Lee Chong Wei Imbau Gelanggang Pertama Ucapan Hari Merdeka Sarat Makna


Lee Chong Wei Imbau Gelanggang Pertama, Ucapan Hari Merdeka Sarat Makna
Setiap kali tiba 31 Ogos, semangat kemerdekaan sentiasa menjadi titik penyatuan rakyat Malaysia.
Tahun ini, sambutan Hari Merdeka di Dataran Putrajaya sekali lagi meriah dengan kehadiran puluhan ribu pengunjung. Dan sekali lagi, kita dapat rasakan betapa kuatnya semangat keluarga Malaysia.
Dalam pada itu, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei turut mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan Hari Merdeka penuh makna.
Kongsi cerita gelanggang badminton pertama Dalam ucapannya, Chong Wei berkongsi kisah gelanggang pertamanya yang cukup sederhana. Ia bukanlah di dewan, tetapi di jalan tar kampungnya.
“Semasa saya kecil, gelanggang badminton pertama saya bukanlah di dewan. Ia hanyalah gelanggang kampung yang sederhana. Garisan kapur dilukis di atas jalan tar, jaring diikat antara dua tiang.
“Saya dan rakan-rakan tidak pernah peduli siapa Melayu, Cina, India, Iban, Melanau atau lain-lain. Yang kami fikirkan cuma siapa boleh smash lebih kuat, siapa lari lebih laju, dan siapa yang first dapat minuman limau ais lepas game kitorang,” kongsinya.
Bagi Chong Wei, gelanggang kecil itu lebih daripada sekadar tempat bermain.
“Saya belajar bahawa hormat, kerjasama, dan persahabatan tidak lahir daripada warna kulit kita, tetapi daripada keikhlasan hati kita,” katanya.
Dari gelanggang kampung ke pentas dunia
Chong Wei turut menceritakan bagaimana semangat itu dibawanya sepanjang karier sebagai jaguh badminton dunia.
Setiap kali melangkah ke gelanggang antarabangsa, beliau tidak pernah melihat dirinya sekadar sebagai Lee Chong Wei, tetapi sebagai wajah Malaysia.
“Sepanjang karier saya, setiap kali saya melangkah ke pentas dunia, saya bukan hanya Lee Chong Wei. Saya adalah Malaysia.
“Dan kekuatan yang saya bawa datang daripada perpaduan jutaan rakyat di tanah air. Berlainan bangsa, berlainan agama, namun semuanya bersatu di bawah satu Jalur Gemilang,” tambahnya.
Pesanan Hari Merdeka ‘jentik’ hati ramai Sempena Hari Merdeka, Chong Wei kembali meninggalkan pesanan yang menjentik hati ramai.
“Hari ini, ketika kita meraikan Hari Merdeka, marilah kita ingat: kekuatan sebenar Malaysia bukan pada perbezaan kita, tetapi pada bagaimana kita berdiri bersama.
“Seperti di gelanggang kampung, Malaysia akan terus bersinar paling terang apabila kita bermain sebagai satu pasukan.
“Kita tidak menyokong Pearly kerana dia Cina. Kita tidak menyokong Izzuddin kerana dia Melayu. Kita tidak menyokong Thinaah kerana dia India.
“Kita menyokong mereka semua kerana mereka adalah anak Malaysia,” tulisnya ringkas, tapi cukup meninggalkan kesan.
BACA: Atlet Memanah Berkuda Raih Tempat Ke-3 Keseluruhan Di Mongolia
BACA: Sukan SEA Pekak 2025: Malaysia Capai Sasaran 16 Pingat Emas
BACA: Sukan SEA Pekak 2025: Podium 100M Berkibar Jalur Gemilang Di Jakarta
Sumber: Lee Chong Wei
The post Lee Chong Wei Imbau Gelanggang Pertama, Ucapan Hari Merdeka Sarat Makna appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/31/lee-chong-wei-imbau-gelanggang-pertama-ucapan-hari-merdeka-sarat-makna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Rasmi Santai

Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Rasmi Santai

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 2928 hits
Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Rasmi Santai Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Merdeka 2025 Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi pantun Merdeka bernada rasmi dan santai sesuai...
Spritzer Sparkling Adds A Fizzy Twist To Merdeka And Hari Malaysia 2025 With Kasi Sparkling Baru Kick

Spritzer Sparkling Adds A Fizzy Twist To Merdeka And Hari Malaysia 2025 With Kasi Sparkling Baru Kick

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 5728 hits
A bubbly boost to Malaysians favourite drinks uniting the nation through flavour and funThis Merdeka and Hari Malaysia Spritzer Sparkling is adding an extra pop to the nation s celebrations with Kasi Sparkling Baru Kick This high energy cam...
850 Ribu Penerima Penghargaan Sara Belanja Lebih Rm50 Juta Pada Hari Pertama

850 Ribu Penerima Penghargaan Sara Belanja Lebih Rm50 Juta Pada Hari Pertama

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3904 hits
850 Ribu Penerima Penghargaan SARA Belanja Lebih RM50 Juta Pada Hari Pertama Hari pertama pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa mencatatkan sambutan yang amat menggalakkan Sehingga jam 9 3...
Hari Pertama Inques Zara

Hari Pertama Inques Zara

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 627 hits
Hari pertama inkues Zara Qairina saksi yang dipanggil adalah akar Patologi Forensik Dr Jessie Hiu Saya terbaca beberapa petikan petikan laporan berita tentang keterangan beliau di mahkamah Antaranya ukuran dari lantai ke palang besi paling ...
The Sky Race Di Merdeka 118 Cipta Dua Rekod Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

The Sky Race Di Merdeka 118 Cipta Dua Rekod Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 8023 hits
Malaysia secara rasmi telah menjadi tuan rumah acara larian menara antarabangsa utama yang pertama dalam siri Towerrunning World Association Kejohanan Towerrunning Asia Oceania 2025 edisi ke 3 yang dikenali secara tempatan sebagai The Sky R...
Amanat Hari Kebangsaan Wadah Semai Patriotisme Bukan Sekadar Ucapan Pm

Amanat Hari Kebangsaan Wadah Semai Patriotisme Bukan Sekadar Ucapan Pm

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1289 hits
Amanat Hari Kebangsaan Wadah Semai Patriotisme Bukan Sekadar Ucapan PM KUALA LUMPUR 29 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Amanat Perdana Hari Kebangsan yang akan disampaikan beliau esok bukanlah sekadar satu ucapan tetapi merupakan wadah...
Selamat Hari Merdeka Malaysia

Selamat Hari Merdeka Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4158 hits
Selamat Hari Merdeka Malaysia Esok 31 Ogos 2025 ialah Hari Kemerdekaan ke 68 Malaysia Negara kita tidak sempurna tetapi negara ini tanah tumpah darahku dan mendapat segala nikmat di sini Setiap hari tanyalah diri kita Apakah sumbangan saya ...
Baca Pun Sebak Cerita Botol Susu Di Hari Merdeka Curi Perhatian Ramai

Baca Pun Sebak Cerita Botol Susu Di Hari Merdeka Curi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2589 hits
Baca Pun Sebak Cerita Botol Susu Di Hari Merdeka Curi Perhatian Ramai Kalau sebut pasal Hari Kebangsaan mesti ramai setuju auranya memang luar biasa Ada sesuatu pada tarikh keramat 31 Ogos yang buat jiwa kita terasa lain macam Tahun ini sam...
Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Motherboard Baru Maxsun B580 Bkb Terminator Yang Pelik Dan Unik

Semakan Mysara 2026 Cara Semak Kelayakan

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Sebanyak 24 592 Usahawan Dan Koperasi Di Pahang Menerima Pembiayaan Berbentuk Pinjaman Serta Geran Bernilai Rm425 Juta

Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks

Keluarga Fatin Syazwani Dibebaskan Netizen Sebak Lihat Ibu Bapa Bermalam Di Lokap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukuman Fifa Bermotif Politik Langgar Peraturan Sendiri Tmj

Pondering Over Education

Mutiara Dalam Debuan Kabus Drama Menarik Penuh Plot Twist Dan Buat Darah Tinggi Naik Je Haha

1 Slot Pgslot Top 34 By Dominick Secufamilyhouse Org 29 Nov 26

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Memorial Abadi Mengingati Lima Anak Dr T J