Tun Daim Tak Diam Elok Lah Yang Berbayar Try Hard To Defend Kerajaan Madani Ni


 
TUN DAIM TIDAK DIAM - SAYA AKAN BERTINDAK SEWAJARNYA DALAM MASA TERDEKAT INI 


Berikut adalah kenyataan media Tun Daim Zainuddin yang diterjemahkan daripada versi asal Bahasa Inggeris berkaitan siasatan dan penyitaan Menara Ilham miliknya oleh SPRM, minggu lalu.


Saya merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengenai siasatan yang dikatakan terhadap diri saya dan ahli keluarga saya.


Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang perbuatan rasuah atau salah laku dalam apa jua bentuk oleh saya atau keluarga saya. Siasatan ini tidak lain merupakan penganiayaan politik (political witch-hunt) yang menyasarkan kami.


Sehingga hari ini saya tidak pernah dimaklumkan tentang kesalahan yang didakwa saya telah lakukan walaupun saya telah berulang kali bertanya secara bertulis kepada SPRM. 


Saya boleh mendedahkan bahawa kami menerima surat yang ditandatangani oleh Azam Baki sendiri yang menolak secara langsung untuk memberitahu saya apa kesalahannya. Namun, terdapat usaha terancang untuk memburukkan saya dengan mengeluarkan maklumat salah dan sindiran tidak berasas terhadap saya.


Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim atas sebab-sebab yang paling diketahuinya sendiri menganggap saya sebagai ancaman politik dan musuh yang mesti dihina.


Adalah sia-sia dan tidak jujur baginya untuk menafikan perkara ini. Ia juga merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa di bawah Akta SPRM 2009, Ketua Pesuruhjaya bergantung kepada perdana menteri untuk pelantikan atau lanjutan tempoh perkhidmatan.


Kecaman terbaru Anwar terhadap saya pada 22.12.2023, mangatakan “dia rahsia umum, seorang yang menggondol kekayaan begitu besar“, adalah satu sindiran melulu dan tidak berasas bahawa saya bersalah atas beberapa kesalahan yang tidak dinyatakan. Ini cukup menunjukkan kebenciannya terhadap saya. 


Ia juga amat tidak wajar dan menyalahgunakan kuasa bagi seorang perdana menteri untuk campur tangan atau mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan dengan membuat sindiran terang-terangan tentang rasa bersalah secara terbuka. 


Saya telah berunding dengan peguam saya mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat.


Berkenaan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, dia telah membuat pelbagai komen prejudis terhadap saya di khalayak ramai sementara siasatan masih dijalankan.


Ia suatu yang tidak boleh diterima, tidak profesional dan mencurigakan.


Sebagai ketua organisasi, Azam Baki juga mesti bertanggungjawab atas banyak kebocoran berita “sumber” mengenai penyiasatan yang dikatakan. Apa yang dipanggil “sumber” ini hanya boleh datang dari dalam SPRM kerana ia bertujuan untuk mendedahkan butiran siasatan tersebut. 


Tujuan kebocoran itu jelas adalah untuk mewajarkan tindakan melampau mereka terhadap saya dan untuk menggambarkan diri saya sebagai seorang yang korup dan pesalah. Tidak diberitahu tentang kesalahan terhadap saya, saya tidak dalam kedudukan untuk menjawabnya atau membela diri.


Saya telah, sejak awal penyiasatan ini, memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan kerap berkomunikasi dengan mereka melalui peguam saya. Oleh itu, adalah kesalahan nyata bagi “sumber” SPRM untuk mendakwa bahawa saya tidak membuat pendedahan yang betul mengenai butiran kewangan yang dituntut oleh SPRM. 


Saya mengulangi bahawa semua yang diminta secara bertulis oleh SPRM telah didedahkan dan mengikut undang-undang.


Sebagai bekas anggota kanan kerajaan dan kerana menghormati proses penyiasatan, saya berdiam diri sehingga kini. 


Bagaimanapun, perdana menteri dan SPRM tidak menunjukkan rasa hormat yang sama terhadap proses itu dengan komen dan kenyataan mereka yang tidak wajar yang berterusan menyebabkan saya tiada pilihan selain bertindak balas demi menjaga reputasi dan nama baik saya.


Tetapi bukan itu sahaja yang membimbangkan saya. Saya amat mengambil berat tentang keadilan dan integriti institusi kita. Institusi mesti dilindungi demi kepentingan negara. 


Ia adalah demi kepentingan awam tertinggi bahawa proses penyiasatan dan pendakwaan tidak dicemari dan dijatuhkan oleh keadaan berat sebelah, tidak adil atau bermotifkan politik. Ini akan menjejaskan setiap rakyat Malaysia.


Dalam mengenang sumpah jawatan yang diikrarkan oleh mereka berdua, Anwar Ibrahim dan Azam Baki mesti menghormati kedaulatan undang-undang dan proses yang sewajarnya serta bertindak dengan sewajarnya.


Tun Daim Zainuddin


https://shahbudindotcom.net/2023/12/28/tun-daim-saya-akan-bertindak-sewajarnya-dalam-masa-terdekat-ini.html








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/tun-daim-tak-diam-elok-lah-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Daim Tak Mungkin Duduk Diam

Tun Daim Tak Mungkin Duduk Diam

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 241 hits
Shahbudin HusinSejak berlakunya penyitaan Menara Ilham oleh SPRM dua hari lalu daripada lebih 20 orang yang saya bercakap dengan mereka berkenaan isu tersebut ahli politik pemimpin NGO ahli perniagaan penganalisa politik dan ekonomi serta m...
Kononnya Kerajaan Tumbang Gang Kaki Fitnah Buat Cerita Dengar Rafizi Jumpa Tun M Daim Walaun Sebarkan Berita Ini

Kononnya Kerajaan Tumbang Gang Kaki Fitnah Buat Cerita Dengar Rafizi Jumpa Tun M Daim Walaun Sebarkan Berita Ini

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 106 hits
Penyokong pembangkang sehingga kini masih lagi menyebarkan propaganda kononnya Kerajaan Perpaduan bakal tumbang dalam masa terdekat walaupun sudah berkali kali jangkaan mereka meleset Bahkan timbul dakwaan bahawa Kerajaan Pusat akan bertuka...
Hiburan Menara Ilham Milik Keluarga Tun Daim Disita Sprm Didakwa Terlibat Kes Penyelewengan Dana Negara

Hiburan Menara Ilham Milik Keluarga Tun Daim Disita Sprm Didakwa Terlibat Kes Penyelewengan Dana Negara

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 176 hits
Agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah menyita bangunan Menara Ilham di Kuala Lumpur setelah ia dipercayai terlibat dalam kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2 3 Bilion membabitkan seorang tokoh korporat ...
Laporan Polis Tdrhadap Tun Daim Pada Tahun 1999 Pmx Tak Cakap Kosong

Laporan Polis Tdrhadap Tun Daim Pada Tahun 1999 Pmx Tak Cakap Kosong

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 213 hits
Kemungkaran yang sangat besar baru dapat disiasat untuk dicegah Itulah Anwar Ibrahim yang kamu benci dan tuduhnya sebagai musuh Islam wahai pewalak2 perjuangan Islam palsu LAPORAN POLIS DATO SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINU...
Sprm Sita Menara Ilham Yang Dimiliki Oleh Tun Daim Zainuddin

Sprm Sita Menara Ilham Yang Dimiliki Oleh Tun Daim Zainuddin

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 322 hits
Malaysiakini nbsp Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyita Menara Ilham sebuah bangunan komersial bernilai tinggi yang terletak di ibu negara menurut laporan media Bangunan pencakar langit itu dimiliki bekas menteri kewangan Daim Zain...
Dengar Kata Ada Dah Yang Dibayar Untuk Pertahankan Dan Perkenalkan Kerajaan Madani Apa Nak Risau

Dengar Kata Ada Dah Yang Dibayar Untuk Pertahankan Dan Perkenalkan Kerajaan Madani Apa Nak Risau

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 262 hits
Sayangi Negaraku PDRM Harus Ambil Tindakan Keras Komplot Guling Kerajaan YPDA1 Tun M dan Tun Daim bersama sekumpulan ahli semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan 2 Jurucakap mereka pula terus ditaja untuk...
Lekehnya Jkom Mempertahankan Kerajaan Madani

Lekehnya Jkom Mempertahankan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 164 hits
APA PERANAN J KOM MENANGKIS KHABAR ANGIN ATAU MENGIYAKAN KHABAR ANGIN J Kom merupakan satu satunya agensi kerajaan yang paling diperkatakan ramai sejak terbentuknya kerajaan perpaduan lebih setahun yang lalu Bermula dengan perlantikan Prof ...
Us Di Belakang Kerajaan Madani Anwar Ibrahim

Us Di Belakang Kerajaan Madani Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 215 hits
Murray Hunter The International Republican Institute often acts in collaboration with the US based and funds National Endowment for Democracy and USAID which are both funded by the US government The IRI is a non profit organization also fun...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life