Telefon Android Pilihan Bawah Rm1000 Yang Lebih Kompak Dan Storan Yang Besar
Aku tidaklah berhajat secara drastik untuk tambah satu lagi telefon selain iPhone 5s yang aku sedang guna sekarang. Walaupun sudah menunjukkan sintom lag, tetapi ianya masih boleh digunakan lagi. Tetapi aku suka tengok smartphone yang sudah berlambak dipasaran yang menggunakan platfom Android OS ni
Jika nanti aku berhajat untuk tambah telefon baru yang menggunakan Android OS, aku mesti dapatkan yang terbaik sesuai dengan keinginan aku. iPhone yang pastinya tidak punya banyak pilihan, perbandingan hanya pada harga sahaja. Murah, beli, mahal, tengok. Lain dengan telefon Android yang pastinya punya pelbagai pilihan supaya ianya sesuai dengan keinginan anda. Jadi di sini aku suka-suka senaraikan telefon Android pilihan aku mengikut beberapa kriteria yang bagi aku penting
Kriteria dan ciri-cirinya adalah :-Saiz telefon : (tidak terlalu besar)Saiz skrin : (kurang 6 inci)Kapasiti storan : (128 Gb)Berat : (tidak terlalu berat)Harga : (bawah RM1000)
Secara jujur, aku bukanlah kaki gaming berat lagi-lagi untuk bermain di telefon. Jadi aku tak pilih sangat grafik. Selain itu, aku dah ada DSLR, jadi aku tak kisah kualiti kamera pada telefon. Aku pilih telefon yang kecil supaya sedap dan mudah dipegang sebelah tangan. Aku mahukan kapasiti storan yang besar supaya mudah simpan file, gambar, video dan macam-macam lagi. Yang paling penting, bajet telefon mestilah bawah RM1000 (harga mengikut harga rasmi daripada store) . Jadi jom aku senaraikan telefon yang aku rasa sesuai dengan aku.
1. Nokia 6.1 Plus
Aku baru perasan yang Nokia sudah kembali dan bernafas segar dengan kehadiran Android OS berbanding Windows OS sebelum ini dengan Nokia Lumia bagai. Kali ini telefon legen kembali dengan gah memperkenalkan beberapa telefon Nokia yang menggunakan Android OS. Selain spesifikasi yang disenaraikan di bawah, aku suka Nokia 6.1 Plus ni sebab menggunakan AndroidOne yang katanya akan dapat update terbaru dengan pantas daripada Google selama 2 tahun. Bentuk badang yang cantik dengan notch dan bezel-less. Marvelous! Selain itu, stock AndroidOne ini simple macam iOS. Tak serabut
Spesifikasi Maklumat Catatan Saiz telefon (mm) 147.2x70.92x7.99
Saiz skrin (inci)5.8
Berat (g) 151
Kapasiti storan (Gb) 64
Harga (RM) 999 Promosi RM899 (sehingga April)
2. Honor 10
Sebenarnya telefon keluaran Honor ni banyak, tetapi yang best kebanyakannya bersaiz ala-ala phablet yang pastinya kene guna 2 tangan untuk menggunakan telefon tersebut. Aku turn-off betul telefon besar-besar ni. Baik beli tablet je senang. haha Jadi banyak-banyak tu, aku pilih Honor 10. Telefon ni sebenarnya masih besar tetapi masih boleh dirunding. Selain itu, silapnya telefon ini harga lebih RM1000. Tapi best sebab kapasiti storan dia 128 Gb beb! Jom tengok spesifikasinya
SpesifikasiMaklumatCatatanSaiz telefon (mm)154.8 x 73.64 x 7.95
Saiz skrin (inci)6.21
Berat (g)162
Kapasiti storan (Gb)128
Harga (RM)1399
3. Huawei Nova 3i
Telefon ini antara telefon yang terawal aku rasa sesuai dengan aku sebab kapasiti storan 128gb, badan cantik kalau tengok review di youtube, harga bawah RM1000 tetapi malangnya saiz body dan skrin sedikit besar bagi aku. Aku dah pegang pun di kedai telefon, ternyata ianya besar. Kecewa teruk beb! Huawei ni tak boleh buat telefon kecil-kecil sikit ke
SpesifikasiMaklumatCatatanSaiz telefon (mm)157.6 x 75.2 x 7.6
Saiz skrin (inci)6.3
Berat (g)169
Kapasiti storan (Gb)128
Harga (RM)999
4. Motorola One
Motorola juga sudah biasa dengan stock AndroidOne sebelum ini, jadi kali ini dengan kehadiran Motorola One ni aku sangat berminat. Bentuk badang telefon yang sangat cantik dengan bezel-less dan kehadiran notch. Ya! aku suka notch kalau pair dengan bezel-less. Cantik beb! Telefon ni merupakan harga yang termurah dalam senarai aku buat ni
SpesifikasiMaklumatCatatanSaiz telefon (mm)150 × 72 × 7.97
Saiz skrin (inci)5.9
Berat (g)162
Kapasiti storan (Gb)64
Harga (RM)799
5. Xiaomi Mi A2
Xiaomi juga tidak ketinggalan dalam senarai ini. 1 je aku suka pada telefon ini iaitu stock AndroidOne dan juga sebenarnya telefon yang power dari segi grafik dan harga yang sesuai untuk 128Gb sebab lebih sikit je dari RM1000 iaitu RM1059. Selain itu, telefon yang bersaiz besar aku tak suka, dan paling turn-off adalah tiada bicu hadfon jack. Nak dengar lagu kene guna bluetooth. Ikut sangat perangai iPhone tu. Memang aku tak beli la hahaha
SpesifikasiMaklumatCatatanSaiz telefon (mm)158.7 x 75.4 x 7.3
Saiz skrin (inci)5.99
Berat (g)166
Kapasiti storan (Gb)128kapasiti 64Gb = RM798Harga (RM)1059RM798
6. Asus Zenfone Max Pro M2
Nama yang agak panjang sebenarnya. Tapi apa aku kisah. Telefon ni kalau korang google memiliki grafik yang baik dengan kapasiti bateri yang besar. Asus sudah terkenal dengan kapasiti bateri yang besar lebih daripada 4000 mAH sebab tu ianya berat antara telefon yang aku senaraikan ni. Tetapi sayang, telefon ini bersaiz besar, tak sesuai nak pegang sebelah tangan bagi aku
SpesifikasiMaklumatCatatanSaiz telefon (mm)157.9 x 75.5 x 8.5
Saiz skrin (inci)6.26
Berat (g)175
Kapasiti storan (Gb)64
Harga (RM)859
KonklusinyaDaripada 6 telefon yang aku senaraikan ini, selepas beberapa minggu aku buat survey di google. Aku putuskan kalau aku nak beli telefon Android yang baru dengan ciri-ciri yang aku mahukan aku akan pilih Nokia 6.1 Plus dan Motorola One
Sebabnya adalah telefon yang kompak sesuai digunakan sebelah tangan, tidak terlalu berat, design badan yang menarik, notch dan bezel-less yang awesome dan yang aku suka sebab guna stock AndroidOne. Tetapi sayang sikit je, kapasiti storan dalamannya adalah 64Gb dan ia boleh ditampung dengan tambahan SD Card. Jadi tiada masalah la. Untuk kamera ke, grafik aku, aku tengok ianya biasa-biasa sahaja, tapi aku tak peduli pun. Aku bukan kaki gaming, aku dah ada DSLR
Jadi aku harap senarai aku buat ni bermanfaat kepada korang yang mahu mencari telefon Android yang baru dengan menggunakan ciri-ciri yang aku senaraikan di atas.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2019/03/telefon-android-pilihan-bawah-rm1000.html