Lebih Baik Adakan Pru15 Tahun Depan Kata Anwar


freemalaysiatoday.com
Samuel Chua
-September 24, 2022 11:00 PM
Anwar Ibrahim berkata keputusan mengadakan pilihan raya umum bergantung kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Yang-di Pertuan Agong

PETALING JAYA: Kerajaan harus bertanggungjawab dengan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada masa sesuai dan tidak membebankan rakyat pada tahun depan, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata beliau bimbang dengan kemungkinan PRU diadakan ketika musim banjir dan menegaskan, ia hanya boleh dilangsungkan apabila keadaan terkawal.

“Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kejujuran pembangkang yang membantah PRU15 diadakan pada musim tengkujuh kerana takut akan kalah.

Ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN pada 17 Sept lalu, Zahid dilaporkan berkata, gabungan itu sanggup meredah banjir untuk berkempen, jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh. Kenyataan itu kemudian dikritik pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Anwar berkata, sokongan rakyat terhadap PKR dilihat semakin meningkat, merujuk kepada sambutan dalam ceramah mega parti itu di Gombak, Kuala Pilah dan Port Dickson.

“Ini kerana rakyat kecewa dengan peningkatan kos hidup, kejatuhan nilai ringgit dan rasuah di semua bahagian kementerian,” katanya.

Anwar berkata, bibit bibit perpecahan dalam kalangan parti membentuk kerajaan semakin jelas terutama membabitkan kumpulan Ismail dan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Pada 19 Sept, Muhyiddin menyarankan Ismail membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15, jika gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

Muhyiddin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap isu kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pandemik memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat, di mana 61% daripada mereka berada dalam kumpulan berpendapatan terkebawah (B60).

Ismail berkata, semua pihak termasuk Muhyiddin yang menjadi pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara (MPN) juga perlu bertanggungjawab ke atas pentadbiran kerajaan termasuk perkara melibatkan ekonomi dan negara.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/lebih-baik-adakan-pru15-tahun-depan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan Pru15 Tahun Ini

Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan Pru15 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 330 hits
Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan PRU15 Tahun Ini Kabinet gagal mencapai kata sepakat untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini menurut laporan Utusan Malaysia Memetik seorang menteri kabinet yang tidak mahu mendedahkan ide...
Tasik Kenyir Dijangka Diisytihar Taman Geo Tahun Depan Kata Exco

Tasik Kenyir Dijangka Diisytihar Taman Geo Tahun Depan Kata Exco

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 313 hits
Tasik Kenyir dijangka diisytihar Taman Geo tahun depan kata exco Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Sep 202
Video Kita Terlalu Baik Kata Menhan Prabowo Soal Kelemahan Indonesia

Video Kita Terlalu Baik Kata Menhan Prabowo Soal Kelemahan Indonesia

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 228 hits
Menteri Pertahanan Prabowo Subianto blak blakan tentang kelemahan Indonesia Menurutnya karakter kita yang menjadi kelemahan Indonesia Terkadang kita terlalu baik
Sabah Manfaat Hubungan Baik Dengan Persekutuan Kata Hajiji

Sabah Manfaat Hubungan Baik Dengan Persekutuan Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 303 hits
Sabah manfaat hubungan baik dengan Persekutuan kata Hajiji Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Sep 2022 11 59PM
Sambut Ulang Tahun Debut Ke 10 Ailee Bakal Adakan Konsert Ailee Xr Concert

Sambut Ulang Tahun Debut Ke 10 Ailee Bakal Adakan Konsert Ailee Xr Concert

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 243 hits
Akhirnya Ailee bakal menemui peminat tidak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Buat peminat Ailee ini lah peluang korang untuk tengok dia membuat persembahan sempena ulang tahun ke 10 debutnya Konsert yang bakal dikendalikan oleh Korea Creative Con...
Umno Mahu Pru15 Diadakan Tahun Ini Juga Pm Digesa Menghadap Agong Tentukan Tarikh

Umno Mahu Pru15 Diadakan Tahun Ini Juga Pm Digesa Menghadap Agong Tentukan Tarikh

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 324 hits
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang berlangsung pada malam tadi memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini juga Perdana Menteri Datuk Seri Is...
Ph Cuba Beli Masa Lambatkan Pru15 Zahid Hamidi Kata

Ph Cuba Beli Masa Lambatkan Pru15 Zahid Hamidi Kata

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 381 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan dilihat cuba membeli masa untuk melambatkan Pilihan Raya Umum ke 15 dengan menggunakan isu banjir kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid berkata pembangkang semakin hangat menggunakan i...
Mkt Umno Setuju Pembubaran Parlimen Bagi Pru15 Diadakan Tahun Ini

Mkt Umno Setuju Pembubaran Parlimen Bagi Pru15 Diadakan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 296 hits
Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju pembubaran Parlimen akan dibuat masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Menurutnya PM akan persembahkan cadangan tarikh pembubaran kepa...
Terima Teguran Maaf Tak Sensitif Ibu Ni Jadikan Pengajaran Buat Content Lebih Baik

Terima Teguran Maaf Tak Sensitif Ibu Ni Jadikan Pengajaran Buat Content Lebih Baik

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 278 hits
Baru baru ini tular kisah seorang ibu yang membawa anaknya masuk ke hutan bagi mengajar si kecil tentang alam semulajadi Dia turut berkongsi pengalaman menyusukan anaknya yang berusia lebih kurang satu tahun ketika berjalan di dalam hutan W...
Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025

China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia