Lee Jun Yan Rebut Anugerah Emas Ijm Land Designer Awards 2019 Ilda 2019


Lee Jun Yan rebut anugerah EMAS IJM Land Designer Awards 2019 | Semalam adalah hari bertuah bagi seorang pereka muda apabila berjaya memenangi pertandingan rekaan dalaman yang dianjurkan oleh IJM Land Berhad.
Setelah bersaing selama lima bulan, Lee Jun Yan dan Boon Zi Yang telah disenarai pendek oleh panel hakim untuk merealisasikan konsep, idea dan rancangan yang bertemakan Keluarga Moden dan Ruang di Kalista 2 Executive Apartment, Seremban 2. Hanya enam minggu masa yang diperuntukkan bagi memastikan konsep mereka sempurna dari setiap sudut di unit apartment yang kosong yang disediakan

Daripada 116 penyertaan, 30 peserta telah dipilih ke peringkat seterusnya dan akhirnya dua orang pereka muda ini berjaya ke peringkat akhir. Menurut ketua hakim iLDA 2019 Fandarie Su, walaupun beliau seorang yang sangat berpengalaman dalam pertandingan sebegini, menghakimi rekaan dalam keadaan sebenar adalah lebih sukar daripada yang diterjemahkan di atas kertas. Kriteria yang digunakan bagi penilaian unit (on site) adalah seperti berikut:
Konsep Reka Bentuk   40%Inovasi Reka Bentuk   30%Pengurusan Ruang      30%
Lee Jun Yan telah memenangi Public's Choice Award, Media's Choice Award dan GOLD Award. Menang besar dengan hadiah wang tunai RM20,000 !

Pertandingan ini telah mendapat tajaan daripada Kubiq & Signature Kitchen, TA Studio & Da Vinci Malaysia, LM Home, Inovar Malaysia dan Lampu & Hiasan Seng Hup. Kos tajaan adalah sebanyak RM120,000 bagi setiap unit

Melalui inisiatif kali keempat ini, IJM Land mahu pereka dalaman muda mengembangkan wawasan mereka dan mendorong komuniti reka bentuk dalaman untuk mencapai piawaian yang lebih tinggi.

Pemenang utama pertandingan rekaan dalaman IJM Land Designer Awards 2019, Mr Lee Jun Yan, diapit oleh Dato' Hoo Kim See dan ketua hakim Ms Fandarie Su

Pemenang utama dan kedua diapit oleh Dato' Hoo Kim See dan barisan hakim


My comment as a laymanAs some of you might already know, aku berminat dengan property. Paling tidak aku berangan mengenainya so visiting a show house is some kind of therapy jugalah

Ini pendapat aku ye..

Rekaan dalaman Lee Jun Yan lebih praktikal, tidak terasa kemewahannya. Menurut beliau tumpuan lebih diberikan untuk mencipta feature wall. Lee hanya menggunakan cat untuk menghias dinding. 
Oleh kerana pertandingan ini menfokuskan kepada keluarga muda dan kecil, aku rasa hiasan bilik tidur anak juga menyumbang kepada kemenangannya. Orang baru ada anak seorang dua memang excited lebih, nak ada tema begini nak hias begitu. Lainlah aku yang ada ramai anak ni fikir macam mana nak muatkan bebudak ni dalam bilik je hahahah...

Dalam bilik tidur utama ada cermin besar yang penting ooiii... nak ejas mekap tudung segala. 
Paling aku suka living room nampak luas dengan warna cerah dan hiasan dinding di meja makan. Hiasan yang tidak heavy tapi menarik. Dapur pun terasa lapang dan kemas. Tiles bilik air bercorak dengan warna asas putih.



Kemudian kami ke apartment rekaan Boon Zi Yang. 
Masuk je.... wow... terasa kemewahan dan very relaxing. Beliau banyak menggunakan warna emas dan biru/hijau gelap dengan lampu kuning. Macam resort lima bintang pun ada juga. Kalau hang jenis kerja banyak guna otak bila balik rumah dengan hiasan begini pergh... hilang masalah sampai pagi esok

Bilik utama gabungan warna gelap dan pink jadi ia tak membosankan. Memang terasalah luxury nya tu dengan katil tinggi bertilam tebal

Satu bilik di khaskan sebagai bilik kerja (duh... balik rumah pun nak kena sambung kerja opis). Cuma aku kurang berkenan satu ruang di belakang sofa yang dipasang tabir. Aku suka rumah yang nampak luas

Boon membina selapis lagi siling dan ditampal warna emas di tepinya. Design Boon lebih rumit untuk direalisasikan berbanding Lee, yang lebih praktikal untuk sebuah keluarga kecil. Aku rasa kalau duduk rumah Boon ni nak makan order kat food Panda je lah 😄... sayang dapur hahah...

Anyway, both of them are talented. Congratulation!




***Sewaktu press conference emcee tanya, ada soalan tak? 
Ada sebenarnya tapi segan nak tanya. Soalan saya... pembeli unit tersebut dapat semua lekapan dan lengkapan tu secara percuma ke? hahaha... tu je nak tanya (acah nak beli 😄) sebab aku dah buat q&a session dengan interior designer sewaktu site visit.




© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/11/lee-jun-yan-rebut-anugerah-emas-ijm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka Ijm Land 2019

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka Ijm Land 2019

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 383 hits
Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019 Assalamualaikum semua Setiap orang pasti ada ciri ciri rumah impian kan Ada yang suka konsep moden konsep tradisional dan tak kurang juga dengan konsep minimalis dan simple Ma...
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 692 hits
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019Sebentar tadi telah berlangsung anugerah bola sepak kebangsaan 2019 Berikut merupakan keputusan pemenang bagi anugerah tersebut Pemain Paling Popular Safawi Rasid Anugerah Kasut Emas Fernando Rodriguez Pema...
Inilah Desain Interior Pemenang Mbtech Awards 2019 Final Battle Jakarta

Inilah Desain Interior Pemenang Mbtech Awards 2019 Final Battle Jakarta

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 195 hits
Lebih dari seratus mobil modifikasi memadati seri pamungkas IAM MBtech 2019 Final Battle di Ancol Ecovention Jakarta kemarin Kontes modifikasi ini juga menggelar kontes modifikasi khusus interior MBtech Awards Sekitar 21 mobil berinterior M...
Prestasi Menteri Sri Mulyani Hingga Diganjar Penghargaan Statepersons Awards 2019

Prestasi Menteri Sri Mulyani Hingga Diganjar Penghargaan Statepersons Awards 2019

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 163 hits
Penghargaan ini merupakan penghargaan global yang diterima Menteri Sri Mulyani karena menghadirkan berbagai instrumen kebijakan untuk memperkuat perekonomian di Indonesia Selain itu dia juga dianggap mampu melewati krisis ekonomi di Asia Te...
Ringkasan Highlight Senarai Pemenang Anugerah Telenovela 2019

Ringkasan Highlight Senarai Pemenang Anugerah Telenovela 2019

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 1959 hits
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Telenovela 2019 KLIK SINI https www budiey com senarai penuh pemenang anugerah telenovela 2019 https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey co
Abk 2019 Mohomadou Sumareh Idam Anugerah

Abk 2019 Mohomadou Sumareh Idam Anugerah

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 285 hits
Menyaksikan rakan seperjuangan diraikan dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan saban tahun menjadikan pemain tengah Pahang Mohamadou Sumareh menyimpan misi sama untuk turut berada di atas pentas dalam majlis berprestij itu Hasratnya semakin h...
Senarai Nama Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2019

Senarai Nama Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2019

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 1156 hits
Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2019 Datuk Daud Muhammad Prof Datuk Dr Asma Ismail Tan Sri Lee Lam Thye Datuk Dr Khalid Ibrahim dan Mohd Azmi Abdul Hamid PAKAR perundangan syariah Datuk Daud Muhammad hari ini dinobatkan sebagai penerima An...
Pengiktirafan Syarikat Multinasional Dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019

Pengiktirafan Syarikat Multinasional Dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 368 hits
Pengiktirafan Syarikat Multinasional dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019Superbrands Malaysia 2019 meraikan edisi ke 11 dan telah memilih 28 jenama untuk memberi penghormatan kepada jenama terkuat dan paling bern...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun