Lelaki Tua Berumur 81 Tahun Ini Membuktikan Yang Umur Bukan Penentu Untuk Membina Badan
Kebanyakan orang yang berumur 80 tahun akan menganggap mereka bertuah kerana tidak mengalami sakit belakang.Namun seorang ahli bina badan yang berumur 81 tahun daripada Jepun ini bukan sahaja mempunyai bentuk fizikal yang sempurna namun badanya lebih menarik daripada lelaki yang berumur suku daripadanya,
Toshisuke Kanazawa merupakan bukti kukuh yang membuktikan umur bukan faktor untuk anda tidak pergi ke gim dan mendapatkan bentuk tubuh yang anda idam-idamkan. Juara beberapa kali pada usia remajanyanya dalam kejohanan bina badan, Kanazawa bersara pada umur 34 tahun.
Dia berhenti bersenam dan mula minum,merokok dan makan apa yang dia suka. Dia sering melihat dirinya di cermin dan berangan kalau itulah badan yang pernah menjadi juara kebangsaan. Tidak apabila umurnya mencecah 50 tahun yang dia mendapat motivasi untuk mula membina badan lagi.
Sekitar 30 tahun lalu isteri Toshisuki Kanazawa sering merasa sakit, dan dalam masa itu dia berifikir untuk menyenangkan hati isterinya, bekas ahli bina badan ini mengingati yang isterinya tidak seceria selain daripada dia memenangi pertandingan bina badan kebangsaan,
Jadi untuk mengembirakan isterinya Toshisuke mengambil keputusan untuk balik ke gim dan secara drastik mengubah dietnya untuk menngembalikan bentuk badanya. Toshisuke berhenti merokok dan minum dan mengamalkan diet berdasarkan nasi,kacang soya,sup miso dan telur serta suplimen proti. Tiada daging ataupun ikan kerana ianya susah untuk dihadam.
Berat yang diangkatnya di sesuaikan kepada umurnya yang mana dalam usia remajanya dia akan menghabiskan masa 6 jam di gim sehari-hari dan badanya akan sembuh dalam masa dua hari selepas bersenam. Namun itu bukanlah sebegitu sekarang kerana umurnya. Sekarang dia hanya menghabiskan masa selama 3 jam di gim dan memberi badanya 1 minggu untuk pulih selepas senaman setiap otot.
Kanazawa mula menampakkan hasilnya apabila kerja keras dan perubahan gaya hidup yang drastik namun ada satu kesan penuan yang bina badan tidak dapat kurangkan iaitu kulit yang berkedut. Untuk mengatasi itu dia mula menggunakan minyak daripada kuda yang mana dia masih gunakan sehingga hari ini dan kulitnya yang kental merupakan aset dalam pertandingan.
Pada 2016 ketika berusia 80 tahunToshisuke Kanazawa menang di tempat ke 6 dalam pertandingan binabadan atas 65 tahun dan mendapat medal emas kerana menjadi peserta tertua juga mendapat kekaguman penonton. Dia ingin meneruskan membina badan sehingga berumur 85 tahun dan mengatasi proses penuaanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaokofee.blogspot.com/2018/08/lelaki-tua-berumur-81-tahun-ini.html