Lelaki Tendang Pekerja Foodpanda Didakwa Esok




KUALA LUMPUR: Lelaki yang menunjukkan isyarat lucah dan menendang seorang wanita yang juga pekerja penghantar makanan dalam kejadian di Bandar Puteri, Puchong dekat sini, semalam akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan.

"Kita terima dua laporan polis berhubung kejadian itu, semalam masing-masing daripada seorang wanita pekerja penghantar makanan Foodpanda berusia 26 tahun dan seorang lelaki berusia 61 tahun.

"Menerusi laporan polis dibuat wanita itu, kita jalankan siasatan dan kertas siasatan sudah dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya hari ini dan arahan telah dikeluarkan untuk menuduh lelaki itu.

"Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, kata beliau pihaknya maklum mengenai penularan beberapa berita palsu di media sosial berhubung kejadian itu termasuk tohmahan mengatakan pihak polis tidak menjalankan siasatan.

"Perlu diingatkan perbuatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Semalam BH melaporkan mengenai satu kejadian perselisihan faham di antara seorang pekerja penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu kereta terbabit memarahi mangsa kerana memotong kereta dipandunya ketika dia mahu membuat pusingan U di situ.

Suspek turut menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa dan menendangnya beberapa kali sehingga mangsa terjatuh.

Dalam pada itu dua rakaman video termasuk satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu viral di media sosial sejak petang semalam.

Kredit : Berita Harian Online




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/lelaki-tendang-pekerja-foodpanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Tendang Penghantar Makanan E Hailing Dituduh Di Mahkamah Esok

Warga Emas Tendang Penghantar Makanan E Hailing Dituduh Di Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 464 hits
Fadzil Ahmat KUALA LUMPUR Seorang lelaki yang dipercayai memukul dan mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan seorang wanita penghantar makanan e hailing akan dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya esok Pengarah Jabatan Siasatan Jenaya...
Shamsubahrin Didakwa Buat Hantaran Jelik Berhubung Kes Pkp

Shamsubahrin Didakwa Buat Hantaran Jelik Berhubung Kes Pkp

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 278 hits
Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat penghantaran jelik dan membuat kenyataan yang boleh mengakibatkan kegentaran awam di laman Facebooknya berhubun...
Long Tiger Didakwa Pecah Amanah Wang Rm3 500 Milik Pesara

Long Tiger Didakwa Pecah Amanah Wang Rm3 500 Milik Pesara

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 380 hits
Seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai Long Tiger dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah wang RM3 500 milik pesara yang sepatutnya digunakan untuk membeli barang keperluan memasak dan ...
Didakwa Tidak Hormati Bulan Ramadan Nur Sajat Dikecam Netizen

Didakwa Tidak Hormati Bulan Ramadan Nur Sajat Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 519 hits
Hanya sekadar mahu berkongsi sepotong video di laman Instagram miliknya usahawan kosmetik popular Nur Sajat dikecam teruk oleh netizen Video yang memaparkan dirinya berpakaian menjolok mata sambil berjalan sakan di pusat membeli belah menim...
Bekas Isteri Da I Farhan Jelaskan Tidak Letak Apa Apa Syarat Untuk Rujuk Kembali Seperti Didakwa

Bekas Isteri Da I Farhan Jelaskan Tidak Letak Apa Apa Syarat Untuk Rujuk Kembali Seperti Didakwa

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 344 hits
Sebelum ini Ohmedia ada naikkan artikel yang mengejutkan ramai orang apabila mengetahui berita penceraian diantara Da i Farhan dan Dr Erin sejak 27 April yang lepas BACA Bagaimanapun bekas isteri pertama Farhan iaitu Fatin Nurul Ain itu ter...
Bawa Warga Emas Kanak Kanak Ke Tempat Awam Bakal Didakwa

Bawa Warga Emas Kanak Kanak Ke Tempat Awam Bakal Didakwa

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 400 hits
Kementerian Kesihatan ketika ini masih di peringkat menasihati mana mana ahli keluarga supaya tidak membawa golongan berisiko ke tempat awam termasuk ke hospital jika tiada keperluan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ...
Dipercayai Cemburu Suami Lebihkan Anak Wanita Didakwa Tergamak Bunuh Hanyutkan Anak Ditiri Di Sungai

Dipercayai Cemburu Suami Lebihkan Anak Wanita Didakwa Tergamak Bunuh Hanyutkan Anak Ditiri Di Sungai

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 385 hits
Teka teki penemuan mayat seorang kanak kanak lelaki tanpa kepala di Sidrap Indonesia akhirnya terbongkar susulan daripada kejayaan pihak polis memberkas ibu tiri kepada kanak kanak itu atas dakwaan menculik dan membunuh Menurut portal Tagar...
Mulai Esok Penduduk Kelantan Dibenarkan Makan Di Dalam Kedai Atau Restoran

Mulai Esok Penduduk Kelantan Dibenarkan Makan Di Dalam Kedai Atau Restoran

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 323 hits
Mulai esok penduduk Kelantan dibenarkan makan di dalam kedai atau restoran Hasil keputusan dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas Negeri pada 19 Mei lalu penduduk Kelantan dibenarkan untuk makan di dalam kedai atau restor...
Mulai Esok Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan Masing Masing

Mulai Esok Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan Masing Masing

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 299 hits
Bermula esok pemandu kenderaan persendirian boleh membawa penumpang mengikut kapasiti kenderaan masing masing yang sebelum ini dihadkan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam memutuskan rantaian wabak COVID 19 Menteri Kana...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu