Legallery Suites Hotel Hotel Murah Dan Selesa Brunei


Ramai yang cakap, Brunei is nothing.. tak ada tempat yang menarik. Tapi semuanya ternyata dusta dan tipu belaka. Bagi i, anda patut ke Brunei kerana selain ianya Negara Islam, ia juga sebuah negara yang tenang dan mendamaikan. Sekali anda pergi, pasti tahun-tahun akan datang anda nak pergi lagi menjejakkan kaki ke Negara jiran itu,



LEGALLERY SUITES HOTEL | HOTEL BAJET DAN TERMURAH DI BRUNEI

Strategik! itulah yang boleh i katakan bila pertama kali menjejakkan kaki ke hotel tersebut. Mana tidaknya, hotel itu terletak berhampiran dengan tempat-tempat yang popular dengan hanya beberapa minit dari hotel tersebut seperti

1. Sultan Omar Ali Saifuddien Mosque

Berjalan-jalan di sekitar Bandar Seri Begawan, tiba-tiba anda terpandang sesuatu yang bersilau-silau, apakah agaknya yang menyilau pandangan anda? Kemungkinan besar itu adalah gemerlapan emas yang datang daripada kubah Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Ya, kubah utama masjid ini diselaputi oleh emas tulen


Dengan ketinggian sekitar 171 kaki, masjid ini dapat dilihat dimana sahaja anda berada di sekitar Bandar Seri Begawan. Yang menariknya lagi tentang masjid ini adalah kerana ia juga dibina di tepian Sungai Brunei dan dikelilingi oleh taman bunga yang indah. Rekaan dalaman masjid ini tak kurang hebatnya kerana hampir kesemua material yang digunakan dalam pembinaan masjid ini didatangkan daripada luar negara seperti chandelier kristalnya yang datang dari England, lantai marmarnya yang diimport dari Itali dan karpetnya pula dari Arab Saudi. Teringin melihat semua ini di depan mata sendiri? Tunggu apa lagi? Melanconglah ke Brunei. 
2. Yayasan Sultan Haji Hassanai Bolkiah Shopping Complex


Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Kompleks Yayasan), merupakan salah satu projek pembangunan infrastruktur Yayasan yang tersergam indah di ibu negara dan merupakan di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan, iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar 'Ali Saifuddien. Sejak ianya dibina, kompleks berkenaan menjadi tarikan kepada orang ramai dan juga para pelancong.

3. Brunei Water Village

Kampong Ayer merupakan kawasan penempatan awal di Brunei yang bermula sejak sekitar 1300 tahun yang lalu. Kampung ini juga dahulunya merupakan kawasan yang penting dalam aktiviti perdagangan di Kepulauan Borneo. Kini, Kampong Ayer masih lagi sebuah kawasan yang kelihatan agak klasik berbanding dengan kawasan lain di Brunei. Setibanya anda di sini nanti, anda dapat melihat rumah-rumah yang dibina di atas air, satu pemandangan yang agak unik untuk disaksikan.


Kalau anda mengikuti lawatan berpandu sewaktu ke sini, anda mungkin akan dibawa masuk ke dalam sebuah rumah untuk menikmati secawan air teh beserta makanan. Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan bot untuk membawa anda makan angin menyelusuri sungai, melihat kawasan paya dan bermacam lagi fauna di alam hijau ini.

4. Royal Regalia Museum


Royal Regalia Building ataupun Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja yang terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan ini menempatkan pelbagai replika diraja yang termasuklah mahkota-mahkota, pakaian dan banyak lagi. Di samping itu, terdapat juga pameran pemberian berharga yang telah diberikan kepada kerajaan Brunei, diperbuat daripada pelbagai material seperti kristal, perak dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan mengambil gambar di sini ya.

5. Istana Nurul Iman

Sudah sampai ke Brunei, pastinya tempat pertama yang tak sabar untuk anda lihat adalah istana gah ini yang dinamakan Istana Nurul Iman. Bukanlah istana yang biasa, Istana Nurul Iman ini tersenarai di dalam Guinness Book of Records sebagai istana kediaman raja yang terbesar di dunia. Terletak berdekatan dengan Sungai Brunei, istana yang berkubah emas ini dapat dilihat dengan jelas dari Taman Persiaran Damuan. Anda juga dapat melihat kemegahan istana ini dengan menaiki bot menyelusuri Sungai Brunei.


Rekaan dalaman istana ini pula telah dihasilkan oleh Khuan Chew yang juga terlibat dalam pembinaan Burj Al Arab di Dubai. Teringin untuk melihat bagaimana keadaan istana ini dari dekat? Boleh, tapi istana ini hanya dibuka 3 hari pada Hari Raya Aidilfitri. Kalau anda datang pada hari-hari ini anda tersangatlah beruntung, kerana anda bukan sahaja dapat memasuki ruang istana, anda juga dapat menikmati bermacam juadah yang dihidangkan. Bukan itu sahaja, dapat bersalam-salaman dengan keluarga diraja lagi!

6. Masjid Hassanil Bolkiah


Masjid Hassanil Bolkiah  merupakan salah satu daripada 2 buah masjid negara di Brunei. Masjid yang dibina pada tahun 1992 ini memiliki 29 buah kubah yang menyilau keemasan terutama apabila tiba waktu malam. Boleh memuatkan 5000 jemaah pada satu-satu masa, masjid ini merupakan yang terbesar di negara ini. Bukan sahaja memiliki rekabentuk luaran yang mengujakan, dalaman masjid ini juga agak mewah, lengkap dengan eskalator khas untuk kegunaan sultan.

7. Jerudong Park


Shopping dah, makan pun sudah, nak buat apa lagi? Apa lagi kalau bukan berseronok sepuasnya di Jerudong Park! Barulah hebat percutian ni. Antara tarikan menarik yang terdapat di Jerudong Park adalah ferris wheel yang mana anda dapat melihat kawasan sekitar taman seluas pemandangan, roller coaster yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur, bot pedal yang membawa anda mengelilingi sekitar tasik di Jerudong Park, carousel, bumper car, waterpark dan banyak lagi! Ceriakanlah percutian anak-anak anda ke Brunei dengan membawa mereka ke sini.

8. Pantai Tungku


Merupakan salah satu pantai peranginan yang terkenal di Brunei selain Pantai Seri Kenangan, Tutong & Pantai Muara. Di pantai ini juga menyediakan kemudahan sukan ATV.

Lapar? Nak makan?

Ini juga merupakan kelebihan utama le gallery hotel ini kerana mempunyai pelbagai pilihan gerai makanan sama ada makanan Western, asia dan juga fast food dan sudah semestinya ianya Halal. opss... jangan lupa merasai makanan tradisi Masyarakat Brunei yang sememangnya sedap dan lazat.


Selain itu, walaupun hotel ini murah, namun ia tidak akan sesekali pernah menghampakan anda. Nak tahu kenapa? Saiz biliknya yang agak luas dan selesa mampu membuatkan bibir anda sampai ke telinga. nescaya anda sendiri pun tidak percaya dengan apa yang lihat. Mereka juga menyediakan kelengkapan yang serba serbi lengkap seperti hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang.



Jadi tunggu apa lagi jom la datang Brunei!!! Hotel pun murah, makanan yang sedap serta tempat yang mendamaikan sesuai untuk anda yang stress bekerja.

Address: 
LeGallery Suites HotelCrown Princess Complex, Jalan Laksamana Abdul Razak, Bandar Seri Begawan BA1712,Brunei
Phone: +673 222 1228

p/s : sumber history tempat menarik di www.maisinggah.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kisahrissaziela.com/2018/10/legallery-suites-hotel-hotel-murah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aqiqah Centre Menawarkan Pakej Aqiqah Murah Dan Mudah Secara Online

Aqiqah Centre Menawarkan Pakej Aqiqah Murah Dan Mudah Secara Online

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 428 hits
Assalamualaikum Hai korang susah kan nak aqiqah anak di musim PKP dan lockdown ni ye qaseh tengah runsing fikir macam macam lagi lagi menanti kelahiran anak ke dua ni segala plan yang qaseh rancang dah tak boleh diteruskan sebab tak dapat n...
Fantech Speaker Murah Dan Berkualiti Dari Lazada Malaysia

Fantech Speaker Murah Dan Berkualiti Dari Lazada Malaysia

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 377 hits
Fantech Speaker Murah Dan Berkualiti Dari Lazada Malaysia Baru baru ni aku cuci mata dekat website Lazada Malasyia Mencari cari speaker yang sesuai untuk PC kat rumah aku ni Almaklumlah PC aku tu tak berspeaker Nak tengok youtube pun tak bo...
Bspl Uji Tumpahan Minyak Di Pantai Bali Ke Laboratorium Kementerian Esdm

Bspl Uji Tumpahan Minyak Di Pantai Bali Ke Laboratorium Kementerian Esdm

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 490 hits
Namun Yudi menyebut ada potensi biota laut sekitar pantai tersebut mati akibat minyak tersebut Dia khawatir biota laut memakan minyak berbahaya tersebut lalu mati
Dapat Spek Dengan Harga Murah Di One Optics Changlun Kedah

Dapat Spek Dengan Harga Murah Di One Optics Changlun Kedah

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 347 hits
Dapat Spek Dengan Harga Murah Allhamdulillah perkara pertama yang saya beli masa lepas dapat kerja Januari yang lalu ialah pergi buat spek Spek lama saya patah masa PKP 1 0 tahun lepas Memang buat saya teraba raba Sampaikan ada kala menyusa...
Peniaga Durian Balik Pulau Jangka Buah Banyak Murah

Peniaga Durian Balik Pulau Jangka Buah Banyak Murah

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 375 hits
Georgetown Menjelang Jun hingga Ogos peniaga buah sekitar Balik Pulau di sini biasanya sudah mula berkira kira menghitung pulangan hasil musim buah durian yang memang terkenal di sekitar kawasan ini semasa tempoh berkenaan namun tahun ini k...
T17b20 Harga Minyak Enjin Kereta Murah

T17b20 Harga Minyak Enjin Kereta Murah

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 280 hits
Tadi semasa merayau di Tesco Putra Nilai di Bandar Baru Nilai Tedi perasan harga minyak enjin kereta murah daripada jenama Shell sebelum ini pada 20170220 di TESCO Putra Nilai ada empat jenis minyak pelincir enjin kereta a k a minyak hitam ...
Mengenal Akiya Rumah Tua Di Pedesaan Jepang Yang Dijual Murah Bahkan Ada Yang Diberikan Gratis

Mengenal Akiya Rumah Tua Di Pedesaan Jepang Yang Dijual Murah Bahkan Ada Yang Diberikan Gratis

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 190 hits
Pemerintah Jepang menjual akiya mulai seharga Rp6 5 juta Tergiur membeli dan tinggal di desa desa Jepang seperti tokoh animasi Studio Ghibli
Amalan Untuk Rezeki Murah Dan Tidak Putus Putus Lakukan Solat Dhuha Di Waktu Pagi

Amalan Untuk Rezeki Murah Dan Tidak Putus Putus Lakukan Solat Dhuha Di Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 276 hits
Solat sunat dhuha merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon kepada Allah S W T supaya sentiasa dimurahkan rezeki
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat