Lee Tuck Gembira Messi Tranung Kembali
Selepas gagal menyerlah bersama Selangor pada musim 2019, Faiz Nasir akhirnya kembali ke Terengganu FC (TFC) untuk mewakili pasukan yang telah menaikkan kariernya sebelum ini dan bergabung semula dengan kapten, Lee Andrew Tuck di bahagian tengah.
Lee Tuck ketika dihubungi The Star memaklumkan, dengan tangan terbukn, beliau mengalu-alukan kepulangan pemain bertubuh kecil itu.
Pemain Inggeris itu tentunya mengharapkan gandingan mantap mereka berdua pada musim 2018 dapat memberikan impak kepada pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan.
“Saya gembira apabila kami dapat semula ‘Messi’. Kami memang serasi apabila bermain bersama. Dia sememangnya sebuah aset yang penting untuk kami kerana mempunyai sikap dan personaliti yang hebat. Saya senang hati dan tidak sabar untuk beraksi dengannya.”
Dengan kehadiran seorang lagi pemain import di bahagian tengah, Sanjaar Shaakhmedov, pemain berusia 31 tahun itu bersemangat untuk memulakan aksi pada musim depan selepas melihat segala persediaan pra-musim berjalan dengan lancar.
“Semua orang di sini bersemangat tinggi dan teruja untuk menghadapi musim baharu. Ramai pemain muda dalam pasukan dan banyak muka-muka baharu. Semua orang sedang menikmatinya tetapi saya boleh lihat mereka semua berusaha keras.
“Kami juga mendapat beberapa orang staf kejurulatihan baharu. Mereka telah membawa perubahan dalam latihan yang mana ia akan membawa kami ke tahap yang lebih tinggi.
“Pemain import baharu juga ternyata sangat hebat dan mereka juga sudi untuk mempelajar perkara-perkara baru dan berinteraksi dengan pemain lain yang memang sepatutnya mereka perlu lakukan dalam persediaan pra-musim ini.
Pengendali Terengganu, Nafuzi Zain yang telah diberi kuasa penuh untuk menentukan barisan pemain pasukannya telah pun membawa masuk beberapa pemain import baharu. Antaranya adalah pemain sayap Singapura, Muhammad Faris Ramli, Penyerang Mauritania, Dominique Da Sylca dan pertahanan dari Senegal, Boubacar Diallo
Bagi Lee Tuck, beliau benar-benar dahagakan kejayaan dan mahu memberikan trofi kejuaraan buat penyokong dan mensasarkan untuk menjulang Piala FA ataupun Piala Malaysia
“Untuk mencapai kejayaan, kami perlu konsisten. Saya percaya gandingan pemain muda dan senior akan memberikan hasil yang sepatutnya kepada kami.” - Semuanyabola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/12/lee-tuck-gembira-messi-tranung-kembali.html