Peruntukan Asal Darurat Untuk Jaga Keselamatan Bukan Gantung Parlimen



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dinasihatkan agar melaksanakan darurat mengikut semangat sebenar Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang disyorkan Suruhanjaya Reid.
Pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari berkata bahawa laporan Reid, iaitu asas kepada Perlembagaan mensyorkan darurat hanya untuk menjaga keselamatan rakyat dan kerukunan kehidupan berdemokrasi.
“Saya hendak katakan di sini, apa yang disebut oleh Suruhanjaya Reid dalam perakuan mereka yang dikemukan tentang Perlembagaan yang memberikan latar belakang kepada peruntukan 150 Darurat, ia hanya ditujukan untuk menjaga keselamatan negara dan memelihara kerukunan demokrasi
“Para 175 disebutkan di situ, Parlimen mesti dipanggil sesegera mungkin. Jelas bahawa Ordinan Darurat yang dibuat pentadbiran Muhyiddin (2021) telah pun melanggar ideal atau saranan Suruhanjaya Reid.
“Saya nampak bahawa ada ruang untuk mempertikaikan Ordinan Darurat ini dan mungkin perisytiharan itu sekali.
“Oleh kerana kita melihat asas peruntukan darurat yang disyorkan ialah menjaga negara dan mempertahankan kehidupan secara demokratik, kalau apa yang dilakukan (sekarang ini) menggantung Parlimen atau melibatkan kuasa Agong dilumpuhkan, kita boleh bayangkan apa yang sedang berlaku,” katanya dalam sesi siaran langsung Facebook malam tadi.
Menurut Dr Aziz lagi, Suruhanjaya Reid turut menegaskan bahawa dalam keadaan darurat Parlimen dibenarkan bersidang bagi merangka undang-undang menangani situasi berkenaan, bukannya menggantung perjalanan Parlimen.
“Kita harus tidak melupakan laporan Reid, Parlimen harus dipanggil secepat mungkin membincangkan ordinan itu. Ada disebutkan dalam ordinan (2021) akan dipanggil tetapi tak tahu bila?
“Saya tidak nampak mengapa tidak boleh dipanggil sekarang. Ini bukan soal pertikai Agong atau tidak mempedulikan betapa kroniknya pandemik Covid 19. Isunya mengapa takut sangat nak panggil Parlimen bersidang?
“Soal dia (PN) nak adakan pilihan raya umum selepas Covid itu hal lain, yang menjadi persoalan mengapa kuasa keharusan memangggil Parlimen itu dilumpuhkan? Apa yang dia takutkan? Kalau pentadbiran benar-benar ikhlas tidak harus perkara ini berlaku,” katanya lagi.
Dengan hanya semata-mata berpegang kepada Ordinan Darurat tanpa meneruskan fungsi Parlimen, kata Dr Aziz lagi, maka darurat boleh terdedah kepada pelbagai penyalahgunaan kuasa, termasuk kerajaan semasa akan menggunakan ordinan itu untuk memerintah dalam tempoh yang panjang tanpa dipersoalkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31320

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Mana Laksana Darurat Serta Gantung Sidang Parlimen Najib Tanya Tengku Zafrul

Negara Mana Laksana Darurat Serta Gantung Sidang Parlimen Najib Tanya Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 341 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Aziz supaya bersikap jujur susulan kenyataannya yang perisytiharan darurat mampu membantu memulihkan ekonomi negara Beliau dala...
Anwar Dakwa Jumlah Ahli Parlimen Bersetuju Tolak Darurat Saranan Pn Lebih Mencukupi

Anwar Dakwa Jumlah Ahli Parlimen Bersetuju Tolak Darurat Saranan Pn Lebih Mencukupi

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional mengadakan darurat lebih daripada mencukupi Setakat ini kata Anwar ada antara 1...
Oleh Kerana Pakar Perlembagaan Sahkan Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat Memohonnya Bukan Bererti Derhaka

Oleh Kerana Pakar Perlembagaan Sahkan Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat Memohonnya Bukan Bererti Derhaka

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 276 hits
Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz menyatakan Parlimen boleh bersidang semasa darurat Beliau berkata demikian dalam satu wacana anjuran FB Sinar Harian Beliau turut percaya tindakan melaksanakan darurat ialah untuk mengelakkan a...
Majoriti Ahli Parlimen Umno Tak Setuju Persidangan Semasa Darurat

Majoriti Ahli Parlimen Umno Tak Setuju Persidangan Semasa Darurat

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 324 hits
JANUARY 22 2021Hanya sebahagian kecil Ahli Parlimen UMNO daripada kluster mahkamah dilaporkan menyokong persidangan Parlimen untuk membincangkan isu darurat Sinchew Daily melaporkan daripada 38 wakil rakyat UMNO yang ada hanya terdapat kira...
Lebih Majoriti Mp Memohon Persidangan Parlimen Diadakan Dan Darurat Dikaji Semula

Lebih Majoriti Mp Memohon Persidangan Parlimen Diadakan Dan Darurat Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 259 hits
1 SUDAH jelas Majoriti MP mengirimkan warkah memohon persidangan Parlimen diadakan bagi mengkaji semula Darurat RAKYAT MEMERHATI APA TINDAKAN YDPA DALAM AMALAN DEMOKRASI 2 Kuasa YDPA utk melaksanakan Proklamasi DARURAT diakui tetapi Rakyat ...
Noh Omar Tak Setuju Dengan Penggantungan Parlimen Berikutan Penguatkuasaan Darurat

Noh Omar Tak Setuju Dengan Penggantungan Parlimen Berikutan Penguatkuasaan Darurat

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 300 hits
Ahli Parlimen Tanjung Karang Noh Omar mempersoalkan penggantungan Parlimen berikutan penguatkuasaan darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional Menurut Noh banyak perkara yang dapat dibangkitkan terutama di tengah tengah penularan wabak Covid ...
Mengapa Perlu Gantung Parlimen Adakah Covid Merebak Waktu Persidangan

Mengapa Perlu Gantung Parlimen Adakah Covid Merebak Waktu Persidangan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 251 hits
Perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan menggantung persidangan Parlimen menimbulkan tanda tanya ketika badan perundangan seperti mahkamah dan eksekutif dibenarkan bergerak seperti biasa Ahli Dewan Negeri Selangor...
Kenapa Perlu Gantung Parlimen Saifuddin Nasution

Kenapa Perlu Gantung Parlimen Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 171 hits
POSTED BY AMIR WRLRTindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantung Parlimen daripada beroperasi dan bersidang seperti biasa atas alasan darurat dan Covid 19 tidak menunjukkan bahawa kerajaan benar benar berpegang kepada prinsi...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material