Lebih 144 000 Pengguna Di Pulau Pinang Direkod Tidak Cukup Baki Touch N Go Ketika Bayar Tol



GEORGE TOWN, 7 Jun  -- Biarpun umum mengetahui tiada lorong tambah nilai disediakan di plaza tol sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung jangkitan wabak COVID-19, masih ramai yang memandang enteng perkara itu dengan tidak memiliki baki mencukupi dalam kad Touch ‘n Go mereka.

Situasi itu menimbulkan amarah kepada pengguna lain apabila ada kenderaan yang terpaksa menukar lorong tol yang lain malah lebih buruk sehingga berlaku kesesakan lalu lintas kerana terpaksa menunggu individu terbabit menambah baki kad Touch 'n Go mereka di Kiosk Layan Diri yang disediakan di plaza tol.

Menurut Pengurus Perniagaan Wilayah Utara PLUS Malaysia Berhad Wan Ahmad Awang, sebanyak 144,698 kes pengguna di Pulau Pinang direkodkan tidak mempunyai baki kad tambah nilai mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP dari 18 Mac hingga 31 Mei lepas.

"Di Pulau Pinang kita mempunyai sembilan plaza tol di bawah kendalian PLUS termasuk Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Juru, Sungai Dua dan Kubang Semang.

"Daripada jumlah itu, Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang mencatatkan kes pelanggan tidak mencukupi baki kad Touch ‘n Go paling tinggi dengan 66,077 kes atau 4.26 peratus diikuti Plaza Tol Juru, Kubang Semang dan Sungai Dua," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Jelasnya, situasi kekurangan baki kad Touch 'n Go itu sering berlaku pada waktu puncak sepanjang hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat antara pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 4.00 petang hingga 8.00 malam.

Memandang serius perkara itu, Wan Ahmad berkata PLUS amat memohon kerjasama semua pihak dan menasihatkan para pelanggannya untuk menyediakan baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

"Kita juga menyarankan agar pelanggan menambah nilai dalam kadar yang lebih tinggi. Ramai yang gemar tambah nilai dalam kadar rendah dengan hanya RM10, jadi kita galakkan untuk mereka menambah nilai baki lebih daripada itu bagi mengelakkan kekerapan urusan di laluan tol.

"PLUS juga menggalakkan semua pelanggan menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi mengelakkan kesesakan di lorong tol di Jambatan Pulau Pinang dan dari Sungai Dua ke Jitra pada bulan Julai nanti. Ini sekali gus dapat mengelakkan risiko jangkitan COVID-19," katanya.

Beliau berkata sekiranya kakitangan PLUS dan pelanggan lebuh raya masih mempunyai intervensi langsung bagi urusan menambah nilai di lorong tol ia akan meningkatkan risiko penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata lorong operasi tol juga dibuka secara berperingkat mengikut jumlah peningkatan trafik semasa bagi mengurangkan pendedahan dan intervensi antara kakitangan dan pelanggan.

Sementara itu, seorang pengguna Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Ahmad Akbar, 24, yang mempunyai kekurangan baki dan memberhentikan kenderaan bagi menambah nilai di Kiosk Layan Diri berkata faktor terlupa dan ingin bergegas keluar menjadi antara sebab beliau tidak menyedari baki kad tambah nilainya tidak mencukupi.

"Hari ini saya nak cepat ke tempat kerja dan terlupa hendak tambah nilai dahulu. Adakalanya saya tambah nilai di stesen minyak dahulu tetapi hari ini kelam-kabut jadi tidak sempat nak tambah nilai," kata pengawal keselamatan itu yang setiap hari menggunakan jambatan tersebut atas urusan kerja.

Sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac lepas sehingga kini, PLUS telah menutup sementara operasi perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go di plaza-plaza tol di semua lebuh raya PLUS.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan intervensi langsung kakitangan PLUS di lorong tol dengan pelanggan lebuh raya, sekali gus bermatlamat membendung penularan wabak COVID-19.

Para pelanggan lebuh raya boleh menambah nilai kad Touch ‘n Go sebelum memasuki lebuh raya di 11,000 lokasi lain yang disediakan di seluruh negara termasuk di stesen-stesen minyak, kedai serbaneka, mesin ATM, Kiosk Layan Diri dan lain-lain.

Kredit : BERNAMA✍️

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/lebih-144000-pengguna-di-pulau-pinang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kpkt Beku Pengeluaran Lesen Baharu Minuman Keras

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kpkt Beku Pengeluaran Lesen Baharu Minuman Keras

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 397 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras di negara ini Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow berkata gesaan itu berikutan peningkat...
Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Dapati Kanak Kanak 8 Tahun Mula Merokok

Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Dapati Kanak Kanak 8 Tahun Mula Merokok

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 610 hits
Hasil tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas penggunaan rokok dalam kalangan belia mendapati kanak kanak di Malaysia seawal usia 8 tahun sudah pandai menghisap rokok Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow berkata tinjauan itu turut m...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Menggesa Kerajaan Perjelas Semula Sop Nyahcemar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Menggesa Kerajaan Perjelas Semula Sop Nyahcemar

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 463 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa kerajaan menyatakan dengan jelas prosedur operasi standard bahawa semburan cecair pembasmi kuman ke atas tubuh tidak dibenarkan terutama kepada kanak kanak Ia berikutan penggunaan seperti itu tidak d...
Covid19 Restoran Berusia 84 Tahun Di Pulau Pinang Terpaksa Tutup Operasi

Covid19 Restoran Berusia 84 Tahun Di Pulau Pinang Terpaksa Tutup Operasi

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 377 hits
Sebuah restoran yang ada sejarah tersendiri iaitu menghidangkan sajian tradisional Hainan dan Hokkien sejak 85 tahun lepas di Georgetown Pulau Pinang akhirnya terpaksa ditutup terus ekoran terjejas kerana wabak Covid 19 Nama restoran See Ko...
Utc Pertama Di Pulau Pinang Bakal Dibuka

Utc Pertama Di Pulau Pinang Bakal Dibuka

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 402 hits
Pusat Tranformasi Bandar pertama di Pulau Pinang yang terletak di Kompleks Tun Abdul Razak dijangka beroperasi selewat lewatnya awal Ogos ini Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek kerajaan Persekutuan bernilai RM10 38 juta itu sepatutn...
Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang Mungkin Ditangguh Setahun Chow Kon Yeow

Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang Mungkin Ditangguh Setahun Chow Kon Yeow

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 342 hits
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata rancangan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mungkin tertangguh selama 6 bulan hingga 1 tahun berikutan penularan wabak Covid 19 dan kemerosotan industi penerbangan Bercakap pada sidang...
Kami Tak Lompat Parti 2 Adun Ppbm Pulau Pinang

Kami Tak Lompat Parti 2 Adun Ppbm Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 425 hits
Dua Adun PPBM yang berdepan tindakan disingkirkan daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berkata undang undang anti lompat parti negeri itu tidak terpakai ke atas mereka kerana mereka masih bersama parti berkenaan Adun Bertam Khaliq Me...
2 Adun Ppbm Pulau Pinang Dilucut Hak Sebagai Ahli Kerajaan Ph

2 Adun Ppbm Pulau Pinang Dilucut Hak Sebagai Ahli Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 399 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilucut hak sebagai Ahli Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang berkuat kuasa serta merta Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bahawa keputusan itu dibuat sele...
Statistik Terkini Cprc Tunjukkan Perlis Pulau Pinang Kelantan Negeri Zon Hijau

Statistik Terkini Cprc Tunjukkan Perlis Pulau Pinang Kelantan Negeri Zon Hijau

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 397 hits
Perlis Pulau Pinang dan Kelantan kini diisytihar sebagai zon hijau kerana tiada kes aktif baharu COVID 19 dikesan di sana Menurut statistik terkini oleh CRPC Kebangsaan hanya satu kes aktif dikesan di Terengganu Perak dan Kedah Sementara it...
Sarapan Pagi Di Warung Kopi Peng Bersama Anak Buah And The Gang

Wan Rosdy Penyata Kewangan Negeri Pahang Diberikan Pengiktirafan Tinggi Oleh Ketua Audit Negara

Masjid Nabawi Pintu 326 Untuk Seminggu

Pas Berates Petronas Ceo For Champagne Shower Podium Celebrations At Singapore F1 Gp

Ppim Gesa Boikot Habis Habisan Produk Berkaitan Zionis Israel Sidang Media Ppim 07 10 2025

Minimalisme Cara Hidup Ringkas Yang Boleh Buat Hidup Lebih Tenang

House Of Salai By Naddy Menyelami Aroma Salai Kenangan Rasa Kampung

Plane Carrying 23 Malaysians From Global Sumud Flotilla Touches Down At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


1688vegas 21 May 1688vegas Top 54 By Klaudia

Betwin666 7 May Betwin666 Top 52 By Jasmine

Trio Kongsi Cek Hadiah Nobel Rm5 3 Juta Atas Sumbangan Dalam Teknologi Kuantum

Laku Keras 1 607 Unit Proton E Mas 5 Ditempah Dalam 24 Jam Suv Elektrik Tempatan Raih Sambutan Luar Biasa

Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Hebrew

Kru Jadi Gamechangers Catat Sejarah Adakan Konsert Ke 5 Dalam Setahun