Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan Sempat Ceroboh Rumah Di Karak Tertidur Tiga Jm



BENTONG: Lelaki yang melarikan kereta jenis Honda City 1.5L V dari sebuah stesen minyak di Jalan Semambu, Kuantan, kelmarin, sempat menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis, Karak dan tertidur hampir tiga jam di situ sebelum diberkas polis tengah malam tadi.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata lelaki tempatan berusia 40 tahun itu yang sedang nyenyak tidur di ruang tamu rumah berkenaan, ditahan kira-kira jam 12.45 tengah malam selepas polis menerima maklumat daripada pemilik kediaman itu.
Beliau berkata, pemilik rumah yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya itu, memaklumkan terdapat lelaki tidak dikenali datang dan terus masuk ke dalam rumah mereka, kira-kira jam 10 malam lalu mengurung keluarga itu dalam sebuah bilik.
"Lelaki terbabit kemudian tertidur di ruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi polis. Dengan penahanan ini, kes tular yang berlaku pada 3 Jun lalu dapat diselesaikan.
"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai enam rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, hari ini.
Yahaya berkata, dengan penahanan itu juga, polis berjaya mengesan semula kereta Honda City terbabit di pasar awam di Karak, iaitu lokasi kenderaan itu ditinggalkan sebelum lelaki berkenaan menumpang orang awam ke Kampung Chinta Manis.
"Polis sedang menyiasat lanjut mengapa suspek menukar nombor plat kereta dan kemudian meninggalkan kereta di pasar. Kereta itu tidak rosak, cuma terdapat kesan calar pada beberapa bahagian selepas tampalan poster dikikis suspek bagi mengelak dikesan.
"Selain itu, suspek turut mengaku terlibat dalam kes kecurian motosikal yang digunakan dalam kejadian sebelum melarikan kereta terbabit," katanya.
Beliau berkata, polis merampas sejumlah barangan daripada lelaki itu, antaranya satu jam tangan jenama Lashida, satu jam tangan jenama Bonia, dua gunting, dua pisau lipat serta sarung kepala.
Lelaki itu, katanya, direman hingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Isnin lalu, seorang pesara guru wanita melalui detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali menggunakan kereta milik anaknya dalam kejadian di stesen minyak di Jalan Semambu, kira-kira 3.10 petang.
Sebelum itu, mangsa, Napisah Muhammad, 68, bersama suami, Mohamed Halim Omar, 77, dan anak perempuan mereka seorang akauntan yang juga pemilik kenderaan terbabit berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi minyak serta ke tandas. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/06/lelaki-curi-kereta-dari-stesen-minyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Buru Suspek Kes Melarikan Kereta Di Parkir Sebuah Stesen Minyak Di Semambu Kuantan

Polis Buru Suspek Kes Melarikan Kereta Di Parkir Sebuah Stesen Minyak Di Semambu Kuantan

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 382 hits
KUANTAN Polis memburu suspek kes melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan bersama penumpang wanita warga emas di sebuah stesen minyak di Semambu dekat sini pada Isnin Tindakan nekad lelaki terbabit sempat dirakam kamera litar tertutup prem...
Kereta Boleh Beli Ratus Ribu Minyak Hang Sengkek Nak Boh Apa Punya Lekeh

Kereta Boleh Beli Ratus Ribu Minyak Hang Sengkek Nak Boh Apa Punya Lekeh

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 381 hits
Moh Fairul Al QasasKia Karnival ni harga dia RM200 ribu B40 M40 tak layak pakai Kalau tuan gaji 8k Masih layak dapat Budi Madani RM200 sebulan Boleh tampung perbezaan pengisian diesel tuan Biar otak kita kemas setanding kereta kita
Tiga Penjawat Awam Ditahan Terima Rasuah Rumah Urut

Tiga Penjawat Awam Ditahan Terima Rasuah Rumah Urut

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 503 hits
Oleh Syeikh Baran Empat suspek ditahan sekitar ibu negara semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia empat individu termasuk tiga penjawat awam kerana dipercayai menerima rasuah secara bulanan daripada premis perniagaan haram di ibu neg...
Beberapa Premis Perniagaan Dan Kereta Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Pantai Kempadang Kuantan

Beberapa Premis Perniagaan Dan Kereta Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Pantai Kempadang Kuantan

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 367 hits
KUANTAN Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang di sini petang semalam Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kempadang Saaban Awang berkata keja...
Lelaki Bengang Staf Stesen Minyak Terima Tip Netizen Tanya Kenapa Bitter Sangat

Lelaki Bengang Staf Stesen Minyak Terima Tip Netizen Tanya Kenapa Bitter Sangat

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 469 hits
Seorang lelaki meluahkan rasa bengang apabila salah seorang staf stesen minyak menerima duit tip daripada pelanggan Singapura hingga undang perhatian ramai di media sosial Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna di laman X lelaki i...
Pesara Guru Cemas Dilarikan Pencuri Kereta Di Kuantan

Pesara Guru Cemas Dilarikan Pencuri Kereta Di Kuantan

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 191 hits
NS RamliSeorang wanita berdepan detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki yang cuba mencuri kereta anaknya dalam kejadian di sebuah stesen minyak Semambu dekat Kuantan Pahang petang semalam Bagaimanapun pesara guru berusia 66 tahun itu b...
Salah Sendiri Ingatkan Kereta Api Sempat Brek

Salah Sendiri Ingatkan Kereta Api Sempat Brek

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 299 hits
KOSMO SEBUAH kereta api mendekati kereta yang diletakkan di tepi landasan di Hanoi kelmarin Foto tuoi tre news SuppliedHANOI nbsp Sebuah kereta api barang bertembung dengan kereta yang diletakkan berhampiran landasan di Hanoi kelmarin menye...
Kieda Crepe Tunjuk Gambar Suspek Pecah Rumah Melaram Pakai Emas Curi

Kieda Crepe Tunjuk Gambar Suspek Pecah Rumah Melaram Pakai Emas Curi

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 556 hits
Usahawan pencuci mulut Kieda Crepe tunjuk gambar suspek pecah rumah yang ketika ini sedang ditahan reman susulan dakwaan melakukan jenayah tersebut sehingga dia kerugian hampir RM1 juta Tak malu pakai macam harta sendiri Menerusi Insta Stor...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah