Shamsubahrin Didakwa Buat Hantaran Jelik Berhubung Kes Pkp


Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan membuat penghantaran jelik dan membuat kenyataan yang boleh mengakibatkan kegentaran awam di laman Facebooknya, berhubung pendakwaan kes melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh yang berusia 54 tahun membuat pengakuan tersebut, selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahyon Talib.
Shamsubahrin didakwa secara sedar telah memuat naik video dan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya, dengan niat untuk menganiaya orang lain melalui perkhidmatan aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Shamsubahrin Ismail’, pada 8.54 malam, 20 April lepas.


Pautan itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, pada 11 malam, tarikh sama.

Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi itu dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah membuat kenyataan sama menerusi akaun Facebook miliknya, yang boleh menyebabkan kegentaran kepada orang awam di sekitar Jalan Ampang pada tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama dan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan kedua serta syarat tambahan tertuduh dilarang membuat apa-apa hantaran di laman sosial sepanjang kes berjalan.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar merayu jaminan yang rendah, dengan alasan anak guamnya kini menghidapi penyakit kanser tahap empat.

“Tertuduh adalah penanggung tunggal keluarga yang menanggung lima anak termasuk ibu dan ibu mentuanya. Beliau juga adalah seorang aktivis yang memperjuangkan nasib pemandu teksi,” katanya.

Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM8,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama dan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan kedua, serta syarat tambahan tertuduh tidak boleh membuat hantaran lain di laman sosial, sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 10 Jun untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/shamsubahrin-didakwa-buat-hantaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lanjut Pkp Jika Kes Baru Covid 19 Terus Turun

Jangan Lanjut Pkp Jika Kes Baru Covid 19 Terus Turun

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 323 hits
Jangan lanjut PKP jika kes baru Covid 19 terus turun kata aktivis Sarawak Pemimpin sebuah NGO berpangkalan di Sarawak menggesa kerajaan tidak melanjutkan perintah kawalan pergerakan yang akan berakhir 12 Mei ini jika jumlah kes baru Covid 1...
9 Remaja Diambil Keterangan Berhubung Video Kes Dera Di Rumah Kebajikan

9 Remaja Diambil Keterangan Berhubung Video Kes Dera Di Rumah Kebajikan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 473 hits
9 kanak kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun dipercayai didera di sebuah rumah kebajikan di Selayang KUALA LUMPUR Polis mengambil keterangan 9 remaja berusia 13 hingga 18 tahun bagimembantu siasatan berhubung rakaman video penderaan dan p...
Pembantu Kesihatan Awam Didakwa Ingkar Pkp Tumbuk Polis Di Sekatan Jalan

Pembantu Kesihatan Awam Didakwa Ingkar Pkp Tumbuk Polis Di Sekatan Jalan

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 363 hits
Tertuduh didakwa menghalang P Thiruselvam melakukan pemeriksaan di sekatan jalan dengan menyerang dan menumbuk anggota polis itu KUALA LUMPUR Seorang pembantu kesihatan awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan m...
Langgar Pkp Anak Dan Menantu Zahid Hamidi Bakal Didakwa

Langgar Pkp Anak Dan Menantu Zahid Hamidi Bakal Didakwa

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 491 hits
Nurul Hidayah ZahidKERTAS siasatan dibuka Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berhubung dakwaan perlanggaran Perintah Kawalan Pergerakan oleh Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid bersama suaminya Datuk Saiful Nizam...
Tiada Pendakwaan Kes Pkp Mb Terengganu

Tiada Pendakwaan Kes Pkp Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 290 hits
Tiada Pendakwaan Kes PKP MB Terengganu Menteri Besar Terengganu yang baru baru ini menjadi perhatian kerana didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan tidak akan didakwa Memetik kenyataan Ketua Polis Terengganu Roslee Chik portal berita ...
Timb Menteri Exco Perak Akan Didakwa Kerana Langgar Pkp

Timb Menteri Exco Perak Akan Didakwa Kerana Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 334 hits
Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok kerana melanggar perintah kawalan pergerakan Ketua Polis Perak Razarudin Husain dipetik oleh New Straits Times mengesahkan perkembangan...
Tiada Kes Terhadap Mb Terengganu Dan Ahmad Said Kepada Dakwaan Langgar Pkp Kata Polis

Tiada Kes Terhadap Mb Terengganu Dan Ahmad Said Kepada Dakwaan Langgar Pkp Kata Polis

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 625 hits
PETALING JAYA Polis memaklumkan kes melibatkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang diambil gambar semasa berkumpul bersama 20 yang lain pada 17 Apr digugurkan susulan notis tiada tindakan lanjut daripada pejabat pendakwa ray...
Hiburan Didakwa Ingkar Pkp Ditahan Ketika Roadblock Ini Penjelasan Fikry Ibrahim

Hiburan Didakwa Ingkar Pkp Ditahan Ketika Roadblock Ini Penjelasan Fikry Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 470 hits
Sebelum ini hangat di media sosial apabila viral video seorang pemandu yang didakwa artis popular mengingkari arahan PKP Malah pemandu berkenaan memberi alasan tidak tahu mengenai arahan yang dikeluarkan berkenaan membawa dokumen sebagai bu...
Langgar Pkp Timbalan Menteri Exco Perak Didakwa Di Mahkamah Esok

Langgar Pkp Timbalan Menteri Exco Perak Didakwa Di Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 357 hits
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dan anggota exco kerajaan negeri Perak Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Perak Anuar Othman ...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today