Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka Ijm Land 2019
Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019 | Assalamualaikum semua.. Setiap orang pasti ada ciri-ciri rumah impian kan. Ada yang suka konsep moden, konsep tradisional dan tak kurang juga dengan konsep minimalis dan simple. Macam sis sendiri sukakan konsep minimalis di mana setiap sudut dan ruang tidak terlalu crowded dengan barang. Tapi tu la. Kalau setakat hias sendiri je rumah ni memang beli barang apa yang patut la. Kalau nak yang cantik dan ada bajet better guna khidmat pereka dalaman. Kat Malaysia ni ada ramai yang berbakat dalam industri rekaan dalaman tau
Baru-baru ni sis berpeluang untuk menghadiri satu majlis yang mengangkat pereka dalaman untuk merebut Anugerah Emas dan Anugerah Perak sekaligus menyandang gelaran Pereka Dalaman Terbaik sempena Anugerah Pereka IJM Land 2019 (iLDA 2019). Majlis ni diadakan di Galeri Jualan Seremban 2. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk membolehkan pereka dalaman muda mengembangkan wawasan mereka dan mendorong komuniti reka bentuk dalaman untuk mencapai piawaian yang lebih tinggi. Sebagai pendorong kepada kreativiti dan inovasi, iLDA 2019 berfungsi sebagai platform untuk pereka dalaman muda memperlihatkan keupayaan unik mereka dalam menghidupkan ruang serta memberikan pengiktirafan dan pendedahan di kalangan industri perintis
Sudah tentu peluang sebegini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh pereka dalaman muda. Berikut adalah info mengenai Anugerah Pereka IJM Land 2019 :
1. Sebanyak 116 penyertaan telah diterima
2. Pertandingan ini dibuka kepada semua pereka dalaman yang berumur 40 tahun ke bawah yang mempunyai firma reka bentuk dalaman mereka sendiri / bekerja untuk firma reka bentuk dalaman
3. Setiap penyertaan adalah peserta solo yang mewakili dirinya dalam pertandingan ini
4. Terdapat hanya 1 pemenang iLDA 2019 yang dipilih oleh panel hakim dan semua keputusan adalah muktamad
5. Anugerah Pilihan Awam dan Anugerah Pilihan Media akan diberikan kepada pemenang berdasarkan pemilihan umum dan media yang dijalankan sebelum acara ini
Dari segi pemarkahan pula, ini adalah kriteria yang dinilai oleh juri :
KRITERIA PENILAIAN PERTAMA (HOME BASED)✔ Pengalaman Projek✔ Cadangan Konsep Reka Bentuk✔ Inovasi Reka Bentuk & Konsep
KRITERIA PENILAIAN UNIT (ON-SITE)✔ Konsep Reka Bentuk 40%✔ Inovasi Reka Bentuk 30%✔ Pengurusan Ruang 30%
Menurut Dato' Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan, Wilayah Tengah IJM Land Berhad, pertandingan sebegini adalah penting bagi pereka dalaman muda berkembang bersama-sama dengan tuntutan industri yang sentiasa berubah dan iLDA 2019 adalah platform untuk para pereka ini berkarya dan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Beliau turut berkongsi kegembiraan untuk iLDA 2019 memandangkan persaingan itu telah menerima penyerahan yang berkualiti tahun ini dan berharap ia akan menyumbang kepada industri reka bentuk dalaman dengan peningkatan penyertaan pada tahun-tahun akan datang.
Selepas disenarai pendek oleh panel hakim, hanya 2 peserta sahaja yang dipilih untuk ke peringkat akhir. 2 peserta itu adalah Lee Jun Yan dan Boon Zi Yang. Untuk peringkat akhir ini mereka perlu merealisasikan konsep dan idea mereka berlandaskan tema Keluarga Moden & Ruang di Kalista 2 Executive Apartments yang terletak di Seremban 2. Mereka diberi tempoh 6 minggu untuk melaksanakan princian unit apartment yang kosong mengikut konsep dan memastikan ia sempurna untuk semua sudut.
Sis bersama rakan-rakan media yang lain berasa bertuah kerana kami berpeluang untuk menjadi juri bagi kategori Anugerah Pilihan Media. Kami dibawa ke 2 Apartment yang telah diubahsuai oleh kedua-dua peserta akhir ini dan kami perlu memilih yang mana satu layak menyandang anugerah tersebut. Ternyata ia satu keputusan yang sukar kerana bagi sis kedua-dua pereka dalaman tersebut memberikan hasil rekaan yang hebat. Berikut beberapa gambar yang menunjukkan ruang dalaman hasil rekaan mereka :
Hasil Rekaan Lee Jun Yan
Hasil Rekaan Boon Zi Yang
Macam mana?? cantik kan. Memang susah nak pilih ni. Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Pemilihan warna, perabot dan setiap perincian sudut memang menjadi idaman sis. Kalau la sis dapat rumah macam ni. Bestnya.. Oh ya, untuk pengetahuan semua sepanjang pertandingan ini, kedua-dua konsep pereka dalaman muda berjaya dilaksanakan dengan periancian dari Kubiq & Signature Kitchen, TA Studio & Da Vinci Malaysia, LM Home, Inovar Malaysia dan Lampu & Hiasan Seng Hup, yang telah menyumbang sepenuhnya kepada penyiapan kedua-dua unit di Kalista 2 Pangsapuri Eksekutif ni.
Pasti semua berdebar kan menunggu keputusan. Setelah penilaian dibuat, berikut adalah keputusan untuk Anugerah Pereka IJM Land 2019 :
Anugerah EmasLee Jun Yan
Anugerah PerakBoon Zi Yang
Anugerah Pilihan AwamLee Jun Yan
Anugerah Pilihan MediaLee Jun Yan
Tahniah diucapkan kepada pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019. Anugerah Emas membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi manakala Anugerah Perak membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi. Tahniah sekali lagi.
Jika ada yang berminat untuk mencari rumah, Seremban 2 merupakan pembangunan utama IJM Land di Negeri Sembilan yang melibatkan tanah berpegangan bebas seluas lebih 3,800 ekar. Menawarkan pelbagai jenis rumah yang terdiri daripada apartment mampu milik, rumah teres hinggalah rumah berkembar dan banglo. Ekosistem yang serba lengkap itu menawarkan pelbagai kemudahan mesra komuniti. Seremban 2 juga menggalakkan aktiviti kemasyarakatan, termasuklah acara berorientasikan keluarga serta komuniti seperti marathon, program pemulihan dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Pereka Dalaman IJM Land (iLDA), sila layari laman web: www.seremban2.ijmland.com/ILDA2019/.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2019/11/pemenang-pereka-dalaman-terbaik-ilda-2019.html