Lembaga Disiplin Parti Keadilan Harus Lebih Efektif Lagi




Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Presiden Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini semakin tegas dengan soal disiplin parti.  Selepas terserlah pengkhianatan oleh beberapa pimpinan dan Wakil Rakyat dari Keadilan terhadap parti sehingga membantu menjatuhkan kerajaan mandat rakyat, sudah sampai masanya Anwar meninggalkan sikap 
" tahap dewa" nya itu.  

Beberapa pimpinan termasuk pimpinan kanan di dalam parti telah dipecat dari parti.  Mereka ini sepatutnya telah lama dipecat akibat tingkah laku "cacing naik ke mata", namun sikap Anwar yang pemaaf tahap dewa itulah menjadikan "kaduk naik junjung".  Sikap Anwar ini tidak digemari oleh ramai ahli, namun Anwar seperti biasa ada hujahnya untuk bertindak seperti "menarik benang dari tepung".  Ya, waktu itu kita sebahagian dari kerajaan dan di antara mereka itu ada sebahagiannya menjadi menteri, timbalan menteri, dan berbagai jawatan penting di dalam kerajaan PH.  Sudah tentu sebarang tindakan ke atas mereka pasti akan menjejaskan kerajaan PH sedikit ssbanyak.   Oleh kerana mereka menjadi pemimpin dan Wakil Rakyat yang dinaikkan oleh parti, mereka berpeluang menikmati jawatan-jawatan tersebut.  Malangnya, kerana ego dan sombong disertakan dengan tamak kuasa, mereka sanggup mengkhianati parti.

Sehingga kini, masih ramai lagi para penyokong dan aktivis pengkhianat tersebut berada di akar umbi yang masih belum dipecat mahu pun digantung.  Sesiapa sahaja yang sekarang ini membantu menggerakkan kerja dari pemimpin khianat ini, wajib dipecat dari parti.  Ada yang sengaja tidak mahu keluar parti walaupun di dalam hatinya tiada lagi semangat dan roh perjuangan yang dibawa oleh parti.  Mereka mahu tunggu untuk dipecat agar mereka boleh menuduh parti bertindak zalim terhadap mereka.  Hakikatnya mereka bacul dan tiada prinsip.  

Keadilan perlu menjejaki saki baki dan tulang belakang para pengkhianat ini.  Parti harus usir mereka keluar segera sebelum mereka membawa 'wabak' ke dalam parti.  Samada mereka sekarang berstatus Wakil Rakyat atau apa saja, Jika mereka jelas dilihat memperlekehkan parti, mensabotaj parti, memboikot program parti atau menyatakan sesuatu tuduhan jahat ke atas parti atau pimpinan parti di samping mempamirkan kesetiaan dan sokongan mereka kepada pengkhianat, maka wajar parti pecat mereka.  Parti Keadilan harus dibersihkan dari unsur-unsur jahat yang dibawa oleh kumpulan 'kartel' dahulu.  Jangan izinkan 'Kartel 2.0" bercambah di dalam Keadilan.  

Anwar dilihat semakin serius di dalam hal ini, namun belum cukup untuk menakutkan saki baki kartel.  Difahamkan masih banyak aduan yang masih berlonggok di atas meja Pengerusi Lembaga Disiplin parti yang belum dapat diselesaikan.  Lembaga Disiplin mesti berlaku adil di dalam meneliti setiap aduan.  Namun, jangan jadikan Lembaga Disiplin seolah-olah mahkamah yang memerlukan bukti itu ini untuk membuat keputusan.  Kita mahu keputusan yang adil berdasarkan asas yang kukuh mengikut maslahah dan kepentingan politik parti.  Jangan sempitkan kaedah di dalam membuat keputusan sehingga Lembaga Disiplin dilihat seperti diperlecehkan.  

Apakah kita perlu bukti kukuh lagi setelah kumpulan ini berpakat dan berduyun-duyun tinggalkan dewan Kongres Nasional tatkala Presiden parti masih tercongok atas pentas?  Membuat "walk out" yang dirancang untuk memalukan Presiden dan menggagalkan Kongres parti, itu adalah langkah pertama sebelum langkah menuju "Hotel Sheraton".   Walaupun tindakan sabotaj itu gagal namun tindakan mereka itu jelas biadap dan kurang ajar.  Muka-muka pengkhianat ini ada di antaranya telah dipecat dari parti tetapi ada lagi yang tanpa rasa malu dan bersalah masih berada di dalam keluarga Keadilan.  Apakah kumpulan ini tidak wajar dipecat hanya kerana tiada bukti?  

Keadilan harus segera dipulihkan.  Jangan terlalu lama 'kuarintin' pembawa wabak pengkhianat ini.  Lagi lama mereka di 'kuarintin' sedangkan jelas mereka 'positif' pembawa wabak penyakit khianat, ianya akan meresahkan ahli-ahli di akar umbi untuk meneruskan perjuangan.  Keadilan mesti berani bertindak, kita mahu ahli yang berkualiti bukannya kita mengejar kuantiti.  

WFAUZDIN NS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/lembaga-disiplin-parti-keadilan-harus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pimpinan Pkr Setuju Pemutihan Ahli Parti Kata Lembaga Disiplin

Pimpinan Pkr Setuju Pemutihan Ahli Parti Kata Lembaga Disiplin

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 275 hits
Pimpinan PKR setuju pemutihan ahli parti kata Lembaga Disiplin Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 Apr 2020
Jokowi Minta Rakyat Lebih Disiplin Soal Corona Agar Juli Hidup Normal Lagi

Jokowi Minta Rakyat Lebih Disiplin Soal Corona Agar Juli Hidup Normal Lagi

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 255 hits
Presiden Joko Widodo meminta percepatan tes dan pelacakan kasus virus Corona Jokowi ingin Indonesia segera normal kembali Bapak Presiden menegaskan berulang kali tentang pentingnya upaya kita untuk melakukan tes masif pada bulan April dan b...
Parti Baru Menggantikan Bersatu Lebih Baik

Parti Baru Menggantikan Bersatu Lebih Baik

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 418 hits
Adalah wajar satu parti baru ditubuhkan dan ada baiknya Muhyiddin menerajuinya senagai alternative krisis dalaman dalam BERSATU yang tiada penghujung Tinggalkan BERSATU kepada Mahathir dan Mukhriz
Covid 19 Kpm Harus Segera Wujudkan Saluran Tv Digital Radio Lebih Khusus Untuk Pendidikan

Covid 19 Kpm Harus Segera Wujudkan Saluran Tv Digital Radio Lebih Khusus Untuk Pendidikan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 273 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Suraya Yaacob mencadangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia supaya memperkenalkan kaedah pembelajaran menerusi saluran televisyen digital dan siaran radio yang khusus untuk pendidikan melip...
Pkr Gantung Keahlian Dr Afif Bahardin Sementara Tunggu Siasatan Lembaga Disiplin

Pkr Gantung Keahlian Dr Afif Bahardin Sementara Tunggu Siasatan Lembaga Disiplin

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 388 hits
After much anticipation I only received notis penggantungan tanpa sebarang tuduhan yesterdaySuch an anti climax Selamat berpuasa majubersama Dalam ciapan terbaru Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata PKR menggantung keahliannya sement...
Buat Kita Lebih Menghargai Isteri Frontliner Covid 19 Cerita Hikmah Sebalik Perpisahan

Buat Kita Lebih Menghargai Isteri Frontliner Covid 19 Cerita Hikmah Sebalik Perpisahan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 409 hits
Dalam usaha kita semua memerangi wabak COVID 19 ini banyak pengorbanan yang perlu dilakukan Ada yang terpaksa berpisah dengan pasangan dan anak anak Begitu juga yang harus bekerja tanpa henti semata mata demi menjayakan misi untuk memutuska...
Resepi Mudah Puding Karamel Lebih Mudah Bila Ibu Dan Anak Dara Bekerjasama Di Dapur

Resepi Mudah Puding Karamel Lebih Mudah Bila Ibu Dan Anak Dara Bekerjasama Di Dapur

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 396 hits
assalamualaikum salam sejahtera terus terang sgt lama dulu saya buat puding karamel lepas lepas tu buat kat rumah mak je kat rumah sendiri tak pernah buat dah until semlm ptg hi hi hi hi tu pun permintaan mr asben dia memang sejenis yg suka...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter