Lebih Majoriti Mp Memohon Persidangan Parlimen Diadakan Dan Darurat Dikaji Semula
(Dari Wacana DSAI-MPN #1)
1) SUDAH jelas Majoriti MP mengirimkan warkah memohon persidangan Parlimen diadakan bagi mengkaji semula Darurat. RAKYAT MEMERHATI APA TINDAKAN YDPA DALAM AMALAN DEMOKRASI?
2) Kuasa YDPA utk melaksanakan Proklamasi DARURAT diakui (tidak dipertikaikan) tetapi Rakyat dan MP-MP sendiri meragui keabsahan seorg PM yg hilang MAJORITI sokongan MP bagi menasihati YDPA utk melaksanakan Darurat.
3) Menurut DSAI, sekitar 114 atau 115 MP sudah mengutus warkah kpd YDPA dgn memohon diadakan persidangan Parlimen. Mereka ini menolak pandangan Kerajaan PN mengadakan Darurat. Malah Kabinet Sarawak dan GPS juga sedang menimbang utk memohon Darurat di Sarawak ditarik balik.
4) WARISAN di Sabah turut berpandangan bahawa Darurat ini perlu dikaji semula dan sidang Parlimen perlu diadakan. Begitu juga sikap UMNO. Ini menyebabkan Darurat ini ditolak oleh MAJORITI MP dan mungkin sekitar 90 shj yg masih menyokong Kerajaan PN ini.
5) MEMBACA Perkara 150(3) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :
"Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮-𝗱𝘂𝗮 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B). (4) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan pemberian arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri itu".
MAKA adalah jelas menunjukkan yg Proklamasi Darurat 2021 (PD2021) ini sepatutnya dibawa ke Parlimen dan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. JIKA ini tidak dilakukan apakah keabsahan Darurat itu boleh dicabar?
6) JIKA bagi seorg PM yg dilantik TANPA PRU sepatutnya mendapatkan keabsahan sokongan Majoriti melalui VoC di Parlimen, kita lihat PM sekarang ini TIDAK PERNAH membuktikan sokongan Majoriti kpd beliau di Parlimen sepertimana Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Malah bila jelas PM8 ini TELAH kehilangan Majoriti, beliau bertindak menasihat YDPA utk melanaksanakan PD2021. Adakah ini menepati Perlembagaan atau ia adalah tindakan TIDAK BERPERLEMBAGAAN? Ini boleh dihujahkan termasuk di mahkamah.
7) Rakyat sedang memerhati. Jelas di seluruh Negara malah Dunia Luar turut memerhati, apa tindakan YDPA menurut lunas-lunas Demokrasi? Seperti yg dinyatakan DSAI, kita menantikan budi bicara YDPA utk menyelesaikan perkara ini dgn TUNTAS.
8) Membiarkan Darurat dan ketidak tentuan Ekonomi pandemik dan pandemik COVID-19 yg memburuk di bawah seorg PM yg telah hilang MAJORITI dgn "kerajaan caretaker: yg sgt lemah tidak akan memberi manfa'at malah malapetaka kpd Malaysia dan Rakyatnya.
Wallahualam.
- Zus Din
24 Januari 2021
****************************************
114 atau 115 MP tak setuju darurat saranan PN, dakwa Anwar
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan darurat "lebih daripada mencukupi".
Setakat ini kata Anwar ada antara 114 hingga 115 ahli parlimen yang sepakat mahukan darurat dibatalkan.
Kata presiden PKR itu lagi dengan jumlah berkenaan cukup untuk memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mempertimbangkan usul tersebut dan memanggil sidang khas parlimen dengan segera.
"Sekarang telah mencecah 114 (atau) 115 yang menolak usul PN. Jumlah itu lebih daripada cukup menolak pandangan PN berhubung darurat, (ia) ditolak majoriti ahli Parlimen," katanya dalam program bual bicara Minda Profesor Negara hari ini.
Rabu lalu, Anwar mempertahankan tindakan pembangkang menulis surat kepada Agong untuk memohon perkenan baginda membenarkan parlimen bersidang ketika darurat.
Pada 14 Jan Anwar meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mungkin, sebelum 31 Januari.
PH dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan mereka menghantar surat itu, manakala Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menghantar surat kepada ahli parlimen parti itu untuk meminta persetujuan mereka.
Pengisytiharan darurat - yang dikritik parti kerajaan dan pembangkang - seperti disarankan PN membawa kepada penggantungan parlimen serta perlembagaan.
Justeru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin didakwa menggunakan darurat sebagai cara untuk dia terus berkuasa walaupun selepas kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.
Mungkin tak sampai 90
Bagi pihak yang mempertahankan darurat, mereka menyifatkan pandangan yang tidak selari dengan pengisytiharan darurat sebagai menderhaka kepada Agong.
Antaranya bekas setiausaha agung BN Annuar Musa yang mempertikaikan tindakan Ahmad, selain Pemuda PAS yang mendakwa Anwar mengajak ahli parlimen menderhaka.
Di sebalik jumlah yang besar mahukan darurat ditamatkan, Anwar mengakui keputusan mengenainya bergantung kepada ihsan Agong.
“Ini tidak boleh disangkal. Apakah jumlah itu cukup? Itu lebih daripada mencukupi [...].
“Bagi saya, kalau tanya saya, sekarang jumlah mencukupi. Tapi kena tunggu ihsan dan budi bicara tuanku untuk mendapat makluman lanjut,” katanya.
Anwar turut berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sedang berbincang mengenai usul darurat itu.
Bagaimanapun, dia tidak mengetahui hasil perbincangan GPS itu.
“Saya tak tahu apakah keputusannya tetapi ternyata kalau ini berlaku. Maknanya yang komited betul mendokong darurat dan penggantungan parlimen itu tak mungkin sampai 90 ahli parlimen, ataupun jauh lebih rendah,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/01/lebih-majoriti-mp-memohon-persidangan.html