Najib Perlu Digantung Dari Parlimen Jika Tak Hadir Hari Ini Lim


malaysiakini.com

Diterbitkan: Mar 9, 2022 10:01 AM

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menggesa agar Najib Razak digantung daripada sidang parlimen kerana "sikap keras kepala dan degilnya"

Ini selepas bekas perdana menteri itu berkata dia hanya akan menjelaskan skandal 1MDB kepada Dewan Rakyat selepas pilihan raya negeri Johor selesai, walaupun dijadualkan menjelaskan perkara itu semasa persidangan hari ini.

“Jelas sekali Najib lebih mementingkan kempen dalam pilihan raya negeri Johor, daripada menghormati ketuanan parlimen dan membuat kenyataan yang benar sebagai ahli parlimen.

“Dengan memilih untuk mengingkari arahan speaker, beliau telah melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 43, di mana keputusan Speaker adalah muktamad berhubung pematuhan peraturan perintah itu.

"Sekiranya Najib enggan menarik balik sikap keras kepala dan degilnya, beliau harus segera dihukum dengan penggantungan daripada parlimen sehingga dia akur," katanya pada satu kenyataan.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, penggantungan serta-merta diperlukan daripada parlimen sementara menunggu Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Lim mempersoalkan kuasa Najib yang membuatkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menunggu maklum balasnya mengenai isu 1MDB.

“Adakah Najib menganggap ‘Bossku’ lebih besar daripada speaker?” katanya.

Lim berkata dakwaan ahli parlimen Pekan itu di Dewan Rakyat bahawa tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1MDB adalah tidak berasas dan tidak mempunyai merit kerana ia disangkal secara terbuka Menteri Kewangan Tengku Zaful Abdul Aziz .

Lim yang juga bekas menteri kewangan berkata, menurut Kementerian Kewangan, hanya RM19.14 bilion dana telah diperoleh semula setakat ini dan dimasukkan ke dalam akaun amanah pemulihan aset.

Ini berbeza dengan RM23 bilion daripada RM52 bilion yang didakwa Najib sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Gambir, Johor semalam, Najib berkata dia akan menghubungi speaker berhubung tuntutan Azhar supaya dia menjelaskan perkara itu semasa persidangan parlimen hari ini.

Kata Najib, dia hanya boleh menjelaskan kepada Dewan Rakyat mengenai kenyataannya - bahawa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai - selepas pilihan raya negeri Johor selesai.

Dilaporkan semalam bahawa Azhar menulis surat kepada Najib meminta beliau memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat pada Rabu.

Speaker berkata demikian ketika ditanya di Parlimen semalam untuk maklum balas mengenai usul Tony Pua (Pakatan Harapan-Damansara) supaya Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) Dewan Rakyat berhubung kenyataan itu.

Pua mengemukakan usul itu berikutan ucapan Najib di Dewan Rakyat pada 2 Mac yang dikatakan mengandungi kenyataan yang didakwa mengelirukan Dewan mengenai isu hutang 1MDB. Ini boleh ditafsirkan sebagai menghina Dewan Rakyat.

Najib berkata di Dewan Rakyat ketika membahaskan titah diraja bahawa tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Bagaimanapun, kenyataannya itu disangkal oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Kenyataan Najib itu juga menimbulkan kemarahan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang berkata hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan dan oleh itu apabila 1MDB gagal membayar balik hutangnya, kerajaan terpaksa mengeluarkan wang membayarnya.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/najib-perlu-digantung-dari-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Utamakan Kempen Prn Johor Daripada Hormati Parlimen Najib Perlu Digantung

Lebih Utamakan Kempen Prn Johor Daripada Hormati Parlimen Najib Perlu Digantung

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 177 hits
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menggesa agar Najib Razak digantung daripada sidang parlimen kerana sikap keras kepala dan degilnya Ini selepas bekas perdana menteri itu berkata dia hanya akan menjelaskan skandal 1MDB kepada Dewan Rakyat s...
Peremitan Wang Ke Luar Negara E Testing Lesen Memandu Tumpuan Parlimen Hari Ini

Peremitan Wang Ke Luar Negara E Testing Lesen Memandu Tumpuan Parlimen Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 205 hits
Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini KUALA LUMPUR Isu kawalan selia peremitan wang ke luar negara khususnya oleh pekerja asing dan pelaksanaan e testing bagi mengambil ujian lesen memandu merupakan antara persoalan yang memerlukan jawap...
Najib Wajib Dihadap Kepada J K Hak Dan Kebebasan Parlimen

Najib Wajib Dihadap Kepada J K Hak Dan Kebebasan Parlimen

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 156 hits
Berikutan ucapan membahas titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat semalam yang dilihat mengelirukan apabila mengatakan tiada satu sen pun wang rakyat digunakan untuk membayar hutang 1MDB Najib Razak kini telah diadukan kepada Jawatankuas...
Isu Ceroboh Perairan Negara Lewat Bantuan Banjir Antara Tumpuan Parlimen Hari Ini

Isu Ceroboh Perairan Negara Lewat Bantuan Banjir Antara Tumpuan Parlimen Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 169 hits
Sidang Dewan Rakyat hari ini dijangka menyaksikan bacaan kali kedua Rang Undang undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 KUALA LUMPUR Isu pencerobohan perairan negara khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif dan kelewatan mengelu...
Agong Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke 14 Hari Ini

Agong Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke 14 Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 168 hits
Sidang Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu kepada Titah Diraja Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah KUALA LUMPUR Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke 14 bakal membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh Yang di Pertuan Agong Sulta...
Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib

Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 205 hits
malaysiakini comBekas Perdana Menteri Najib Razak berkata dia akan memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya bahawa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai selepas pilihan raya negeri Johor selesai B...
Hutang 1mdb Tak Guna Dana Awam Pakar Ekonomi Tempelak Najib Menipu Dalam Parlimen

Hutang 1mdb Tak Guna Dana Awam Pakar Ekonomi Tempelak Najib Menipu Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 193 hits
perakinsights com Kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad adalah tidak benar dan tepat Menurut pakar ekonomi Datuk Dr Nungsari A...
Resmi Meluncur Aplikasi Frday Hadir Untuk Mudahkan Liburan Dan Rutinitas Harian

Resmi Meluncur Aplikasi Frday Hadir Untuk Mudahkan Liburan Dan Rutinitas Harian

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 185 hits
FRDAY dihadirkan untuk mendukung kebutuhan liburan dan aktivitas sehari hari masyarakt melalui fiturnya yang lengkap dalam satu aplikasi
Sebagai Pusat Inovasi Center Of Maritime Logistics Innovation Spil Hadir Di Ubaya

Sebagai Pusat Inovasi Center Of Maritime Logistics Innovation Spil Hadir Di Ubaya

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 187 hits
Ruangan Center of Maritime Logistics Innovation adalah laboratorium logistik yang dibangun sebagai tempat sharing knowledge terkait dunia shipping Tak hanya itu lab ini juga memberikan bimbingan proyek penelitian bagi mahasiswa Ubaya
Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Rompak Cari Duit Raya

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adik Masak Ayam Gepuk

Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Macau888 15 Slot168 Macau888 Top 95 By Claire Faro168 Co 28 25

Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry