Polis Buru Suspek Kes Melarikan Kereta Di Parkir Sebuah Stesen Minyak Di Semambu Kuantan


KUANTAN: Polis memburu suspek kes melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan bersama penumpang wanita warga emas di sebuah stesen minyak di Semambu dekat sini pada Isnin.
Tindakan nekad lelaki terbabit sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis stesen minyak sebelum videonya dimuat naik dan tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari berkata, suspek menurunkan penumpang di tepi jalan kira-kira 400 meter dari tempat kejadian dan terus melarikan kereta jenis Honda City milik seorang akauntan wanita berusia 38 tahun.
Menurutnya, kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu berlaku ketika mangsa yang beralamat dari Sentul, Kuala Lumpur bersama ayah, 77 tahun dan emaknya, 66 tahun berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak serta ke tandas.
"Ketika mangsa mengisi minyak, ayah dan ibunya turun ke tandas.
"Selepas selesai mengisi minyak, wanita itu meletakkan keretanya di parkir berhampiran tandas dan turun meninggalkan kereta dalam keadaan enjin masih hidup kerana ibunya telah masuk dan berada dalam kenderaannya itu," katanya.
Beliau berkata, ketika berjalan menuju ke tandas, mangsa terdengar emaknya menjerit meminta tolong dan melihat keretanya bergerak dalam keadaan laju.
"Ibunya yang tidak sempat turun turut dilarikan sebelum ditinggalkan tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya.
Dalam pada itu, Wan Mohd Zahari berkata, hasil siasatan mendapati suspek datang ke stesen minyak itu menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX-5.
"Setelah sampai, suspek terus masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikannya.
"Semakan ke atas motosikal yang ditinggalkan suspek mendapati ia motosikal curi menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.
Tambahnya, selain kereta, mangsa turut kehilangan telefon bimbit jenis IPhone 14, kad Touch n Go (TnG) dan Smart Tag yang berada dalam kenderaan dilarikan manakala anggaran nilai kerugian mencecah RM94,000.
"Usaha mengesan suspek dan kenderaan mangsa sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/06/polis-buru-suspek-kes-melarikan-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan Sempat Ceroboh Rumah Di Karak Tertidur Tiga Jm

Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan Sempat Ceroboh Rumah Di Karak Tertidur Tiga Jm

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 227 hits
BENTONG Lelaki yang melarikan kereta jenis Honda City 1 5L V dari sebuah stesen minyak di Jalan Semambu Kuantan kelmarin sempat menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis Karak dan tertidur hampir tiga jam di situ sebelum diberkas poli...
Polis Buru Dua Suspek Rompak Guna Parang

Polis Buru Dua Suspek Rompak Guna Parang

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 202 hits
ASLIZA MUSATANGKAP layar kejadian rompak di Jalan Coldstream Buntong Kampung Baru Buntong Ipoh kelmarin IPOH Polis sedang mengesan dua suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian rompak seorang peniaga bersenjatakan parang di sebuah rumah d...
Polis Kesan Suspek Baling Pasu Bunga Di Balai Polis

Polis Kesan Suspek Baling Pasu Bunga Di Balai Polis

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 146 hits
Malaysiakini nbsp Polis sedang mengesan dua suspek berkaitan satu insiden membaling pasu bunga tembikar di Balai Polis Serdang pagi tadi Dalam satu kenyataan Ketua Polis Daerah Serdang A Anbalagan berkata motif kejadian dipercayai berpunca ...
Kereta Boleh Beli Ratus Ribu Minyak Hang Sengkek Nak Boh Apa Punya Lekeh

Kereta Boleh Beli Ratus Ribu Minyak Hang Sengkek Nak Boh Apa Punya Lekeh

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 217 hits
Moh Fairul Al QasasKia Karnival ni harga dia RM200 ribu B40 M40 tak layak pakai Kalau tuan gaji 8k Masih layak dapat Budi Madani RM200 sebulan Boleh tampung perbezaan pengisian diesel tuan Biar otak kita kemas setanding kereta kita
Bagaimana Awak Boleh Terfikir Untuk Memasak Di Stesen Minyak Kemudian Muat Naik Dalam Media Sosial Majistret

Bagaimana Awak Boleh Terfikir Untuk Memasak Di Stesen Minyak Kemudian Muat Naik Dalam Media Sosial Majistret

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 319 hits
Bagaimana awak semua boleh terfikir untuk memasak di stesen minyak Awak tak fikir ke di bawah itu ada tangki minyak Lepas itu muat naik dalam media sosial Itu pertanyaan yang dilempar oleh Majistret Nadhratun Naiem Zainan kepada seorang lel...
Beberapa Premis Perniagaan Dan Kereta Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Pantai Kempadang Kuantan

Beberapa Premis Perniagaan Dan Kereta Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Pantai Kempadang Kuantan

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 211 hits
KUANTAN Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang di sini petang semalam Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kempadang Saaban Awang berkata keja...
Banyak Pihak Mempersoalkan Kes Pengiring Kerabat Pukul Oku Polis Kena Jawab

Banyak Pihak Mempersoalkan Kes Pengiring Kerabat Pukul Oku Polis Kena Jawab

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 246 hits
MalaysiakiniLFL Polis perlu terus siasat dakwaan pengiring kerabat pukul OKULawyers for Liberty menggesa polis untuk meneruskan siasatan kes pemandu e hailing orang kurang upaya yang didakwa dipukul pengawal peribadi seorang kerabat diraja ...
Pesara Guru Cemas Dilarikan Pencuri Kereta Di Kuantan

Pesara Guru Cemas Dilarikan Pencuri Kereta Di Kuantan

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 127 hits
NS RamliSeorang wanita berdepan detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki yang cuba mencuri kereta anaknya dalam kejadian di sebuah stesen minyak Semambu dekat Kuantan Pahang petang semalam Bagaimanapun pesara guru berusia 66 tahun itu b...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi