Lembaga Minyak Sawit Bidas Laporan Berat Sebelah Ahli Biologi Eropah


Robin AugustinLembaga Minyak Sawit Malaysia berkata, minyak sawit boleh menghasilkan sehingga 10 kali lebih banyak daripada tanaman biji minyak lain seperti biji sesawi, kacang soya, zaitun dan bunga matahari yang dihasilkan negara barat.PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menuduh seorang ahli akademik yang berpangkalan di Eropah membuat kritikan tidak adil dan berat sebelah terhadap pensijilan minyak sawit lestari.
Ketua Pengarah MPOB, Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, ahli akademik, Roberto Cazzolla Gatti gagal mengiktiraf usaha kerajaan dan industri untuk meningkatkan kelestarian minyak sawit.
Gatti ialah pengarang bersama satu kertas kajian diterbitkan dalam jurnal “Science of the Total Environment” yang mengkritik pensijilan oleh Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), dengan menyifatkannya “greenwashing”.
Katanya, pensijilan itu ialah usaha tidak bermakna untuk meluluskan minyak sawit sebagai lestari tanpa asas. Beliau mendakwa 99% bekalan minyak sawit di Borneo yang diperakui RSPO ditanam di tanah berhutan seawal 30 tahun lalu.
“Ini pandangan berat sebelah,” kata Parveez kepada FMT sambil menambah tidak adil untuk membuat kenyataan umum dengan hanya melihat penebangan hutan dalam konteks 30 tahun lalu.
Ahmad Parveez Ghulam Kadir“Mengapa penebangan hutan hanya dilihat tidak produktif sekarang? Selama beratus-ratus tahun, negara barat mengubah tanah hutan menjadi tanah untuk kegiatan pertanian, ternakan dan perindustrian.”
Beliau berkata, walaupun beberapa kawasan hutan hujan tidak kekal yang dikhaskan untuk pertanian dibuka untuk penanaman minyak sawit, banyak ladang dibuka atas tanah yang ditukar daripada tanah pertanian.
Begitu juga ramai pekebun kecil menukar tanah pertanian bukan minyak sawit mereka kepada penanaman minyak sawit.
Parveez berkata, setiap negara mempunyai hak mengembangkan ekonominya. Sejak Sidang Kemuncak Rio 1992, Malaysia komited mengekalkan sekurang-kurangnya 50% kawasan hutannya.
Roberto Cazzolla Gatti“Peratusan ini jauh lebih banyak daripada kebanyakan negara Eropah dan kami terus berusaha menjadikannya lebih lestari, bukan saja melalui RSPO berorientasikan perniagaan ke perniagaan secara sukarela, tetapi mewajibkan pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).”
Katanya, MSPO terpakai untuk semua penanaman, termasuk pekebun kecil dan mewajibkan pensijilan itu tidak mudah memandangkan kos pematuhan dan bantahan pekebun kecil untuk mengubah cara mereka beroperasi.
“Tetapi kerajaan, daripada pentadbiran terdahulu hingga sekarang, komited dalam memastikan kepatuhan dan memperuntukkan banyak sumber untuk langkah ini.
“Minyak sawit paling produktif dalam kalangan minyak sayur dan boleh menghasilkan sehingga 10 kali lebih banyak daripada tanaman biji minyak lain seperti biji sesawi, kacang soya, buah zaitun dan bunga matahari yang dihasilkan negara barat.”
Beliau berkata, pengkritik minyak sawit hanya cuba memperlekehkan usaha untuk memastikan minyak sawit lebih lestari.
Minyak sawit, katanya, ialah satu-satunya tanaman yang diberikan penelitian dan standard tinggi, baik di dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.
“Kita terus meningkatkan kelestarian minyak sawit, tetapi setiap kali kita berbuat demikian, pengkritik kita tetap mengatakan kita tidak melakukan perkara betul.
“Namun, mereka tidak mempersoalkan sejauh mana biji sesawi, kacang soya, buah zaitun dan bunga matahari terus mampan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/lembaga-minyak-sawit-bidas-laporan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minyak Sawit Di Sebalik Saman Terhadap Eu Rakyat Malaysia Perlu Lebih Peka

Minyak Sawit Di Sebalik Saman Terhadap Eu Rakyat Malaysia Perlu Lebih Peka

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 308 hits
Dua bulan yang lalu Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah mengeluarkan kenyataan bahawa KPPK telah membuat satu ketetapan dan telahpun mengumumkan bahawa kerajaan akan memfailkan tindakan undang undang terhadap Ke...
Gbp Usd 25 Ogos Laporan Cot Uk Tidak Mahu Membenarkan Nelayan Eropah Memasuki Perairannya Perjanjian Dengan Kesatuan

Gbp Usd 25 Ogos Laporan Cot Uk Tidak Mahu Membenarkan Nelayan Eropah Memasuki Perairannya Perjanjian Dengan Kesatuan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 226 hits
GBP USD 1H Menurut carta setiap jam harga pasangan pound dolar melakukan pembalikan berhampiran tahap pembetulan 76 4 dan kenaikan harga ke tahap Fibo 61 8 Lonjakan pasangan dari tahap ini akan menyokong dolar AS dan kembali jatuh ke tahap ...
Suresawit Teknologi Pemprosesan Dna Tingkat Kualiti Pengeluaran Minyak Sawit

Suresawit Teknologi Pemprosesan Dna Tingkat Kualiti Pengeluaran Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 210 hits
PETALING JAYA 24 Ogos Lembaga Minyak Sawit Malaysia melalui kerjasama Orion Biosains Sdn Bhd berjaya membangunkan teknologi pemprosesan DNA dinamakan SureSawit Teknologi tersebut berupaya mengesan benih sawit dari baka Dura yang mempunyai j...
Eur Usd September 2 Laporan Cot Inflasi Eropah Dan Indeks Ism As Membantu Dolar As Naik Ke Angka Ke 19

Eur Usd September 2 Laporan Cot Inflasi Eropah Dan Indeks Ism As Membantu Dolar As Naik Ke Angka Ke 19

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 295 hits
EUR USD 1H Pasangan mata wang EUR USD melakukan pembalikan yang memihak kepada mata wang AS pada 1 September dan memulakan proses kejatuhan Terdapat juga perbaikan di bawah koridor arah aliran menaik dan tahap 76 4 Oleh itu mood pedagang ki...
Kumpulan Politik Sabah Buat Laporan Polis Ke Atas Shafie 2 Ahli Warisan

Kumpulan Politik Sabah Buat Laporan Polis Ke Atas Shafie 2 Ahli Warisan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 468 hits
Kumpulan politik Sabah buat laporan polis ke atas Shafie 2 ahli Warisan August 29 2020 7 04 PM 126 Shares 123 Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia G57 Zulkarnain Mahdar membuat laporan di IPD Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini KUALA LUM...
Warga Bangladesh Maut Terjerumus Dalam Tangki Kumbahan Minyak Sawit

Warga Bangladesh Maut Terjerumus Dalam Tangki Kumbahan Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 770 hits
Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam tangki kumbahan minyak sawit ketika melakukan kerja pemasangan paip bomba di sebuah kilang pemprosesan hasil sawit di Jasin Dalam kejadian kira kira jam 11 20 pagi mangsa yang b...
Gbp Usd 11 September Laporan Cot Kesatuan Eropah Memberikan Tindak Balas Rasmi Terhadap London Mengenai Isu Ireland

Gbp Usd 11 September Laporan Cot Kesatuan Eropah Memberikan Tindak Balas Rasmi Terhadap London Mengenai Isu Ireland

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 239 hits
GBP USD 1H Menurut carta setiap jam harga pasangan GBP USD jatuh ke tahap pembetulan 161 8 Peningkatan semula harga dari tahap ini akan membolehkan pedagang mengharapkan pembalikan yang memihak kepada mata wang Britain dan beberapa pertumbu...
Ahli Parlimen Pas Kesal Ada Pemimpinnya Guna Pintu Belakang Untuk Jadi Menteri

Ahli Parlimen Pas Kesal Ada Pemimpinnya Guna Pintu Belakang Untuk Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 332 hits
Info Pantai Timur Ahli parlimen Pas kesal ada pemimpinnya guna pintu belakang untuk jadi menteri September 8 2020 8 30 am Ahli parlimen Pas kesal ada pemimpinnya guna pintu belakang untuk jadi menteri MAKAN DUIT HARAM Seorang ahli parlimen ...
Azmin Zuraida Dilantik Ahli Mpt Ppbm

Azmin Zuraida Dilantik Ahli Mpt Ppbm

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA Presiden PPBM Muhyiddin Yassin melantik ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin berkata Menteri ...
218 Fibonaci

Pentingnya Muhasabah Diri

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Persediaan Awal Haji

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Tips Penting Penjagaan Sistem Brek Kereta

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook