Lepas Pillow Talk Dengan Anak Mama Bacalah Doa Pada Ubun Ubun Kepala Impaknya Luar Biasa


Sebelum tidur kita biasanya akan berbual dengan anak-anak atau membacakan bed time story untuk mereka. Tapi pernah tak mama dan papa bacakan doa bersama-sama sebelum meninggalkan mereka dalam bilik untuk tidur.
Selain aktiviti seperti pillow talk atau bed time story, mama atau papa juga boleh bacakan doa untuk si kecil pada ubun-ubun mereka. Ia bukan sahaja aktiviti yang baik untuk diamalkan sebelum tidur, malah dapat memberikan impak yang positif terhadap sikap anak itu sendiri.

Sebelum Tidur, Doakan Antara Satu Sama Lain
Saya nak share satu aktiviti yang korang boleh buat dengan anak-anak sebelum tidur.
Elok dibuat selepas korang pillow talk dengan anak-anak, atau selepas korang bacakan buku cerita. Betul-betul sebelum nak tidur.
Macam saya, aktiviti baca buku cerita tu dah tak buat sebab semua dah boleh baca buku sendiri. So saya buat pillow talk dan aktiviti yang ini; mendoakan satu sama lain.
Mudah je caranya.
Kita mulakan dulu pada anak-anak. Lagi bagus, libatkan sekali tok laki. Biar satu keuarga saling mendoakan.

Ah, sweet kan?
Letak tangan kita pada ubun-ubun diorang, lepastu sebut je apa doa yang kita nak.
Macam saya, anak-anak suka minta doakan diorang supaya tak mimpi buruk. Sebab diorang ni jenis takut gelap. Tapi saya pulak tak boleh tidur kalau tak tutup lampu.

So setiap anak akan ambil giliran untuk didoakan (dapat polish skill mengambil giliran dan bersabar tunggu turn masing-masing).
Tangan wajib letak atas ubun-ubun, kalau setakat tadah tangan je, diorang tak puas hati.
“Ya Allah, bagi Bamir tidur lena tak mimpi buruk, bagi Bamir bangun awal untuk solat subuh, bagi Bamir sihat, dan selalu bersikap baik.”
Ini antara bunyi doa yang selalu saya sebutkan. Simple je tapi seriusly, memang besar gila impak pada diorang untuk keesokan harinya.

Dan kalau dah biasa buat benda ni, memang boleh nampak beza pada diorang kalau kita doakan tu sambil lewa je. Ni memang saya nampak dan rasa sendiri kesannya.
Curhat Sambil Berdoa
Korang kena cuba sendiri.
Nak tahu apa yang lagi best?
Diorang pun pandai nak doakan kita juga. Syok kot anak yang takde dosa, doakan kita. Selalunya diorang akan copy paste je ayat kita tu.
Tapi ada masanya, diorang ni buat curhat sambil berdoa.
“Ya Allah, bagi umi tak marah-marah. Bagi umi tak kawan dengan syaitan. Ya Allah, bagi umi cakap elok-elok, bagi umi suka senyum.”

Huwaaaaaaaaaa
Mau tak sentap hati kau dibuatnya.
Tapi, doa tu akan menyebabkan kau cuba nak jadi mak yang lebih baik untuk hari esok.
Menyakitkan tapi menyedarkan.
Cubalah!
#SriAjilahSamsir
Belajar baiki diri dari doa seorang anak
Kredit: Sri Ajilah Samsir
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!


 
 
 
The post Lepas Pillow Talk Dengan Anak, Mama Bacalah Doa Pada Ubun-Ubun Kepala. Impaknya Luar Biasa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-pillow-talk-dengan-anak-mama-bacalah-doa-pada-ubun-ubun-kepala-impaknya-luar-biasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naik Ruam Merah Alahan Lepas Bagi Anak Makanan Pejal Jangan Cemas Ini Panduan Dari Dietition

Naik Ruam Merah Alahan Lepas Bagi Anak Makanan Pejal Jangan Cemas Ini Panduan Dari Dietition

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 188 hits
Keterujaan ibu menyediakan makanan anak selepas usianya enam bulan menjadi satu kerisauan bila mana kulit anak naik ruam dan pelbagai alahan lain Jangan cemas dan jangan berhenti untuk terus memperkenalkan makanan untuk anak Ada sebabnya In...
Nak Anak Membesar Sihat Cerdas Mama Perkenal 5 Jenis Sayur Buah Ni

Nak Anak Membesar Sihat Cerdas Mama Perkenal 5 Jenis Sayur Buah Ni

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 192 hits
Nak anak makan buah dan sayur tapi tak tahu nak bagi yang mana dulu 5 jenis buah dan sayur ini boleh mama perkenalkan dahulu Bukan sahaja kaya dengan khasiat malah ia juga dapat membantu anak anak membesar dengan sihat dan cerdas Selain itu...
Lepas Terhantuk Ada Tanda Ni Bawa Anak Ke Hospital Bahaya

Lepas Terhantuk Ada Tanda Ni Bawa Anak Ke Hospital Bahaya

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 173 hits
Tak boleh nak elak sesekali pasti anak akan terjatuh atau terhantuk sebab mereka lasak dah boleh berdiri atau berjalan Kalau jatuh biasa biasa tanpa luka mungkin tak ada masalah tapi kalau sampai benjol adakah berbahaya untuk anak Memang ri...
Sambutan Luar Biasa Bukti Rakyat Johor Terima Pn

Sambutan Luar Biasa Bukti Rakyat Johor Terima Pn

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 226 hits
satuberita myBy February 19 2022KETIKA parti Umno cukup yakin dapat membenam Parti Pribumi Bersatu Malaysia seterusnya menang besar pada Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac ini namun suasana di peringkat akar umbi tidak menggambarkan sede...
Doktor Share Cara Jerlum Kepala Anak Bila Demam Tak Perlu Tuala Basah

Doktor Share Cara Jerlum Kepala Anak Bila Demam Tak Perlu Tuala Basah

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 269 hits
Sekarang ni musim anak anak demam susah hati dibuatnya Salah satu kaedah yang mama guna untuk turunkan suhu panas tu adalah jerlum dengan air Ada juga yang gunakan tuala basah kemudian diletakkan atas kepala anak Artikel Menarik Melalui per...
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 261 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Makanan Sihat Kurangkan Simptom Anak Autisme Ini Cara Mama Papa Boleh Buat

Makanan Sihat Kurangkan Simptom Anak Autisme Ini Cara Mama Papa Boleh Buat

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 310 hits
Mempunyai anak autisme memerlukan penjagaan yang lebih teliti bagi memastikan perkembangan dan pembesaran mereka berjalan dengan baik Justeru pemakanan juga memainkan peranan penting untuk memastikan anak istimewa ini dapat menjalani kehidu...
Makanan Berasaskan Oat Baik Untuk Si Kecil Ini Resepi Mudah Mama Kongsikan Sekali Rasa Anak Mesti Suka

Makanan Berasaskan Oat Baik Untuk Si Kecil Ini Resepi Mudah Mama Kongsikan Sekali Rasa Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 260 hits
Oat memang baik untuk si kecil mama banyak khasiat yang terkandung di dalamnya yang baik untuk tumbesaran si kecil Tapi kadang tak tau apa hidangan yang boleh mama sediakan menggunakan oat untuk dimakan oleh si kecil Jom cuba resepi daripad...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia