Tukar Kerajaan Hanyalah Khayalan Jkom Tidak Lagi Berfungsi Dan Terserlah Kelemahan Menteri Yang Diperkatakan


 
LANGKAH DUBAI HANYA KHAYALAN, KALAU BENAR CUKUP JUMLAH, DI KEDAI MAMAK PUN BOLEH JATUHKAN KERAJAAN

Saya kadang-kadang hairan mengapa mereka dalam PH sendiri ikut teruja dengan gembar-gembur tidak benar kononnya ada Langkah Dubai untuk menjatuhkan kerajaan.
PN yang semakin kehilangan sokongan dan setakat ini sudah lima Ahli Parlimennya mengalih sokongan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Anwar Ibrahim, tiba-tiba PH pula yang percaya kerajaan hendak dijatuhkan.
Beberapa orang menghubungi saya bertanya tentang kebenaran Langkah Dubai itu.
Saya sebenarnya sudah menulis sebelum ini bahawa kerja menggembar-gemburkan konon Anwar akan jatuh hanyalah kerja dua tiga orang TikTokers yang sebelumnya adalah penyokong setia dan makan atas tapak tangan Najib Razak.B2oleh baca di sini –
Tetapi setelah Najib jatuh, mereka jadi berterabur mencari arah dan hanya baru-baru ini saja muncul beria-ia menunjukkan sokongan kepada PN.
Tetapi, sepanjang risik-risik dengan beberapa pimpinan PN, mereka sendiri tidak pakai dan tidak peduli sangat dengan TikTokers berkenaan.
Kata mereka, TikTokers berkenaan lebih menunjukkan kecondongan kepada Tun Mahathir Mohamad, bukan pun kepada PN.Begitu pun, siapa Tun Mahathir?
Ahli Parlimen bukan, ketua mana-mana parti pun bukan?
Hakikatnya, banyak pihak dalam PN sendiri tidak tahu menahu mengenai adanya Langkah Dubai yang diheboh-hebohkan itu, malah tidak peduli pun tentangnya.
Kata mereka, apa langkah pun untuk menjatuhkan kerajaan buat masa ini adalah tidak relevan untuk diusahakan kerana mustahil boleh dijadikan kenyataan.Bahkan, tiada pun pimpinan PN yang berusaha ke arah itu, hanya dua tiga TikTokers berkenaan saja yang siang malam bercakap berkenaan dengannya, walhal mereka bukan Ahli Parlimen dan tidak bercampur dengan Ahli Parlimen blok pembangkang.
Langkah Dubai dihebohkan kononnya ketika ini Yang Dipertuan Agong sedang bercuti di sana dan beberapa Ahli Parlimen dikatakan berusaha bertemu baginda untuk merundingkan pertukaran kerajaan.
Kononnya ada beberapa Ahli Parlimen berada di Dubai, termasuk Azmin Ali, Hishammuddin Hussein dan Hamzah Zainuddin.
Memang Azmin diketahui berada di Dubai, tetapi sebagaimana dimuatkan dalam media sosialnya, beliau hanya bercuti bersama keluarganya.Pokoknya beliau bukan Ahli Parlimen.
Hishammuddin Hussein juga menunjukkan di media sosialnya gambarnya sedang bercuti, tetapi tidak jelas di mana lokasinya.
Hamzah tidak dipastikan keberadaannya, ada yang mengatakan di Dubai dan apa juga mengatakan di London.
Beliau dikatakan sedang bercuti dengan keluarganya, sambil difahamkan ada urusan berjumpa anaknya yang belajar di London.
Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri pula sedang menunaikan umrah di Mekah
Mahiaddin Md Yasin dilaporkan bercuti di London bersama keluarganya sehingga 25 Januari depan.
Pemimpin Pas, termasuk calon Perdana Menteri mereka, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pastinya kini lebih sibuk menangani banjir di Kelantan dan Terengganu berbanding keghairahan menukar kerajaan.
Jadi, siapa yang ada di Dubai dan bagaimana boleh wujud konon ada usaha ingin menjatuhkan kerajaan?
Dalam hal ini ini, kalau Agong sedang bercuti bersama keluarga baginda di Dubai, untuk apa baginda mahu menyerabutkan kepala dengan hal-hal lain yang boleh diselesaikan di dalam negara?
Nak tukar kerajaan, bawalah usul undi tidak percaya dalam Parlimen atau kumpulkan seramai 112 Ahli Parlimen dan kemudian tunggu saja dipanggil mengadap ke Istana Negara?
Kenapa perlu sampai kejar baginda hingga ke Dubai?
Kalau benar sudah ada cukup jumlah, berpakat sambil minum teh tarik di kedai mamak pun boleh dan tak perlu pergi sampai ke Dubai.
Dalam hal ini, PH jangan sesekali terperangkap serta turut terbuai dengan sebarang spekulasi adanya langkah untuk menjatuhkan kerajaan.
Yang nyata setakat ini, ia hampir mustahil berlaku kerana jumlah Ahli Parlimen yang menyokong PN makin berkurangan, bukannya bertambah.
Gembar-gembur kejatuhan kerajaan hanyalah khayalan mereka yang terbuang dan tidak bertuan, sedangkan pimpinan PN yang waras dan bergelar Ahli Parlimen tenang-tenang saja serta tidak peduli tentang perkara itu.
Peliknya, bagaimana pihak dalam kerajaan sendiri, termasuk J-Kom yang melihatnya seolah-olah bakal menjadi kenyataan?
Di sini saja J-Kom sudah terlihat gagal, ingatkan agensi tersebut makin berfungsi setelah pemergian Dr Agus? – ShahbudinHusin 30/12/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/tukar-kerajaan-hanyalah-khayalan-jkom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Noktah Miskin Tegar Khayalan Fantasi Semua Kerajaan Data Padu Vs Data Ekasih

Noktah Miskin Tegar Khayalan Fantasi Semua Kerajaan Data Padu Vs Data Ekasih

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 179 hits
Setiap kerajaan yang memerintah pastinya akan menggamikkan memori menarik supaya rakyat dan netizen politik dapat bersorak sakai Menoktahkan miskin tegar menurunkan kadar kemiskinan dan pelbagai lagi dakyah dalam menyedapkan telinga untuk d...
Skmm Dibawah Siapa Ntah Bukan Bawah Menteri Lembab Tu Kah Sampai Rini Jkom Dah Jadi Hantu Kom Kom

Skmm Dibawah Siapa Ntah Bukan Bawah Menteri Lembab Tu Kah Sampai Rini Jkom Dah Jadi Hantu Kom Kom

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 138 hits
Fitfiramar FaizMasih tak serik dengan menggunakan DYMM Kenapa SKMM dan PDRM masih tak tangkap yg bermain 3r
Langkah Dubai Hanya Khayalan Kalau Benar Cukup Jumlah Di Kedai Mamak Pun Boleh Jatuhkan Kerajaan

Langkah Dubai Hanya Khayalan Kalau Benar Cukup Jumlah Di Kedai Mamak Pun Boleh Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 239 hits
Saya kadang kadang hairan mengapa mereka dalam PH dan kerajaan sendiri ikut teruja dengan gembar gembur tidak benar kononnya ada Langkah Dubai untuk menjatuhkan kerajaan PN yang semakin kehilangan sokongan dan setakat ini sudah lima Ahli Pa...
Lekehnya Jkom Mempertahankan Kerajaan Madani

Lekehnya Jkom Mempertahankan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 164 hits
APA PERANAN J KOM MENANGKIS KHABAR ANGIN ATAU MENGIYAKAN KHABAR ANGIN J Kom merupakan satu satunya agensi kerajaan yang paling diperkatakan ramai sejak terbentuknya kerajaan perpaduan lebih setahun yang lalu Bermula dengan perlantikan Prof ...
Mahu Tukar Kerajaan Bukti Pn Kemaruk Kuasa

Mahu Tukar Kerajaan Bukti Pn Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 255 hits
KOTA BHARU Tindakan Perikatan Nasional yang terus menerus mahu mengambil alih kerajaan membuktikan mereka sebenarnya kemaruk untuk kembali berkuasa selepas gagal pada Pilihan Raya Umum ke 15 lalu Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan Noor...
Tiada Arahan Kerajaan Rakyat Wajib Ambil Dos Penggalak Ketiga Dr Zulkifli

Tiada Arahan Kerajaan Rakyat Wajib Ambil Dos Penggalak Ketiga Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 289 hits
Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan atau mewajibkan seluruh rakyat negara ini untuk mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes Covid 19 sejak kebelakangan ini Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Kemen...
Goda Isteri Orang Dibenarkan Kerajaan Madani

Goda Isteri Orang Dibenarkan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 242 hits
1 Masalah utama sebahagian besar rakyat Malaysia ialah apabila gagal memahami konsep pemisahan kuasa 2 Malaysia mengamalkan sistem pemisahan kuasa diantara Eksekutif Kehakiman dan Perundangan 3 Konsep pemisahan kuasa adalah penting supaya k...
Tak Habis Setahun Kerajaan Bayangan Dah Ubah Pm Bayangan

Tak Habis Setahun Kerajaan Bayangan Dah Ubah Pm Bayangan

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 140 hits
Baru 1tahun bayangan PM dah pinda muka macam mana nak stabil Negara kita Kerajaan bayangan gagal
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa