalah PendidikanMAIK :
Layari laman web berikut https://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/muat-turun-awam.html
Klik bahagian ‘Download.’
Muat turun borang permohonan tersebut.
Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke alamat berikut:
Urusetia, Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM,Unit Tajaan Pendidikan, Tingkat 3
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,Kompleks Islam Lundang,Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru,Kelantan Darul Naim.
DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN
Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
Surat Beranak & Kad Pengenalan Pemohon/Pasport (Sekiranya berkaitan).
Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga.
Surat Beranak/Mykid/Kad Pengenalan Tanggungan IbuBapa/Penjaga.
Slip gaji/Pencen/ Surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga.
Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STU/STAM, STPM/ Keputusan peperiksaan terakhir (sedang menuntut di Institusi Pengajian).
Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (Diploma/Ijazah Dalam & Luar Negara)/Surat Pengesahan Pengajian Terkini Sijil berhenti sekolah ( A-Level sahaja).
Sijil-sijil kegiatan luar/ko-kurikulum.
Sijil-sijil yang berkaitan.
Penyata akaun bank.
Adalah diingatkan bahawa semua dokumen sokongan terbabit perlulah disahkan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika perlukan maklumat lanjut & pertayaan, sila sila hubungi talian 09-7481512 sambungan Unit Pendidikan atau email ke unit.pendidikan.maik.gmail.com.
The post BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2021:CARA PERMOHONAN,BORANG & SEMAKAN KELAYAKAN appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/biasiswa-zamalah-pendidikan-maik.html