Lepas Bersalin Jagalah Baik Baik Tidaklah Segan Bila Di Situ Ada Bau Tak Best


Selepas melahirkan anak, terutamanya kelahiran secara normal akan ada luka pada vagina ibu. Luka bersalin perlu diberi perhatian dan dibersihkan dengan betul. Ada sesetengah ibu merasa takut untuk mencuci luka kerana rasa pedih dan ngilu apabila melihat keadaan luka. Sebenarnya jika dijaga dengan baik, luka bersalin boleh segera sembuh.
Artikel Menarik: [Makan Untuk Dua Orang, Hanya Alasan. Bayi Dalam Perut Tak Pernah Minta Macam-Macam]
Membersihkan luka selepas bersalin sangat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kawasan tersebut. Jangkitan kuman boleh menyebabkan luka menjadi gatal dan kemudian bernanh. Itu lebih sakit dan sukar untuk dijaga. Penjagaan rapi juga boleh membersihkan segala kotoran pada bahagian intim yang berkemungkinan membawa kepada jangkitan penyakit.
Amalkan ‘Bercebok’ Untuk Membersih
Amalan ‘bercebok’ adalah istilah yang digunakan oleh orang tua zaman dahulu untuk membersihkan bahagian intim si ibu. Ia boleh dibuat sendiri, bahannya mudah dicari dan tidak memerlukan modal yang besar. Apa yang anda perlukan hanyalah:
Sedikit garam kasar
2-3 keping asam gelugor
Daun sirih
Rebuskan semua bahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan ke dalam bekas basuhan dan tambahkan air paip sedikit. Pastikan air cebok bersuhu suam dan bersihkan luka dengan air terlebih dahulu.

Kemudian bolehlah bercebok dengan air rebusan tadi. Amalan ini sebaiknya dibuat dua kali sehari. Tunggu sehingga hari keempat atau kelima sebelum memulakan amalan bercebok.
Bertangas Hilangkan Bau Hanyir Pada Bahagian Intim
Selain amalan bercebok, ibu selepas bersalin digalakkan untuk membuat tangas. Tangas sangat baik dan berkesan untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian intim. Selain itu, amalan bertangas dapat membasmi kuman serta melancarkan peredaran darah nifas.

 
Ini membolehkan saki baki darah dalam rahim dikeluarkan. Bagi memudahkan ibu dalam pantang, anda boleh mendapatkan tangas yang sedia digunakan di pasaran. Tetapi seeloknya dibuat sendiri untuk menjamin kesegran serta kualitinya.
Resipi tangas paling mudah yang boleh anda buat sendiri:
Sedikit manjakani
Sedikit kunyit
Sedikit halia
Garam
Daun pandan
*Bahan-bahan ini digunakan dalam kuantiti yang lebih kurang sama kecuali daun pandan. Tambahkan daun pandan jika anda mahu bancuhan tangas anda lebih harum.
CARA MEMBUAT:
Rebus semua bahan sehingga mendidih. Masukkan ramuan tangas ke dalam baldi. Rebusan herba diletakkan di bawah kerusi berlubang di tengah. Sarungkan kain batik dan duduk di atas kerusi tersebut. Bertangas sambil melakukan senaman kegel selama 20 minit Tahukah anda, bertangas sambil membuat senaman kegel dapat menguatkan otot vagina dan membantu ia menjadi lebih ‘mencengkam?’. Selain itu, masalah kentut vagina juga dapat diatasi dengan amalan bertangas.
Jangan Takut Untuk Bersihkan Luka
Kebersihan pada bahagian intim bukan sekadar memerlukan anda untuk bercebok dan bertangas sahaja. Ibu harus rajin menukar tuala wanita sekurang-kurangnya dua jam sekali. Setiap kali selepas membuang air, cuci bersih dan keringkan. Luka yang dikeringkan dengan baik dapat mengelakkan jangkitan kuman serta mempercepatkan proses untuk sembuh.
Artikel Menarik: [Sakit Kontraksi Memang Tak Boleh Kongsi, Tapi Rajin-Rajinlah Manjakan Isteri. Mudahkan Dia Bersalin]
Selesai bersebok, sapukan ubat luka yang diberikan oleh doktor. Jangan merasa takut untuk membersihkan luka. Amat penting ia dibersihkan dengan baik bagi mengelakan jangkitan kuman. Jika susah atau anda merasa takut, mintalah bantuan suami untuk membersihkan luka anda.
Makanan Sembuhkan Luka
Selain mengamalkan petua lama atau menggunakan ubat untuk membersihkan luka, anda boleh makan makanan berkhasiat. Buah limau yang kaya dengan vitamin C sebagai contoh, dapat memperbaiki sel kulit dan menyembuhkan luka dari dalam. Ia juga dapat mengelakkan masalah sembelit sekaligus boleh mengurangkan rasa khuatir ibu untuk membuang air serta membersihkan luka.
Amalan memakan kunyit muda yang dihiris nipis sebagai ulam juga amat baik. Kunyit bertindak sebagai bahan anti septik semula jadi yang mempercepatkan pengeringan luka. Kunyit juga dapat mematikan kuman sekaligus melindungi bahagian intim dari terkena jangkitan.

Jika anda tidak mempunyai masalah untuk memakan labu, ia juga elok untuk menyembuhkan luka. Kandungan magnesium dalam labu membantu untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit yang baharu.
Artikel Menarik: [Hidung Anak Berdarah Buat Ibu Tercari-Cari Punca, Salah Satunya Kerap Guna UBat Nasal Spray!]
Amat penting agar ibu tidak merasa takut untuk membersihkan luka kerana amat penting bahagian intim dijaga sebaiknya. Banyakkan bertanya dan membaca untuk menambah ilmu supaya anda bersedia untuk melalui fasa berpantang dengan lancar dan tidak bermasalah.
 
 
The post Lepas Bersalin, Jagalah Baik-Baik. Tidaklah Segan Bila Di ‘Situ’ Ada Bau Tak Best appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-bersalin-jagalah-baik-baik-tidaklah-segan-bila-di-situ-ada-bau-tak-best/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 56 Tahun Hospital Bersalin Kuala Lumpur Tamatkan Operasi Ramai Gamit Kenangan Bersalin Dan Dilahirkan Di Situ

Selepas 56 Tahun Hospital Bersalin Kuala Lumpur Tamatkan Operasi Ramai Gamit Kenangan Bersalin Dan Dilahirkan Di Situ

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 489 hits
Bermula semalam tiada lagi bangunan Hospital Bersalin Kuala Lumpur selepas 56 tahun beroperasi Menurut laporan sebuah akhbar bangunan yang terletak dalam Hospital Kuala Lumpur itu menyimpan banyak nostalgia terutama bagi warga kota yang per...
Dah Bergaduh Di Tol 2 Lelaki Jadi Kawan Baik Lepas 9 Jam Dalam Tahanan Polis

Dah Bergaduh Di Tol 2 Lelaki Jadi Kawan Baik Lepas 9 Jam Dalam Tahanan Polis

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 253 hits
Lima hari lalu tular di laman media sosial mengenai insiden kejar mengejar di antara sebuah kenderaan jenis van Hiace dan Mazda CX5 yang didakwa berlaku plaza tol di Ibu Negara Suasana menjadi semakin tegang apabila berlakunya pergelutan di...
Jangan Mengelat Minum Susu Waktu Hamil Takut Lepas Bersalin Nanti Gigi Jadi Longgar

Jangan Mengelat Minum Susu Waktu Hamil Takut Lepas Bersalin Nanti Gigi Jadi Longgar

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 464 hits
Ada sesetengah ibu mengandung yang tidak boleh minum susu yang diformulasi khas untuk wanita hamil Mungkin kerana rasanya yang berlemak atau perisanya yang tidak kena dengan selera membuatkan mereka merasa muak ketika meminumnya Bolehkah se...
Mobilnya Ditabrak Pengendara Ojol Olla Ramlan Justru Kasih Sang Driver Hadiah Baik Banget

Mobilnya Ditabrak Pengendara Ojol Olla Ramlan Justru Kasih Sang Driver Hadiah Baik Banget

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 299 hits
Jangan takut untuk bersikap jujur dan mengakui kesalahan Rezeki sudah ada yang mengatur
Saya Ajak Penganut Kristian Jadi Rakyat Baik Steven Jawab Tuan Ibrahim

Saya Ajak Penganut Kristian Jadi Rakyat Baik Steven Jawab Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 388 hits
Steven Sim Chee Keong PETALING JAYA Steven Sim Chee Keong hari ini tampil menjelaskan ucapannya di satu forum pada 14 Sept lalu selepas pemimpin PAS mendakwa beliau mempromosi The Kingdom of God dan The Jesus Manifesto di satu forum Timbala...
Calon Menantu Lelaki Yang Baik Dia Gelisah Waktu Maghrib

Calon Menantu Lelaki Yang Baik Dia Gelisah Waktu Maghrib

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 487 hits
Calon Menantu Lelaki Yang Baik Dia Gelisah Waktu Maghrib Bukan mudah untuk mencari calon menantu lelaki yang baik untuk anak perempuan sendiri Namun tidak susah jika tahu caranya Bakal bapa dan ibu mertua pun kena baca Berdasarkan perkongsi...
039 Nasib Baik Tak Kena Kepala 039

039 Nasib Baik Tak Kena Kepala 039

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 201 hits
SYUKUR Allah SWT melindungi saya tetapi sehingga hari ini saya masih trauma kerana insiden itu berlaku di hadapan mata sendiri kata Zaitun Rashid Zaitun 62 adalah ibu enam anak yang berdepan detik cemas selepas kipas siling di dalam bilik t...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut