Lebih 20k Orang Mati Akibat Covid 19 Di Amerika Syarikat



NEW YORK: Korban COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka mengerikan 20,000, semalam, ketika ramai meraikan cuti Easter pada hujung minggu dengan berkurung di rumah

AS merekodkan 1,920 kematian dalam tempoh 24 jam lalu yang bagaimanapun menurun berbanding 2,108 pada hari sebelumnya, menurut satu penjumlahan oleh Universiti Johns Hopkins yang berpangkalan di Baltimore

Setakat ini, wabak itu meragut sekurang-kurang 20,506 nyawa di AS yang kini paling terkesan di dunia dari kedua-dua segi jumlah kematian dan kes jangkitan disahkan

Berdasarkan penjumlahan universiti itu lagi, jangkitan disahkan di AS telah mencecah 527,111 kes

Gereja dijangka kosong pada sambutan Easter, hari ini, susulan lebih dua bilion penganut Kristian di dunia sedang berkurung bagi menyekat penularan COVID-19 yang telah menjangkiti 1.7 juta orang dan meragut lebih 100,000 nyawa

Itali yang muncul negara paling terjejas di Eropah dengan populasi berjumlah satu per lima daripada AS, turut menghampiri angka menggerunkan apabila mencatat 19,468 kematian, setakat ini

Namun, harapan mulai berbunga di Eropah Barat dan kawasan terkesan teruk di AS bahawa pandemik itu sedang memuncak, dengan ramai bersandarkan perkembangan di Wuhan yang kini menarik balik arahan berkurung dan kembali menjalani kehidupan normal


Malah, beberapa negara paling terjejas di Eropah serta pusat jangkitan di AS, iaitu New York dan New Orleans, mulai menunjukkan penurunan kadar jangkitan

Sepanyol mencatatkan 510 kematian baharu, semalam, sekali gus menyaksikan penurunan angka selama tiga hari berturut-turut

Perancis melaporkan 635 kematian baharu, semalam, juga menurun sebanyak satu per tiga berbanding kelmarin

Pegawai kesihatan Perancis, Jerome Salomon, berkata walaupun mencapai kadar mendatar, wabak itu masih sangat aktif

“Kita mesti kekal berjaga-jaga,” katanya

Angka harian kematian di Itali juga mulai menurun, namun kerajaan menolak desakan untuk menarik balik perintah berkurung, malah melanjutkan tempoh pelaksanaannya hingga 3 Mei depan

Britain sebaliknya merekodkan angka harian kematian kedua tertinggi, semalam

Menurut seorang jurucakap, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang turut dijangkiti penyakit terbabit bagaimanapun menunjukkan ‘perkembangan amat baik’ selepas keluar dari unit rawatan rapi

Di New York dan New Orleans, penurunan kes baharu jangkitan, kematian serta pesakit memasuki wad, memberi sinar harapan berhubung krisis itu

Namun, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio, dan Gabenor, Andrew Cuomo, bercanggah pendapat mengenai pembukaan semula sekolah di bandar itu

De Blasio mengumumkan bahawa bilik darjah akan terus ditutup hingga sesi persekolahan bermula pada September depan tetapi Cuomo menegaskan, perkara itu bukan terletak bawah keputusan Datuk Bandar

“Kita mungkin mengambil tindakan sedemikian, namun kita akan melakukannya secara selaras dengan kawasan lain,” kata Cuomo yang mendakwa mempunyai kuasa berhubung perkara berkenaan

Dalam pada itu, ramai pakar dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan supaya tidak terlalu cepat menarik balik pelaksanaan langkah berkurung

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, memberi amaran bahawa tindakan yang diambil sebelum waktunya boleh mengakibatkan penularan semula wabak itu secara dahsyat

Di penempatan sesak seperti Mexico City, Nairobi dan Mumbai serta kawasan konflik di Asia Barat, timbul kebimbangan bahawa keadaan paling teruk bakal melanda lokasi termiskin di dunia

Begitupun, Presiden Donald Trump, dilaporkan berkata wabak berkenaan sedang menghampiri kemuncak di AS dan beliau kini mempertimbangkan langkah untuk ‘membuka semula’ negara ekonomi terbesar dunia itu dengan secepat mungkin

“Namun, tahukah anda? Berkurung di rumah juga membawa kepada kematian,” kata Trump. - AFP

from Sehinggit Media https://ift.tt/2Vjo7MM
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/lebih-20k-orang-mati-akibat-covid-19-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Lebih Ramai Lelaki Mati Akibat Covid 19

Kenapa Lebih Ramai Lelaki Mati Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 282 hits
Lebih 3 4 daripada mereka yang meninggal dunia akibat Covid 19 di Malaysia adalah lelaki di mana trend yang sama berlaku di seluruh dunia Data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 58 lelaki Malaysia meninggal dunia ak...
Warga Kulit Hitam As Lebih Rentan Positif Mati Akibat Covid 19

Warga Kulit Hitam As Lebih Rentan Positif Mati Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 289 hits
April 11 2020NEW YORK Serangan virus korona tidak mengenal warna kulit atau ras namun di AS tampaknya warga kulit hitam Afrika Amerika lebih berisiko tinggi mendapat pandemik Covid 19 Ketua Kesihatan AS Jerome Adams dalam wawancara dengan C...
Amerika Syarikat Lapor Kematian Bayi Pertama Umur Tak Sampai Setahun Akibat Covid 19

Amerika Syarikat Lapor Kematian Bayi Pertama Umur Tak Sampai Setahun Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 265 hits
Jabatan kesihatan Illinois telah kematian bayi pertama akibat COVID 19 di negari itu semalam Menurut ujian sedang dilakukan bagi mengenalpasti sama ada mangsa yang berusia kurang satu tahun itu mempunyai penyakit lain Pengarah Jabatan Kesih...
Syarikat Penerbangan Digesa Pulang Semula Wang Batal Penerbangan Akibat Covid 19

Syarikat Penerbangan Digesa Pulang Semula Wang Batal Penerbangan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 219 hits
Matta bimbang penumpang dan ejen pelancongan tidak mendapat bayaran balik selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pandemik Covid 19 PETALING JAYA Persatuan Ejen Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia hari ini menggesa syarikat p...
Terkini Lebih 100 Doktor Terkorban Akibat Covid 19 Di Itali

Terkini Lebih 100 Doktor Terkorban Akibat Covid 19 Di Itali

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 352 hits
Penularan wabak covid 19 di Itali agak tinggi terkini dilaporkan lebih 100 orang doktor terkorban akibat wabak ini Baca seterusnya Terkini Lebih 100 Doktor Terkorban Akibat Covid 19 Di Itali
Kematian Akibat Covid 19 Lebih 10 Kali Ganda Berbanding H1n1 Who

Kematian Akibat Covid 19 Lebih 10 Kali Ganda Berbanding H1n1 Who

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 250 hits
Jumlah kematian akibat wabak COVID 19 di seluruh dunia ketika ini adalah 10 kali ganda daripada H1N1 yang pernah menyebabkan pandemik global pada tahun 2009 Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata pandemik H1N1 yang bermula di Mexico dan Ameri...
Jumlah Kes Positif Covid 19 Di Amerika Kini Lebih 700 000 Angka Kematian Terus Meningkat

Jumlah Kes Positif Covid 19 Di Amerika Kini Lebih 700 000 Angka Kematian Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 335 hits
Jumlah kes positif COVID 19 di Amerika Syarikat kini dilaporkan telahpun mencecah 710 021 kes menurut Worldometer Daripada jumlah berkenaan sebanyak 37 158 kematian dicatatkan New York kekal menjadi kawasan paling terjejas dengan 17 131 kem...
100000 Lebih Orang Mungkin Mati Di Amerika Trump Buntu Lawan Covid19

100000 Lebih Orang Mungkin Mati Di Amerika Trump Buntu Lawan Covid19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 305 hits
Presiden Donald Trump memberitahu rakyat Amerika Syarikat supaya teguh menghadapi kenaikan besar jumlah kematian akibat Covid 19 dalam masa beberapa hari ini Reuters melaporkan Trump berkata tempoh waktu itu akan menjadi dua minggu paling s...
Korban Covid 19 Di Amerika Meningkat Lebih 22 000 Orang

Korban Covid 19 Di Amerika Meningkat Lebih 22 000 Orang

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 239 hits
Jumlah kematian Covid 19 di Amerika Syarikat terus mencatatkan peningkatan kini melebihi 22 000 orang manakala bilangan kes melonjak lebih 555 300 lapor agensi berita Sputnik Sehingga 04 00 waktu Moscow pada Isnin terdapat 555 313 kes terma...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai