Lelaki Kuat Agama Jadi Pilihan Uqasha Senrose Mahu Dibimbing Ke Arah Lebih Baik




KUALA LUMPUR, 7 Mac — Pelakon Uqasha Senrose menginginkan seorang calon suami yang kuat pegangan agama supaya dapat membimbingnya.

Menurut Uqasha, 27, ciri-ciri itu adalah penting supaya mereka sama-sama boleh berubah ke arah kebaikan, lapor Kosmo! Online.

“Perkara paling penting juga, saya mahu kami sama-sama percaya diri boleh berubah ke arah lebih baik,” katanya.

“Seteruk mana pun kisah hidup seseorang perempuan, lelaki tersebut mestilah boleh membimbingnya dan ada pegangan agama yang kuat.”

Sementara itu, pelakon itu tidak kisah adiknya Nelydia Senrose melangkah bendul kerana percaya jodoh itu ada, cuma masa yang menentukannya.

“Kalau kahwin cepat tetapi akhirnya orang itu bukanlah jodoh yang betul pun, untuk apa. Kenapa perlu memperjudikan masa depan dan hidup untuk orang yang salah.

“Pendirian saya mudah, biar lambat asal selamat. Saya gembira dengan apa yang saya ada sekarang.”


sumber : projekmm.com

Biodata Uqasha Senrose



Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992 merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel, iaitu Tundukkan Playboy Itu. Beliau kemudiannya muncul dalam satu lagi drama adaptasi novel, iaitu Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan Fattah Amin.

Kehidupan awal
Uqasha Senrose dilahirkan pada Selasa, 6 Julai 1992 Masihi bersamaan 5 Muharram 1413 Hijrah di Kota Bahru, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 7 adik-beradik. Salah seorang daripada adik beliau juga seorang pelakon iaitu Nelydia Senrose dan bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, beliau telah bekerja sebagai pramugari di AirAsia, salah satu syarikat penerbangan tambang murah terulung di Malaysia.

Kerjaya
Uqasha memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi filem bebas karya Anshari Rahizan Lukisan Hati yang dibintangi oleh Faralyna Idris, diadaptasi dari komik online dengan judul sama, ketika itu beliau menggunakan nama Zaris Uqasha.

Pada 2013, Uqasha membintangi filem sulungnya, Paku Pontianak arahan Ismail Bob Hashim di mana beliau memegang watak utama sebagai Melati, bersama Pekin Ibrahim. Juga pada tahun sama, beliau memegang watak Rania dalam drama adaptasi novel, Sebenarnya, Saya Isteri Dia! lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.

Uqasha kemudiannya berlakon di samping Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem Bencinta arahan Eyra Rahman. Beliau membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Ombak Rindu yang dipentaskan pada 22 April hingga 1 Mei 2016; Uqasha memegang watak sebagai Izzah yang sebelum ini dilakonkan oleh Maya Karin dalam filem yang dikeluarkan pada 2011.

Beliau muncul bersama Hafidz Roshdi dalam drama Tundukkan Playboy Itu yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Anjell. Uqasha memegang peranan sebagai Laili dalam Kerana Anisa dan Puteri Emallyn dalam Hero Seorang Cinderella lakonan Fazura dan Fattah Amin. Uqasha merupakan salah seorang pelakon utama drama adaptasi novel Rahsia Hati Perempuan; memegang watak sebagai Arissa.

Bekerja di bawah arahan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid, Uqasha bersama Zul Ariffin menjayakan peranan utama bersama Datuk Awie dalam filem Hantu Kak Limah 3; beliau memegang watak Puteri Bunian bernama Eton yang bercinta dengan Husin.


Kehidupan peribadi
Kehidupan peribadi Uqasha banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan lelaki, malah ada segelintir pihak beranggapan dia suka bertukar-tukar teman lelaki.

Uqasha mendedahkan beliau tidak lagi bertudung selepas tiga tahun dalam satu temuramah eksklusif bersama Berita Harian pada Ogos 2016. Beliau berkata: “Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.” Uqasha turut mendakwa gagal menerima petunjuk hidayah. Keputusan beliau menanggalkan tudung telah mengejutkan banyak pihak. Menurut laporan Berita Harian, tahun 2016 disifatkan sebagai tahun kontroversi Uqasha kerana kisah kehidupan peribadinya lebih diperkatakan berbanding kerjayanya.

Uqasha sebelum ini dilaporkan menjalinkan hubungan dengan pengacara dan pelakon, Hefny Sahad. Beliau sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Pekin Ibrahim, namun hubungan mereka berakhir di pertengahan jalan akibat perbezaan kreatif. Pada Disember 2017, Uqasha diancam oleh seorang pengikut Instagram belliau, yang ingin meminta gambar bogelnya.

Dalam temuramah bersama Utusan Malaysia, Uqasha menyatakan tidak pernah rasa tercabar dengan kehadiran wajah dan bakat baharu dalam memeriahkan dunia seni tempatan. Pada Mei 2018, Uqasha telah ditahan oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung penemuan 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan Chanel miliknya. Beliau turut mengesahkan keputusan ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya disahkan negatif dan dibebaskan dengan ikat jamin. Uqasha turut mendakwa beliau disabotaj.

Pada awal Ogos 2018, Uqasha mendedahkan dakwaan kes dad-ah ke atasnya telah selesai dan beliau tidak lagi di bawah siasatan polis.

Biodata Ringkas Uqasha Senrose
Nama Penuh: Nik Zaris Uqasha Bt Nik Sen
Nama Popular: Uqasha Senrose
Tarikh Lahir: 1 Ogos 1991
Asal: Kota Bahru, Kelantan tetapi menetap di Kuala Lumpur
Umur: 26 Tahun (2017)
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Keturunan: Berdarah kacukan Kelantan – Siam / Thailand
Adik-Beradik: Anak kedua daripada 7 adik-beradik. Beliau adalah kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose
Pertalian Darah Dengan Rakan Artis: Sepupu dengan Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong
Kerjaya: Pelakon, Model, Pramugari Air Asia
Pendidikan: Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/lelaki-kuat-agama-jadi-pilihan-uqasha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Pentingkan Status Atau Pangkat Yang Penting Bakal Suami Kuat Pegangan Agama Uqasha Senrose

Saya Tak Pentingkan Status Atau Pangkat Yang Penting Bakal Suami Kuat Pegangan Agama Uqasha Senrose

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 1642 hits
BUKAN mengikut adat dan budaya orang Barat sebaliknya tindakan itu dilakukan hanya sekadar suka suka Itu penjelasan pelakon Uqasha Senrose selepas dikritik gara gara menyambut bunga yang dibaling oleh adiknya Nelydia Senrose dalam majlis br...
Uqasha Senrose Mahu Bakal Suami Kuat Pegangan Agama

Uqasha Senrose Mahu Bakal Suami Kuat Pegangan Agama

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 507 hits
Meskipun adiknya Nelydia Senrose terlebih dahulu bakal menamatkan zaman bujang Uqasha Senrose memberitahu dia tidak berasa tertekan apabila ramai yang tertanyakan bila The post appeared first on
Usaha Jadi Lebih Baik

Usaha Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 307 hits
Berusaha mengubah kepada lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam bermakna telah mempersia siakan peluang hidup pada hari semalam Ketika masih ada ...
Hijrah Kepada Kehidupan Yang Lebih Baik

Hijrah Kepada Kehidupan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 282 hits
Selamat tahun baru hijrah kepada semua umat islam di mana juga anda berada Sempena tahun baru kita tidak lari daripada bercerita mengenai hijrah atau perubahan Dari buruk kepada yang baik dari rumah lama ke rumah baru dari lokasi lama ke lo...
Tetapkan Hukuman Lebih Berat Terhadap Penghina Agama Mujahid

Tetapkan Hukuman Lebih Berat Terhadap Penghina Agama Mujahid

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 242 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata pindaan berkenaan secara dasar dipersetujui dan dijangka dapat dibentang pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini iaitu bulan hadapan selepas dibawa ke mesyuarat Kabine...
Telefon Android Pilihan Bawah Rm1000 Yang Lebih Kompak Dan Storan Yang Besar

Telefon Android Pilihan Bawah Rm1000 Yang Lebih Kompak Dan Storan Yang Besar

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 451 hits
Aku tidaklah berhajat secara drastik untuk tambah satu lagi telefon selain iPhone 5s yang aku sedang guna sekarang Walaupun sudah menunjukkan sintom lag tetapi ianya masih boleh digunakan lagi Tetapi aku suka tengok smartphone yang sudah be...
Benarkah Sheet Mask Mahal Lebih Baik Daripada Yang Berharga Murah

Benarkah Sheet Mask Mahal Lebih Baik Daripada Yang Berharga Murah

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 245 hits
Benarkah sheet mask mahal lebih baik daripada yang berharga murah Faktor yang mempengaruhi harga sheet mask adalah material yang digunakannya Lembaran hydrogel lebih baik daripada katun jadi lebih mahal
Opera Browser Untuk Android Dikemaskini Dengan Penghalang Iklan Lebih Baik Dan Sokongan Tatalan Lebih Pantas

Opera Browser Untuk Android Dikemaskini Dengan Penghalang Iklan Lebih Baik Dan Sokongan Tatalan Lebih Pantas

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 262 hits
Opera Browser untuk Android adalah satu pelayar web yang lebih fokus kepada sekuriti dan privasi Ia tidak seperti pelayar web yang lain Sebelum ini versi Android turut hadir dengan sokongan VPN terbina untuk privasi yang lebih baik Hari ini...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live