Lebih Baik Anak Kita Ramah Daripada Takut Dengan Orang Bagus Untuk Perkembangan Sosialnya


Anak takut dengan orang lain. 
Anak tak reti salam/hi/bye orang lain. 
Anak tak pandai berkongsi mainan. 
Anak dibuli di taska atau tadika.
Masalah di atas memang normal berlaku pada anak terutamanya anak 7 tahun ke bawah kerana anak masih lagi dalam fasa belajar bersosial. Skil-skil yang lain, anak boleh belajar di rumah tetapi tidak bagi skil sosial.
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi skil sosial adalah satu-satunya skil yang memerlukan lebih pengalaman berbanding yang lain. Nak cerita checklist skil sosial anak mengikut umur agak banyak, ini checklist ringkas saya:
UMUR DAN SKIL SOSIAL 
0-6 bulan: 
Ketawa dan senyum.
6- 12 bulan: 
Ada “eye- contact”, main cak-cak, tepuk tangan, angkat tangan tanda nak minta dukung.
1-2 tahun: 
Ketawa semasa bermain, cari mainan tersembunyi, meniru perbuatan, salam/”hi”, “bye” atau “nak” dengan orang lain.
2-3 tahun:
Berminat nak tegur kawan lain, berlakon olok-olok mudah, kurang “separation anxiety” ataupun “stranger anxiety”.

3-4 tahun: 
“Jaga” anak patung, ikut giliran, bermain dengan 2-3 kawan, beritahu perasaan.
4-5 tahun: 
Main mainan yang ada peraturan mudah dengan 2-3 orang kawan.
5-6 tahun: 
Berlakon olok-olok yang lebih kompleks, bertolak ansur semasa bermain, boleh mengikut peraturan bermain.
Kalau mak ayah dapati anak ada masalah sosial, disarankan lakukan penilaian awal untuk kenalpasti tahap perkembangan anak.
Pernah seorang ibu menceritakan masalah ini kepada saya:
“Puan, anak saya berumur 5 tahun. Sebelum ini anak saya hanya dijaga oleh saya dan tak pernah berjauhan. Bila umur 5 tahun, saya hantar anak ke tadika. Masa 2 minggu pertama, anak saya nampak ceria bila pergi sekolah sebab ada kawan-kawan. Tapi sekejap sahaja, lepas 2 minggu anak saya dah tak nak pergi sekolah. Menangis setiap pagi sebelum ke sekolah”
Bila saya ambil sejarah kes, rupanya anak puan ini dibuli di tadika disebabkan tak reti nak berkawan dengan orang lain dan sebenarnya perkembangan sosialnya terlewat daripada umurnya.
Cuba kita bandingkan,
A:
Umur 5 tahun, dijaga lembut dengan ibunya setiap masa, jarang dimarah, tak pernah berebut mainan, jarang keluar rumah dan berjumpa orang lain, tak pernah berkongsi, tak pernah rasa perlu “survive” sendiri.
VS
B:
Umur 5 tahun, adik beradik ramai, tinggal di taska bersama 20 orang lain bila mak ayah bekerja, dah biasa dengan adegan rampasan dan rebutan mainan, “survival skil” tinggi sebab dah biasa berdepan dengan kawan-kawan lain.

Agak-agak kalau 2 orang ini berjumpa, siapa yang akan disenangi dengan kawan-kawan lain dan ada lebih ramai kawan. Sudah tentunya B.
Sebab, B mempunyai lebih banyak pengalaman berkawan dengan orang lain. Dah tahu kalau tak mahu kongsi mainan, nanti kawan lain tak nak kawan ataupun macam mana nak menghadapi kawan yang tak mahu pulangkan mainan berbanding A yang tak pernah ataupun jarang menghadapi situasi ini kerana banyak dibantu oleh ibunya.
Bila saya cerita macam ini, baru ibunya faham kenapa anaknya tak mahu pergi sekolah. Anak tak mahu pergi sekolah kadang-kala bukan hanya disebabkan cikgu garang atau masalah dengan sekolah tetapi mungkin masalah dalam diri anak sendiri.
Anak yang berumur 5 tahun sepatutnya sudah boleh bermain mengikut tema dan dalam kumpulan. Contohnya main jual beli, kahwin-kahwin, masak-masak ataupun pergi ke planet lain. Selain daripada itu, mereka juga sepatutnya sudah boleh bertolak ansur semasa bermain dan boleh terima kalah atau menang.
Saya tak kata lebih baik anak dihantar ke taska daripada dijaga sendiri kerana semuanya bergantung kepada bagaimana kita sendiri mendedahkan anak dengan dunia dan orang luar.

Semakin ramai anak jumpa dan berinteraksi, semakin bagus skil sosial anak melainkan ada isu-isu lain seperti ADHD, ASD, MR atau SPD. Tak susah pun nak bantu tingkatkan skil sosial anak, tips saya:
Kerapkan bawa anak ke “playdates” , set masa dengan kawan-kawan yang mempunyai anak. Semakin kurang jurang umur, lebih baik. Set masa balik kampung dengan adik beradik lain supaya anak boleh bermain dengan sepupu-sepupu yang lain. Bawa anak pergi taman dan galakkan anak tegur kawan-kawan. Elakkan mengganggu anak belajar berkawan dengan berkepit dengan anak 24 jam selagi ia selamat. Kalau mak ayah rasa kurang kawan-kawan yang mempunyai anak atau faktor jarak dengan kampung nak balik selalu. Bolehlah cuba cari mana mana tempat terdekat yang ada anjurkan playgroup. Sangat disarankan untuk membantu meningkatkan skil sosial anak.
Sumber: Maryam Jamadi
The post Lebih Baik Anak Kita Ramah Daripada Takut Dengan Orang. Bagus Untuk Perkembangan Sosialnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/lebih-baik-anak-kita-ramah-daripada-takut-dengan-orang-bagus-untuk-perkembangan-sosialnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagus Bawa Anak Main Di Pantai Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

Bagus Bawa Anak Main Di Pantai Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 456 hits
Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus Ia boleh merangsang sensori pada diri ...
Bagi Peluang Anak Conteng Dinding Sangat Baik Untuk Perkembangan Sensori Motor Dan Mindanya

Bagi Peluang Anak Conteng Dinding Sangat Baik Untuk Perkembangan Sensori Motor Dan Mindanya

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 556 hits
Pernah tak ibu ada masalah anak kecil suka conteng dinding Kadang kadang sampai stres sebab hampir segenap ruang dinding rumah dah ada macam macam corak Ibu kena faham lumrah anak dia suka teroka Tak perlu halang tapi sediakan satu ruang un...
Setiap Kiriman Tuhan Itu Berhikmah Setelah 4 Tahun Anak Di Diagnos Autisme Catriona Akui Jadi Lebih Penyabar Menghargai

Setiap Kiriman Tuhan Itu Berhikmah Setelah 4 Tahun Anak Di Diagnos Autisme Catriona Akui Jadi Lebih Penyabar Menghargai

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 492 hits
Setelah 4 tahun anak di diagnos autisme aktres Catriona Brian Ross akui hikmahnya dia jadi lebih penyabar menghargai Penuh dengan semangat positif ibu kepada 3 anak ini memberikan semangat kepada ibu bapa anak autisme yang lain Perkongsian ...
Penagih Dadah Tolak Icerd Lebih Baik Dari Menteri Yang Terima Kata Nik Abduh

Penagih Dadah Tolak Icerd Lebih Baik Dari Menteri Yang Terima Kata Nik Abduh

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 505 hits
Nik Abduh menyatakan penagih dadah yang menolak ICERD lebih baik daripada menteri yang menerimanya Foto Sinar Harian Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menempelak dakwaan Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Datuk Raja Kam...
Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia Perkembangan Yang Baik

Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia Perkembangan Yang Baik

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 428 hits
Lenguh tangan dan penat memegang bayi bila dia mula melompat lompat Ya hampir semua ibu bapa akan menghadapi fasa ini Tapi kalau tahu faedahnya mama papa tidak akan mengeluh Perkembangan fizikal bayi memang sangat pesat dan pantas Tidak sek...
Hikmah Utama Korang Perolehi Selepas Putus Cinta Jangan Besedih Allah Akan Gantikan Yang Lebih Baik

Hikmah Utama Korang Perolehi Selepas Putus Cinta Jangan Besedih Allah Akan Gantikan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 551 hits
Hikmah Utama Korang Perolehi Selepas Putus Cinta Mungkin setiap orang akan melaluinya Berdepan dengan satu rasa yang tidak seronok dan cukup menyedihkan hati sendiri Siapa mahu berdepan dengan putus cinta Kisah patah hati yang sering kita d...
Kerap Kata Jangan Ketika Melarang Anak Boleh Buat Si Kecil Dah Tak Kisah Dan Takut

Kerap Kata Jangan Ketika Melarang Anak Boleh Buat Si Kecil Dah Tak Kisah Dan Takut

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 329 hits
Kanak kanak sangat mudah mengikut atau meniru kelakuan ibu bapa mereka baik dari segi kelakuan mahupun percakapan Mereka masih kecil untuk menentukan sama ada kelakuan atau percakapan itu adalah betul atau salah Menjadi tugas ibu bapa untuk...
Pemimpin Yang Baik Kena Takut Sumpahan Rakyat

Pemimpin Yang Baik Kena Takut Sumpahan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 263 hits
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberi Ucapan Dasar Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Ke 13 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam Selangor foto HAZROL ZAINAL SHAH ALAM Presiden PKR Datuk S...
Penstoran Ssd Lebih Baik Dari Hdd

Penstoran Ssd Lebih Baik Dari Hdd

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 308 hits
Penstoran SSD Lebih Baik Dari HDDSudah lama MYiDEAKiNi ingin kongsikan dengan penstoran SSD berbanding HDD Tapi sebelum itu apa yang di maksudkan SSD dan HDD ini Baca selanjutnya sehingga habis yer Apa itu SDD HDDSSD adalah singkatan dari S...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut