Lembaga Pentadbir Kg Baru Tidak Setuju Rm1 000 Dakwa Agenda Halau Orang Melayu




Lembaga Pentadbir Petempatan Pertanian Melayu Kampung Baru (MAS) berkata, walaupun kerajaan bersetuju menaikkan harga tanah Kampung Baru kepada RM1,000 berbanding RM850 sebelum ini, ia tetap satu agenda mahu menghalau orang Melayu dari kawasan tersebut.
Sehubungan itu, Setiausaha Kehormat MAS, Shamsuri Suradi meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berhenti bermain politik.
“Saya berani cakap macam ini. Kalau sudah jual mana mereka nak tinggal? Dapat duit lepas itu merempat.
“Ini nak pecahkan orang Melayu supaya tidak ada di Kuala Lumpur. Kita sudah ‘menghidu’,” katanya kepada FMT.
Susulan rayuan dan desakan, semalam kerajaan mengumumkan kadar harga baru tanah Kampung Baru iaitu RM1,000 satu kaki persegi.
Pengumuman itu dibuat Khalid selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan kemelut pelan pembangunan kampung itu.
Tawaran yang diumumkan itu disifatkan sebagai yang terakhir oleh kerajaan.
Dalam pada itu, Shamsuri yakin 70 hingga 80% penduduk Kampung Baru tidak akan setuju dengan tawaran baru daripada kerajaan itu.
Beliau berkata rata-rata penduduk Kampung Baru mahukan pembangunan bukan untuk menjual tanah mereka.
“Walaupun tidak dinafikan ada yang mahu menjual tanah mungkin dalam 800 orang tetapi, ada 5,000 lebih penduduk di Kampung Baru.
“MAS telah diberi mandat untuk membuat keputusan bagi mewakili penduduk Kampung Baru.
“Tetapi malangnya, Khalid hanya berminat berjumpa dengan penduduk Kampung Baru berbanding NGO atau persatuan seperti MAS,” katanya.
Shamsuri juga menyalahkan Perbadanan Kampung Baru (PKB) yang tidak memberi maklumat tepat kepada Khalid.
Beliau berkata 80% penduduk Kampung Baru mahukan pembangunan dan tidak ada pilihan daripada PKB untuk mereka menjual tanah.
“Daripada tahun lalu, kita jumpa Khalid sebab mahukan pembangunan. Tetapi tiba-tiba Mac lalu kata nak beli tanah Kampung Baru.
“Kalau nak jual kena ada pilihan untuk orang Kampung Baru,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan di Kampung Baru Muhammad Nizar Jali berkata tawaran baru daripada kerajaan itu mengelirukan dan tidak meyakinkan.
Beliau berkata sebenarnya harga itu kekal RM850 sekaki persegi tetapi RM150 diberi dalam bentuk saham.
“Saya sendiri pun tak faham RM150 diberikan kepada semua pewaris atau tidak.
“Macam tanah ibu saya ada sembilan beradik. Adakah setiap mereka dapat RM150 atau hanya seorang daripadanya,” katanya.
Nizar berkata penjelasan Khalid juga tidak betul.
“Kita memang tidak akan jual. Dalam borang PKB pun tak ada pilihan untuk kita jual tanah.
“Bila kita hantar borang tak ada kata setuju ke tidak. Kita rasa memaksa,” katanya.
Nizar juga menafikan dakwaan Khalid bahawa ada penduduk Kampung Baru yang terdesak ingin menjual tanah mereka.
“Ini adalah satu kenyataan yang tidak wajar sama sekali,” katanya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/25/lembaga-pentadbir-kg-baru-tidak-setuju-rm1000-dakwa-agenda-halau-orang-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gov T Ups Final Bid For Kg Baru Land To Rm1 000 Per Square Foot

Gov T Ups Final Bid For Kg Baru Land To Rm1 000 Per Square Foot

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 263 hits
Putrajaya is making a final bid for land in Kampung Baru offering an increased price of RM1 000 per square foot Federal Territories Minister Khalid Abdul Samad said in addition to the original RM850 offer RM150 will be given in the form of ...
Kampung Baru Perlu Dikekalkan Warisan Turun Temurun Melayu

Kampung Baru Perlu Dikekalkan Warisan Turun Temurun Melayu

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 325 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Jadikan pembangunan Kampung Gelam di Singapura sebagai contoh BANGI Kerajaan disyor membangunkan tanah Kampung Baru dengan cara pembangunan lebih mesra kepada Melayu selaras dengan objektif asal tanah itu yan...
Pertahan Status Kampung Baru Selagi Ada Hayat Orang Melayu

Pertahan Status Kampung Baru Selagi Ada Hayat Orang Melayu

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 510 hits
Rizab Melayu yang menjadi status Kampung Baru mesti dipertahankan sampai bila bila selagi ada hayat orang Melayu di negara ini Tegas Datuk Seri Johari Abdul Ghani ini kerana title tanah Kampung Baru semasa diberi oleh Sultan Selangor pada 1...
Pembelian Tanah Kampong Bharu Rm1 000 Sekaki Tawaran Terbaik

Pembelian Tanah Kampong Bharu Rm1 000 Sekaki Tawaran Terbaik

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 311 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mp Umno Dakwa Ada Usaha Tubuh Pakatan Baru Jika Anwar Tak Jadi Pm

Mp Umno Dakwa Ada Usaha Tubuh Pakatan Baru Jika Anwar Tak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 303 hits
Ahmad Maslan kemudian berkata sesuatu yang sama boleh berlaku menjelang Mei 2020 jika peralihan dari Mahathir kepada Anwar masih belum jelas
Dulu Gaji Rm1 200 Sekarang Mampu Raih Rm19 000 Sebulan 3 Lelaki Ini Buktikan Gagal Spm Bukan Bermakna Gelap Masa Depan

Dulu Gaji Rm1 200 Sekarang Mampu Raih Rm19 000 Sebulan 3 Lelaki Ini Buktikan Gagal Spm Bukan Bermakna Gelap Masa Depan

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 475 hits
Jika dulu mereka pernah gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia namun itu tidak melunturkan semangat mereka untuk mencari kejayaan dalam hidup Tiga anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur iaitu Muhamad Badiuzaman Ya...
Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 376 hits
Presiden Putra Ibrahim AliPETALING JAYA Presiden Putra Ibrahim Ali mendakwa penahanan 12 orang termasuk dua Adun DAP berhubung isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam kemungkinan ada kaitan dengan usaha menarik sokongan pengundi Melayu dalam pil...
Ada 101 Mobil Baru Untuk Menteri Sampai Pimpinan Lembaga Dpr Mpr Sudah Diberi

Ada 101 Mobil Baru Untuk Menteri Sampai Pimpinan Lembaga Dpr Mpr Sudah Diberi

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 197 hits
Sedangkan mobil para menteri dan pimpinan lembaga yang saat ini masih dalam tahap pengecekan dan penyelesaian administrasi
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Orimilk Susu Awal Lembu Kolostrum Dan Kalsium Terbaik Di Malaysia Buka Cawangan Di Kuantan