Lekehnya Jkom Mempertahankan Kerajaan Madani




APA PERANAN J-KOM - MENANGKIS KHABAR ANGIN ATAU MENGIYAKAN KHABAR ANGIN?


J-Kom merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang paling diperkatakan ramai sejak terbentuknya kerajaan perpaduan lebih setahun yang lalu.


Bermula dengan perlantikan Prof Dr Mohd Agus Yusof sebagai Ketua Pengarah, kegagalannya memimpin agensi tersebut dan sehinggalah kepada munculnya “video Wahab” yang memaksa beliau berundur secara mengejut, nama J-Kom hampir tidak pernah tertanggal daripada sebutan kebanyakan mereka yang gemar mengikuti perkembangan semasa.


Kini, sementara ramai masih tertunggu-tunggu siapa bakal Ketua Pengarah J-Kom yang baru, nama agensi tersebut sekali lagi terpacul menjadi sebutan.


Kali ini berikutan Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusof atau Tok Abah membuat kenyataan dengan memperincikan apa yang dinamakan sebagai Langkah Dubai, suatu gerakan yang kononnya diusahakan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.


Bagi yang tidak tahu apa-apa, barangkali ada yang teruja dengan apa yang disebut Tok Abah itu, tambahan lagi beberapa media serta portal turut menjadikannya sebagai berita utama.


Tetapi, selain beberapa pimpinan PN sendiri menyifatkan kenyataan Tok Abah itu sebagai mengarut dan tidak berasas, kawan-kawan pimpinan dalam gabungan tersebut dan penggerak media sosial mereka hanya mampu ketawa saja membacanya.


Ini berikutan, mereka tahu Langkah Dubai itu adalah sesuatu yang tidak wujud, palsu dan hanya merupakan khayalan yang digembar-gemburkan oleh dua tiga orang TikTokers yang dahulunya makan di atas tapak tangan Najib Razak.


Setelah Najib jatuh, mereka jadi tidak bertuan dan hanya kebelakangan ini terlihat begitu kuat mahu menjatuhkan Anwar dengan tidak habis-habis menjaja cerita kerajaan akan tumbang.


Hakikat yang nyata, di samping kerajaan masih tidak tumbang-tumbang, sebaliknya jumlah sokongan Ahli Parlimen PN yang makin berkurangan dengan setakat ini sudah lima orang mengumumkan sokongan kepada Anwar.


Dalam keadaan sebegitu pun, TikTokers berkenaan masih lagi seronok menjaja cerita kerajaan akan tumbang – kononnya minggu depan, bulan depan dan macam-macam lagi tarikh ramalan.


Yang peliknya di sini, sementara mereka dalam PN sendiri tidak percaya dan tidak pakai cerita khabar angin adanya sebarang gerakan atau Langkah Dubai untuk menjatuhkan kerajaan lantaran memang tiada apa-apa gerakan sedang diusahakan ketika ini, tup-tup J-Kom pula yang seolah-olah seronok mempercayainya.


Ehh…apa peranan J-Kom ini sebenarnya – menangkis khabar angin atau mengiyakan khabar angin?


Apakah J-Kom yang ketika ini ketiadaan Ketua Pengarah, tetapi hanya ada Tok Abah selaku pimpinan tertingginya selaku Timbalan Ketua Pengarah, suka melihat kerajaan tidak stabil dan orangramai bercakap mengenai Anwar bakal dijatuhkan?


Masih tidak percayalah J-Kom dengan sokongan kukuh melebihi dua pertiga yang sedang dimiliki Anwar?


Kenapa Tok Abah tidak berusaha mencipta naratif untuk menangkis cerita palsu ciptaan dua tiga orang TikTokers berkenaan demi memperlihatkan Anwar dipertahankan, sekaligus untuk membina persepsi yang lebih baik berkenaan keutuhan kerajaan perpaduan?


Apakah dalam hal ini J-Kom masih tidak faham fungsi dan peranan mereka yang sebenar?


Kalau dengan cerita khayalan yang dicipta oleh dua tiga TikTokers tak bertuan pun J-Kom sudah mudah terbuai dan hilang arah tuju dalam fungsinya, bagaimana mereka mampu berperanan dengan lebih berkesan menangani pelbagai serangan, seterusnya untuk membantu Anwar memenangi PRU16 akan datang?


Nampaknya ada tugas berat menanti Fahmi Fadzil  selepas ini - kena luangkan lebih masa sedikit tengok-tengokkan J-Kom agar peranannya tidak terbazir sebagaimana tempoh setahun lalu yang berlalu dengan sia-sia. – ShahbudinHusin 31/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/31/apa-kerja-j-kom-menangkis-khabar-angin-atau-mengiyakan-khabar-angin.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/lekehnya-jkom-mempertahankan-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Goda Isteri Orang Dibenarkan Kerajaan Madani

Goda Isteri Orang Dibenarkan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 241 hits
1 Masalah utama sebahagian besar rakyat Malaysia ialah apabila gagal memahami konsep pemisahan kuasa 2 Malaysia mengamalkan sistem pemisahan kuasa diantara Eksekutif Kehakiman dan Perundangan 3 Konsep pemisahan kuasa adalah penting supaya k...
Us Di Belakang Kerajaan Madani Anwar Ibrahim

Us Di Belakang Kerajaan Madani Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 215 hits
Murray Hunter The International Republican Institute often acts in collaboration with the US based and funds National Endowment for Democracy and USAID which are both funded by the US government The IRI is a non profit organization also fun...
Dengar Kata Ada Dah Yang Dibayar Untuk Pertahankan Dan Perkenalkan Kerajaan Madani Apa Nak Risau

Dengar Kata Ada Dah Yang Dibayar Untuk Pertahankan Dan Perkenalkan Kerajaan Madani Apa Nak Risau

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 262 hits
Sayangi Negaraku PDRM Harus Ambil Tindakan Keras Komplot Guling Kerajaan YPDA1 Tun M dan Tun Daim bersama sekumpulan ahli semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan 2 Jurucakap mereka pula terus ditaja untuk...
Ekonomi Jadi Fokus Utama Kerajaan Madani Tahun Ini

Ekonomi Jadi Fokus Utama Kerajaan Madani Tahun Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 303 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Keutamaan bagi Kerajaan Madani tahun ini adalah memberikan fokus kepada soal ekonomi bagi mendorong kemasukan lebih banyak pelaburan ke dalam negara Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anw...
Tun Daim Tak Diam Elok Lah Yang Berbayar Try Hard To Defend Kerajaan Madani Ni

Tun Daim Tak Diam Elok Lah Yang Berbayar Try Hard To Defend Kerajaan Madani Ni

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 198 hits
TUN DAIM TIDAK DIAM SAYA AKAN BERTINDAK SEWAJARNYA DALAM MASA TERDEKAT INI Berikut adalah kenyataan media Tun Daim Zainuddin yang diterjemahkan daripada versi asal Bahasa Inggeris berkaitan siasatan dan penyitaan Menara Ilham miliknya oleh ...
Tukar Kerajaan Hanyalah Khayalan Jkom Tidak Lagi Berfungsi Dan Terserlah Kelemahan Menteri Yang Diperkatakan

Tukar Kerajaan Hanyalah Khayalan Jkom Tidak Lagi Berfungsi Dan Terserlah Kelemahan Menteri Yang Diperkatakan

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 120 hits
Saya kadang kadang hairan mengapa mereka dalam PH sendiri ikut teruja dengan gembar gembur tidak benar kononnya ada Langkah Dubai untuk menjatuhkan kerajaan PN yang semakin kehilangan sokongan dan setakat ini sudah lima Ahli Parlimennya men...
Anwar Minta Sabah Sarawak Selamatkan Kerajaan Madani

Anwar Minta Sabah Sarawak Selamatkan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 340 hits
Anwar minta Sabah Sarawak selamatkan Kerajaan Madani ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be zX qZ7Bn0o4 src in org https www youtube com embed zX qZ7Bn0o4 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www yout...
Dari Sudut Pandang Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani

Dari Sudut Pandang Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 222 hits
Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani yang telah pun melabuhkan tirainya pada 10 Disember yang lalu memberi satu impak yang amat luar biasa kepada rakyat yang hadir bermula 8 Disember sehingga 10 Disember 2023 bertempat di Perkar...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord