Lelaki Kalau Ada Niat Nak Kahwin Kena Usaha Ubah Dulu 5 Perangai Ini


Baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum bergelar pasangan suami isteri dalam sesebuah institusi keluarga.
Hal ini kerana sikap sebelum kahwin akan terus menjadi tabiat selepas kahwin. Tiada magik yang boleh mengubah sikap seseorang menjadi baik dalam satu hari, apatah lagi sekadar selepas akad. Oleh itu, kita perlu mengikis tabiat negatif sedikit demi sedikit sebelum menjejakkan kaki ke alam rumahtangga.
Anda lelaki dan berniat untuk berkahwin? Apa kata kita baca perkongsian Peguam Syarie Khidmat Masyarakat terlebih dahulu untuk muhasabah bersama.
Lelaki, kalau ada niat nak kawin, maka ubah dulu tabiat-tabiat ini; 1. Solat Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu. Tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu tak akan dapat bertahan lama.
Sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.
Gambar hiasan. (Kredit: About Islam) 2. Kerja Bila nak kahwin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yang tertentu. Nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti, lepas tu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri.
Tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.
3. Perangai bujang Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan; merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya. Maka kita perlu ubah semua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam.
Didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu.
4. Belajar mengemas Gambar hiasan. (Kredit: USA Today Classified) Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja. Kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah. Perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat, dah selalu buat tu.
Percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50 peratus dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah.
5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan. Sekarang, sebelum kahwin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”.
Tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang kawan sahaja sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi.
Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja. Anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yg diredhai Allah S.W.T.
Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga.
Sumber: Peguam Syarie Khidmat Masyarakat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/12/lelaki-kalau-ada-niat-nak-kahwin-kena-usaha-ubah-dulu-5-perangai-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Dah Terniat Nak Kahwin Tu Perbaiki Diri Dengan Ubah 5 Tabiat Bujang Ini

Bila Dah Terniat Nak Kahwin Tu Perbaiki Diri Dengan Ubah 5 Tabiat Bujang Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 359 hits
Lelaki kalau ada niat nak kawin maka ubah dulu tabiat2 ini Jadi jom kita selongkar
Kalau Ikutkan Selepas Kahwin Saya Memang Nak Slow Down Raja Ilya

Kalau Ikutkan Selepas Kahwin Saya Memang Nak Slow Down Raja Ilya

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 692 hits
Siapa je tak kenal pelakon jelita Raja Ilya yang sudahpun berumahtangga bersama Trent Garret Walaupun diorang dah berkahwin Raja Ilya memberitahu bahawa dia nak memperlahankan kerjaya lakonannya Lain pula jadinya apabila suaminya Trent Garr...
Takkan Tiba Tiba Nak Ubah Jadi Alif Satar

Takkan Tiba Tiba Nak Ubah Jadi Alif Satar

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 338 hits
Cara pengacaraannya sering dikritik dan dikatakan berlebihan Nabil Ahmad tidak tersinggung apabila ada pihak membandingkan dirinya dengan pengacara Alif Satar Menurut Nabil The post appeared first on
Sempit Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amal Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat

Sempit Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amal Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 841 hits
Mungkin ada yang salah dalam hidupmu ada yang kurang yang belum kamu lakukan sudahkah selalu membacakan surah yang dapat membantumu melepaskan kesusahan dan akan melancarkan rezekimu Hanya 7 kali dibaca setiap setelah solat tapi masih kamu ...
Hiburan Risteena Munim Muat Naik Video Fitting Baju Kahwin Dah Nak Tamatkan Zaman Bujang Ke

Hiburan Risteena Munim Muat Naik Video Fitting Baju Kahwin Dah Nak Tamatkan Zaman Bujang Ke

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 562 hits
Umum mengetahui bahawa pelakon Risteena Munim nampak gayanya kini sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon lain iaitu Isa Khan Walaupun kedua dua belah pihak lebih senang mendiamkan diri ramai menebak bahawa mereka adalah pasangan keka...
Jangan Tunggu Gigi Tumbuh Baru Nak Ubah Tekstur Makanan Anak Nak Elak Tercekik Tersedak

Jangan Tunggu Gigi Tumbuh Baru Nak Ubah Tekstur Makanan Anak Nak Elak Tercekik Tersedak

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 480 hits
Bila dah masuk enam bulan mama memang dah teruja nak bagi anak anak makan Dari awal memang dah usha apa menu yang sesuai untuk diberi kepada anak anak Yang penting ia berkhasiat dan baik untuk tumbesaran mereka Bila anak dah boleh makan itu...
Masa Kahwin Hanya Ada Basikal Lelaki Ini Nekad Usaha Keras Selama 9 Tahun Untuk Beli Banglo Idaman Isteri

Masa Kahwin Hanya Ada Basikal Lelaki Ini Nekad Usaha Keras Selama 9 Tahun Untuk Beli Banglo Idaman Isteri

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 776 hits
Setiap suami pasti mempunyai hasrat yang ingin direalisasikan untuk pasangan mereka setelah melihat si isteri sentiasa bersama dikala susah mahupun senang Bagi Amir Faisal Khairi dia nekad bekerja keras selama sembilan tahun bagi menunaikan...
Bila Dah Kahwin Pasti Nak Anak Hati Hati Bila Bertanyakan Soalan Sensitif Pada Orang

Bila Dah Kahwin Pasti Nak Anak Hati Hati Bila Bertanyakan Soalan Sensitif Pada Orang

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 497 hits
Setiap wanita yang sudah mendirikan rumah tangga pasti menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ibu Apabila sudah bernikah dalam satu tempoh yang agak lama soalan bila mahu hamil dan dapat anak sering diajukan Siapa yang tidak mahu tetapi mun...
Niat Nak Bersihkan Laut Nelayan Jadi Jutawan Sekelip Mata Apabila Menemui Muntah Ikan Paus

Niat Nak Bersihkan Laut Nelayan Jadi Jutawan Sekelip Mata Apabila Menemui Muntah Ikan Paus

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 390 hits
Tuah ayam nampak di kaki tuah orang siapa yang tahu Begitu perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan nelayan dari Bengkulu Indonesia ini yang menemui muntah ikan paus berharga lumayan Nasib seorang nelayan bernama Sukadi berubah sekelip mata ...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel

Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart