Pengiktirafan Syarikat Multinasional Dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019
Pengiktirafan Syarikat Multinasional (MNC) dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019Superbrands Malaysia 2019 meraikan edisi ke-11 dan telah memilih 28 jenama untuk memberi penghormatan kepada jenama terkuat dan paling bernilai di pasaran dalam acara anugerah tahun ini.
Superbrands iaitu badan bebas dan arbiter penjenamaan mengadakan acara tahunannya di Ritz Carlton Kuala Lumpur bersama syarikat multinational (MNC) global dan korporat tempatan terbaik yang merangkumi pelbagai spektrum industri yang berbeza. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Ignatius Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB datuk Ignatius Darell LeikingEncik Mike English, Pengarah Superbrands berkata: "Anugerah Superbrands Malaysia 2019, yang dianggap sebagai 'Oscars penjenamaan' dalam dunia korporat, akan menyampaikan anugerah kepada jenama yang menang termasuk ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan, pengarah pemasaran dan lain-lain eksekutif pemasaran dan eksekutif perhubungan awam selaku wakil syarikat".
En Mike English, Pengarah Superbrands
"Superbrands juga memperkenalkan penerbitan Superbrands yang dinanti-nanti dengan gaya buku kopi meja dengan kandungan profil dua mukasurat untuk setiap Superbrands di acara tahun ini."Acara anugerah ini akan menyerlahkan jenama dan mempromosikan kejayaan mereka serta untuk para eksekutif kanan berkumpul sambil meraikan status Superbrands."Kami berasa gembira kerana ramai jenama tempatan yang termasuk peserta baru, telah memasuki senarai Superbrands tahun ini bersama jenama yang diiktiraf secara global. Jenama ini bukan hanya diundi oleh ahli majlis jenama terkenal tetapi juga oleh para profesional pemasaran malalui undian atas talian."
Selepas menjalani kriteria pemilihan yang ketat oleh Majlis Superbrands, lebih daripada 3,000 profesional telah dijemput untuk mengundi bagi calon-calon jenama. Lebih daripada 1,468 jenama utama di Malaysia telah dijaringkan oleh majlis dan melalui pengundian dalam talian, sebelum jenama dengan markah tertinggi diiktiraf sebagai Superbrands.Hanya jenama yang mencapai tahap pengiktirafan seperti ditetapkan oleh Majlis bebas ini, layak untuk dimasukkan dalam buku Superbrands Malaysia termasuk rekod sejarah dan pencapaian bagi setiap jenama."Jenama terbaik di Malaysia yang terdiri daripada barangan konsumer yang bergerak cepat (FMCG) dan juga perniagaan sekeluarga dipaparkan dalam buku ini. Penyertaan dalam buku Superbrands adalah melalui jemputan sahaja dan ini menampilkan kekuatan yang ada pada sesuatu organisasi dan nilai jenamanya.“Kesemua peserta program Superbrands berhak menggunakan logo Superbrands dalam kempen pengiklanan, pembungkusan dan lain-lain bahan komunikasi pamasaran. Cerita jenama itu juga dipaparkan di laman web Superbrands,"kata Encik English.Majlis Superbrands termasuk individu yang telah menunjukkan kebolehan dalam perniagaan dan berpengetahuan tentang pasaran dan perniagaan. Badan korporat yang dipilih sebagai Superbrands menerima kelebihan terutamanya endorsmen tinggi serta bukti ternyata untuk para pelanggan semasa mahupun yang berpotensi, pihak media, pembekal, pelabur dan setaf di setiap jenama dengan ciri-ciri khas yang berasingan.Penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2019Senarai Penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2019 :
1) Acer
2) Apacs Sports
3) April 22
4) Atomy Malaysia
5) Beaute Mori
6) CED
7) Central Sugars Refinery
8) Das Abdul Global
9) Ecoware Al Hardware
10) Fraser & Neave Holdings
11) Jin Ye Ye
12) Little Caliphs International
13) Mamasab Bakery
14) Multimedia University
15) Securido Guard Services
16) Stephen Hansford Petrolub
17) Sun Life Malaysia
18) Sunshine Kingdom
19) The Hijab World
20) Trusted Sharks
21) Ultron
22) V'Asia Cosmetics & Healthcare
23) Wellous
24) Yokohama Batteries
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2019/11/superbrands-malaysia-2019-iktiraf-syarikat-multinasional-dan-korporat-tempatan.html