Kampung Baru Perlu Dikekalkan Warisan Turun Temurun Melayu


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Jadikan pembangunan Kampung Gelam di Singapura sebagai contoh
BANGI – Kerajaan disyor membangunkan tanah Kampung Baru dengan cara pembangunan lebih ‘mesra’ kepada Melayu, selaras dengan objektif asal tanah itu yang dikurniakan Sultan Selangor ketika itu, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman).
Justeru, Pensyarah Jabatan Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak meminta kerajaan mengekalkan Kampung Baru sebagai warisan turun-temurun Melayu serta memastikan kelangsungan survival dan keberadaan masyarakat Melayu selaku komuniti di Kuala Lumpur.
“Inisiatif ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelancong dalam mengenali kebudayaan dan adat masyarakat Melayu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Beliau turut memberi contoh di Singapura, apabila kerajaannya mengambil alih kawasan penempatan Melayu iaitu Kampung Gelam di tengah-tengah Singapura pada tahun 2002.
Beliau berkata, tanah itu adalah milik keturunan bekas Sultan Johor-Riau yang diturunkan daripada takhta pada tahun 1819 oleh Sir Stamford Raffles.
Bahkan, tanah itu sempat menjadi polemik tidak hanya dalam kalangan masyarakat Melayu di Singapura, tetapi juga menarik perhatian masyarakat Melayu di Malaysia. 
“Namun begitu, tanah perkampungan tersebut telah diambil oleh Kerajaan Singapura dan dibangunkan dengan Pusat Kebudayaan Melayu Singapura,” katanya.
Tanah Kampung Baru yang dahulunya berstatus tanah rizab pertanian Melayu mahu dibeli oleh pihak kerajaan untuk tujuan pembangunan.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan kadar baharu bagi pembelian tanah di Kampung Baru dengan nilai RM1,000 satu kaki persegi, yang mana RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan pulangan yang dipilih pemilik tanah sama ada dalam bentuk tunai; tunai dan aset; aset sahaja; atau saham.
Sementara baki RM150 lagi, beliau berkata, pulangannya adalah berbentuk pegangan saham dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang akan ditubuhkan kelak.
Khalid juga berkata, kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/kampung-baru-perlu-dikekalkan-warisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertahan Status Kampung Baru Selagi Ada Hayat Orang Melayu

Pertahan Status Kampung Baru Selagi Ada Hayat Orang Melayu

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 532 hits
Rizab Melayu yang menjadi status Kampung Baru mesti dipertahankan sampai bila bila selagi ada hayat orang Melayu di negara ini Tegas Datuk Seri Johari Abdul Ghani ini kerana title tanah Kampung Baru semasa diberi oleh Sultan Selangor pada 1...
Modus Baru Transaksi Narkoba Di Kampung Ambon Geser Ke Kali Bedeng

Modus Baru Transaksi Narkoba Di Kampung Ambon Geser Ke Kali Bedeng

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 330 hits
Erick mengatakan pola tersebut dia temukan dalam sepekan pencarian para tersangka yang diketahui menyuplai narkoba jenis sabu dan psikotropika jenis Happy Five
Pembangunan Kampung Baru Ambil Secara Paksa Adalah Pilihan Terakhir

Pembangunan Kampung Baru Ambil Secara Paksa Adalah Pilihan Terakhir

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 355 hits
KERAJAAN mungkin mempertimbangkan pengambilan tanah Kampung Baru secara paksa mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 sekiranya ada segelintir pemilik yang berdegil untuk bekerjasama menjual lot mereka Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul ...
Bukan Bangsa Melayu Malas Tapi Dr Mahathir Yang Malas Turun Padang

Bukan Bangsa Melayu Malas Tapi Dr Mahathir Yang Malas Turun Padang

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 619 hits
Benarkah bangsa Melayu malas Bukan kami malas tapi kami ditindas oleh pemimpin yang berwajah Melayu tetapi berhati dan berjiwa kaulu Kami dituduh sebagai bangsa subsidi tapi hakikatnya kamilah yang dipaksa supaya banyak memberi Kami tidak d...
Infografis 10 Resep Cantik Turun Temurun Dari China

Infografis 10 Resep Cantik Turun Temurun Dari China

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 225 hits
Tak hanya faktor genetis yang menjadikan kecantikan wanita China begitu tersohor di seluruh dunia
Wakil Panglima Tni Warisan Orde Baru Yang Kini Dihidupkan Kembali Oleh Jokowi

Wakil Panglima Tni Warisan Orde Baru Yang Kini Dihidupkan Kembali Oleh Jokowi

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 289 hits
Presiden Joko Widodo alias Jokowi kembali menghidupkan posisi Wakil Panglima TNI Berdasarkan laman setneg go id posisi itu tertuang dalam Peraturan Presiden Nomor 66 Tahun 2019 Tentang Susunan Organisasi Tentara Nasional Indonesia
Tanah Mendap 62 Penghuni Flat Pkns Kampung Baru Dipindahkan

Tanah Mendap 62 Penghuni Flat Pkns Kampung Baru Dipindahkan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 677 hits
KUALA LUMPUR 18 Okt Seramai 62 penduduk Rumah Pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Jalan Tun Razak Kampung Baru di sini terpaksa dipindahkan sementara susulan kejadian tanah mendap selepas hujan lebat di kawasan itu lewat petang semal...
Tawaran Kampung Baru Hanya Wayang Kerajaan Datuk Jo

Tawaran Kampung Baru Hanya Wayang Kerajaan Datuk Jo

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 373 hits
Tawaran pembelian tanah dengan harga RM1 000 bagi setiap kaki persegi di Kampung Baru adalah bersifat paksaan kepada pemilik tanah Menurut bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani pembangunan di Kampung Baru tidak boleh mempunya...
Formula Kampung Baru Lid Tidak Akan Berjaya

Formula Kampung Baru Lid Tidak Akan Berjaya

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 287 hits
PEMIMPIN Pakatan Harapan memang terkenal dengan formula Formula hapuskan tol Formula turunkan harga minyak Formula hapuskan PTPTN dan yang terbaharu Formula Kampung Baru Lid Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad atau terkenal dengan pang...
Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events

Jalan Jalan Ke Mersing Johor


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trip Dua Minggu Jepun 2024

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots