Lebih Utamakan Kempen Prn Johor Daripada Hormati Parlimen Najib Perlu Digantung




Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menggesa agar Najib Razak digantung daripada sidang parlimen kerana “sikap keras kepala dan degilnya”.
Ini selepas bekas perdana menteri itu berkata dia hanya akan menjelaskan skandal 1MDB kepada Dewan Rakyat selepas pilihan raya negeri Johor selesai, walaupun dijadualkan menjelaskan perkara itu semasa persidangan hari ini.
“Jelas sekali Najib lebih mementingkan kempen dalam pilihan raya negeri Johor, daripada menghormati ketuanan parlimen dan membuat kenyataan yang benar sebagai ahli parlimen.
“Dengan memilih untuk mengingkari arahan speaker, beliau telah melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 43, di mana keputusan Speaker adalah muktamad berhubung pematuhan peraturan perintah itu.
Sekiranya Najib enggan menarik balik sikap keras kepala dan degilnya, beliau harus segera dihukum dengan penggantungan daripada parlimen sehingga dia akur,” katanya pada satu kenyataan.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, penggantungan serta-merta diperlukan daripada parlimen sementara menunggu Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.
Lim mempersoalkan kuasa Najib yang membuatkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menunggu maklum balasnya mengenai isu 1MDB.
“Adakah Najib menganggap ‘Bossku’ lebih besar daripada speaker?” katanya.
Lim berkata dakwaan ahli parlimen Pekan itu di Dewan Rakyat bahawa tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1MDB adalah tidak berasas dan tidak mempunyai merit kerana ia disangkal secara terbuka Menteri Kewangan Tengku Zaful Abdul Aziz .
Lim yang juga bekas menteri kewangan berkata, menurut Kementerian Kewangan, hanya RM19.14 bilion dana telah diperoleh semula setakat ini dan dimasukkan ke dalam akaun amanah pemulihan aset.
Ini berbeza dengan RM23 bilion daripada RM52 bilion yang didakwa Najib sebelum ini.
Bercakap kepada pemberita di Bukit Gambir, Johor semalam, Najib berkata dia akan menghubungi speaker berhubung tuntutan Azhar supaya dia menjelaskan perkara itu semasa persidangan parlimen hari ini.
Kata Najib, dia hanya boleh menjelaskan kepada Dewan Rakyat mengenai kenyataannya – bahawa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai – selepas pilihan raya negeri Johor selesai.
Dilaporkan semalam bahawa Azhar menulis surat kepada Najib meminta beliau memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat pada Rabu.
Speaker berkata demikian ketika ditanya di Parlimen semalam untuk maklum balas mengenai usul Tony Pua (Pakatan Harapan-Damansara) supaya Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) Dewan Rakyat berhubung kenyataan itu.
Pua mengemukakan usul itu berikutan ucapan Najib di Dewan Rakyat pada 2 Mac yang dikatakan mengandungi kenyataan yang didakwa mengelirukan Dewan mengenai isu hutang 1MDB. Ini boleh ditafsirkan sebagai menghina Dewan Rakyat.
Najib berkata di Dewan Rakyat ketika membahaskan titah diraja bahawa tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1MDB.
Bagaimanapun, kenyataannya itu disangkal oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.
Kenyataan Najib itu juga menimbulkan kemarahan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang berkata hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan dan oleh itu apabila 1MDB gagal membayar balik hutangnya, kerajaan terpaksa mengeluarkan wang membayarnya.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/613657






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/lebih-utamakan-kempen-prn-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib

Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 143 hits
malaysiakini comBekas Perdana Menteri Najib Razak berkata dia akan memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya bahawa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai selepas pilihan raya negeri Johor selesai B...
Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 130 hits
Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan Perhimpunan Agung Umno 2021 yang bermula hari ini untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 kata penganalisis Mereka berkat...
Najib Perlu Digantung Dari Parlimen Jika Tak Hadir Hari Ini Lim

Najib Perlu Digantung Dari Parlimen Jika Tak Hadir Hari Ini Lim

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 112 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 9 2022 10 01 AMAhli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menggesa agar Najib Razak digantung daripada sidang parlimen kerana sikap keras kepala dan degilnya Ini selepas bekas perdana menteri itu berkata dia hanya akan...
Kempen Tahap Hipokrit Dalam Prn Johor

Kempen Tahap Hipokrit Dalam Prn Johor

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 152 hits
DR SHAHNOR BASRI Penulis bersetuju dengan pandangan Prof Mohammad Agus Yusoff bahawa kempen Pilihan Raya Negeri Johor amat tercemar dan mengambil pendekatan kolot serta mundur Jauh sekali PRN ini hendak membawa perbuhan dan reformasi total ...
Prn Johor Bn Lebih Realistik Dari Muda Johari Yazid

Prn Johor Bn Lebih Realistik Dari Muda Johari Yazid

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 106 hits
Oleh Nurul Aishah Saudara Johari Yazid Bendahari Pemuda Barisan Nasional dikatakan amat yakin dengan usaha dan penampilan lebih 70 peratus calon muka baharu kali ini memberi satu naratif kejayaan besar buat BN Beliau berkata BN tampil denga...
Tajuddin Ingatkan Mp Kerajaan Jangan Bawa Sentimen Prn Johor Dalam Parlimen

Tajuddin Ingatkan Mp Kerajaan Jangan Bawa Sentimen Prn Johor Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 206 hits
Ahli Parlimen kerajaan diingatkan supaya tidak membawa sentimen kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke Dewan Rakyat ataupun dalam pentadbiran di peringkat persekutuan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Tajuddin Abdul Rahman berkata ahli Parlim...
Prn Johor Luar Biasa Kemenangan Luar Biasa Najib

Prn Johor Luar Biasa Kemenangan Luar Biasa Najib

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 133 hits
PRN Johor Luar Biasa Kemenangan Luar Biasa Najib Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kejayaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor sebagai kemenangan luar biasa dan bukan sekadar isyarat atau mesej rakyat Pengerusi Lembaga Penasih...
Prn Johor Azmin Cabar Najib Debat 2 X 5 Saja

Prn Johor Azmin Cabar Najib Debat 2 X 5 Saja

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 167 hits
Azmin pejuang felda atau Najib Najib pengkhianat atau Azmin
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Persediaan Awal Haji

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Kuey Teau Koboi Port Baru Makan Kuey Teau Goreng Di Taiping

Shenzhen Digital Art Park By Jc Design In Futian China

Zayn Rayyan Murder Case My Debt To People Says Cid Chief

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Pusing Jalan