Jualan Secara Terbuka Rokok Vape Diharamkan Mulai 1 April 2025


Jualan Secara Terbuka Rokok & Vape Diharamkan Mulai 1 April 2025 di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Selangor.
Peraturan ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta 852 (Smoking Products Control Act for Public Health 2024) yang bertujuan mengetatkan kawalan ke atas penjualan serta penggunaan produk berasaskan tembakau bagi memastikan kesihatan awam lebih terjaga.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda maklumat lanjut berkenaan dengan pengharaman penjualan rokok dan vape secara terbuka di negara kita.
Baca juga: 13 Kesan & Bahaya Merokok Pada Tubuh Badan – KKM
Peraturan Baharu yang Dikuatkuasakan Di bawah Akta 852, produk tembakau dan vape perlu disimpan di dalam kabinet tertutup dan tidak dibenarkan berada di kaunter atau rak yang boleh dilihat oleh pelanggan.
Sebagai ganti, peniaga hanya boleh meletakkan papan tanda khas untuk memaklumkan bahawa produk tersebut masih dijual. Selain itu, bagi kedai yang khusus menjual rokok atau vape, mereka diwajibkan untuk memaparkan amaran kesihatan dengan jelas.
Baca juga: Akta 852: Perincian Akta Kawalan Produk Merokok 2024
Tujuan Utama Peraturan Ini Langkah ini bertujuan mengurangkan pendedahan terhadap produk merokok, terutamanya dalam kalangan remaja dan bukan perokok.
Dengan memastikan produk rokok dan vape tidak kelihatan secara langsung, kerajaan berharap dapat mengurangkan keinginan untuk mencuba atau membeli, sekaligus membantu membendung tabiat merokok dalam jangka panjang.
Denda & Penguatkuasaan Pihak berkuasa akan memantau pematuhan peraturan ini secara berterusan.
Mana-mana individu yang melanggar arahan boleh dikenakan denda antara RM500 hingga RM30,000, manakala syarikat pula berdepan penalti sehingga RM300,000 atau berisiko menghadapi tindakan undang-undang termasuk hukuman penjara.
Selain itu, penguatkuasaan juga akan menumpukan kepada penjualan produk rokok yang disamarkan sebagai mainan, dijual melalui mesin layan diri, atau dipasarkan menerusi platform dalam talian.
Tatacara Pameran Produk Merokok di Kedai Walaupun jualan secara terbuka rokok & vape diharamkan mulai 1 April 2025, namun berikut adalah tatacara pameran produk merokok di kedai yang perlu anda tahu.
Kredit: X@drafiqawe Kredit: X@drafiqawe Pandangan Peniaga & Pengguna Menurut seorang pemilik kedai runcit, Tan Chiew Beng, 41, beliau menyokong langkah ini walaupun mengakui jualan produk tembakau mungkin menurun.
“Saya hanya akan menjual jika ada pelanggan yang mencarinya,” katanya.
Peniaga-peniaga lain telah diberikan tempoh peralihan sejak Oktober 2024 untuk menyesuaikan diri dengan peraturan ini.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan supaya memastikan pelaksanaan Akta 852 tidak mengalami kelewatan.
Aktivis anti-merokok CAP, NV Subbarow, menegaskan bahawa peraturan ini dapat melindungi bukan perokok dan menghalang promosi produk tembakau secara terbuka, sambil tetap membenarkan perokok mendapatkan bekalan mereka tanpa sekatan.
Baca juga: 28 Kawasan Larangan Merokok 2025 – Berkuat Kuasa 1 Januari 2025


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/jualan-secara-terbuka-rokok-vape-diharamkan-mulai-1-april-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jualan-secara-terbuka-rokok-vape-diharamkan-mulai-1-april-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Durian Muar 2025 Mac April

Harga Durian Muar 2025 Mac April

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 203 hits
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Bertemu lagi kita dengan musim durian dan berikut merupakan harga durian Muar 2025 Mac April In Shaa Allah kami akan cuba update secara harian senarai stok jenis durian beserta harga ...
Kpm Larang Jualan Gula Gula Bentuk Vape Di Sekolah

Kpm Larang Jualan Gula Gula Bentuk Vape Di Sekolah

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 161 hits
Kementerian Pendidikan menegaskan semua jenis makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula gula berbentuk vape tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata KPM akan bertindak tegas j...
Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 183 hits
VIENNA 4 Mac Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya sebuah kumpulan yang dikenali sebagai OPEC mengumumkan pada Isnin bahawa mereka akan meneruskan rancangan peningkatan pengeluaran minyak bermula 1 April lapor Xinhua Menurut...
Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 206 hits
FIPPER X JUJUTSU KAISEN LANGKAH BERGAYA DENGAN SEMANGAT ANIME RAYA 2025 Assalammualaikum semua Fipper dengan bangganya mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama siri anime terkenal Jujutsu Kaisen untuk memperkenalkan koleksi Fipper x Jujutsu...
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 234 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah hari ini dah masuk hari kelapan semua umat Islam di Malaysia mula berpuasa di Bulan Ramadan yang mulia Bersyukur sangat apabila diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dan juga menunaikan ibadah puasa pada tah...
Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 207 hits
Semak Keputusan UPKK 2025 Secara Online dan SMS UPKK jarak No MyKad ke 15888 Keputusan UPKK 2025 nampaknya begitu dinanti nantikan oleh semua ibubapa guru dan calon Oleh sebab itu kali ini pihak kami akan kongsikan panduan lengkap kepada an...
Isyarat Dagangan Bitcoin Untuk 7 10 Mac 2025 Jual Di Bawah 93 000

Isyarat Dagangan Bitcoin Untuk 7 10 Mac 2025 Jual Di Bawah 93 000

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 148 hits
Pada awal sesi dagangan Amerika Bitcoin didagangkan sekitar 89 034 berada di atas tahap 6 8 Murray tetapi di bawah EMA 200 yang berfungsi sebagai rintangan dinamik Bitcoin masih berada di bawah tekanan menurun dan meneruskan kejatuhannya Da...
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2025 Dan Waktu Yang Digalakkan Membayar Zakat Fitrah

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2025 Dan Waktu Yang Digalakkan Membayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah Excited kemain dapat tengok Encik Suami bayar Zakat Fitrah hujung minggu ni Syukur ada penjaga kita yang bertanggungjawab menguruskan bayaran zakat fitrah kami sekeluarga Sebenarnya hujung minggu ni kami balik ...
G2000 Launches Exclusive Collaboration With Tudung Fazura And Unveils Its Latest Spring Summer 2025 Collection

G2000 Launches Exclusive Collaboration With Tudung Fazura And Unveils Its Latest Spring Summer 2025 Collection

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 254 hits
Hello Everyone In a world where fashion meets function G2000 and Tudung FAZURA founded by celebrity entrepreneur Nur Fazura Sharifuddin proudly unveil their latest collaboration at the G2000 boutique at The Exchange TRX seamlessly blending ...
Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hand Gum

Ramp Eyes Us Government As A Customer After Spotting Doge Tweet In Malay

Student Expresses Disappointment Over No Make Up Policy For School S Raya Celebration

Gaduh Rebut Kekasih Bapa 2 Anak Antara 3 Didenda Rm1 200