Lebih 100 Kenderaan Diarah Patah Balik Dalam Tempoh Tiga Jam Di Tawau


PKP: Lebih 100 kenderaan diarah patah balik dalam tempoh tiga jam .
Lebih 100 Kenderaan Diarah Patah Balik Dalam Tempoh Tiga Jam Di Tawau Lebih 100 kenderaan diarahkan berpatah balik dalam tempoh tiga jam sehingga 11 pagi tadi selepas gagal memberi alasan munasabah ketika ditahan dalam beberapa sekatan jalan raya, di sini hari ini. K etua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata antara alasan yang diberikan kepada anggota bertugas di sekatan jalan raya termasuk mahu melawat kebun dan ladang tetapi gagal mengemukakan bukti.

“Dianggarkan 100 kenderaan diarah berpatah balik di sekatan jalan raya di Jalan Jambatan Putih manakala di Batu 2 1/2 Jalan Apas juga ada yang diarahkan berpatah balik,” katanya ketika dihubungi.

Polis Tawau melaksanakan sembilan sekatan jalan raya termasuk di Pusat Pemeriksaan Daratan atau Road Check Point (RCP) Kalabakan, dengan kekuatan anggota 163 orang dan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu yang ingkar arahan ketika ditahan dalam sekatan jalan raya.

“Namun setakat pagi tadi pemandu yang diarahkan berpatah balik memberi kerjasama baik.

“Nombor pendaftaran kenderaan yang diarahkan patah balik turut direkodkan bagi tujuan pemantauan sekiranya melakukan kesalahan sama,” katanya lagi.

Peter dalam pada itu memohon kerjasama semua pihak supaya tidak keluar rumah tanpa tujuan penting dan alasan munasabah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Duduklah rumah, bantu petugas barisan hadapan memutuskan penularan COVID-19 dengan segera,” katanya.

Peter turut mengingatkan orang ramai tindakan kompaun akan dikenakan kepada pihak yang melanggar prosedur operasi standard ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, 22 pasukan pemantau terdiri daripada anggota polis serta pasukan keselamatan lain, sentiasa bergerak bagi memastikan pematuhan SOP dilaksanakan penduduk sekitar. – BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/01/lebih-100-kenderaan-diarah-patah-balik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Jam Jadi Bangau Baharu Dapat Satu Pelanggan

Tiga Jam Jadi Bangau Baharu Dapat Satu Pelanggan

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 264 hits
ISTILAH bangau lazim digunakan oleh pemancing pemancing tegar yang menunggu ikan kalau sudah terlalu lama menunggu maka jadi bangau namanya Tetapi ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 ini jadi bangau juga boleh berlaku di d...
2021 Bumi Disebut Berputar Lebih Cepat Dalam 50 Tahun Terakhir Satu Hari Tak Lagi Berwaktu 24 Jam Ada Apa Ini

2021 Bumi Disebut Berputar Lebih Cepat Dalam 50 Tahun Terakhir Satu Hari Tak Lagi Berwaktu 24 Jam Ada Apa Ini

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 516 hits
Tahun 2020 lalu memang rasanya seperti sangat cepat berlalu begitu saja Terlalu sering di rumah akibat lockdown dirasa membuat waktu berjalan lebih cepat Bagaimana jika perasaan bahwa waktu berlalu begitu cepat itu ternyata bukan sekadar pe...
Kawalan Lebih Ketat Di Lima Negeri Tiga Wilayah

Kawalan Lebih Ketat Di Lima Negeri Tiga Wilayah

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 291 hits
MALAYSIA GAZETTE Pertambahan kes Covid 19 menyebabkan kerajaan mungkin terpaksa mengenakan kawalan pergerakan yang lebih ketat Foto hiasan KUALA LUMPUR Pada ketika seluruh negera menunggu pengumuman Perdana Menteri pada Isnin Sinchew Daily ...
Wan Terpaksa Menahan Sejuk Lapar Sepanjang Malam Banjir Nenek 74 Tahun Berpaut Atas Pokok Manggis Lebih 18 Jam

Wan Terpaksa Menahan Sejuk Lapar Sepanjang Malam Banjir Nenek 74 Tahun Berpaut Atas Pokok Manggis Lebih 18 Jam

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 409 hits
RAUB 7 Jan Wan tak fikir apa kalau Wan mati hari ini harap yang baiklah untuk Wan Itu luahan Razmah Sarip yang terpaksa berpaut di atas sebatang pokok manggis lebih 18 jam bersama anak perempuannya selepas rumah mereka berhampiran Sungai Ke...
Pkp Kompaun Patah Balik Jika Tiada Surat Kebenaran Polis Kota Setar

Pkp Kompaun Patah Balik Jika Tiada Surat Kebenaran Polis Kota Setar

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 212 hits
Adie Sufian ZulkefliPemandu dan penumpang kenderaan dari kawasan dikenakan PKP yang tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri akan diarah berpatah balik dan dikenakan kompaun serta merta sebaik memasuki Plaza Tol Alor Setar Utara Astro ...
Penyamun Stesen Minyak Ditangkap Dalam Masa Tiga Jam

Penyamun Stesen Minyak Ditangkap Dalam Masa Tiga Jam

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 316 hits
Oleh MOHD RAFIE AZIMI TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutp seorang penyamun yang memasuki sebuah stesen minyak di Kubang Lembu Kubang Pasu hari ini KUBANG PASU Polis menyelesaikan kes samun di sebuah stesen minyak di Kubang Lembu deka...
Jika Dibiarkan Bayi Tidur Lama Tak Menyusu Lebih 3 6 Jam Dia Dah Terlepas 2 3 Sesi Penyusuan

Jika Dibiarkan Bayi Tidur Lama Tak Menyusu Lebih 3 6 Jam Dia Dah Terlepas 2 3 Sesi Penyusuan

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 357 hits
Bila pertama kali menerima cahaya mata pasti banyak persoalan yang bermain di minda mama terutama soal penyusuan Melihat bayi yang comel tidur dengan lena rasa kasihan pula nak kejutkan si manja untuk menyusu Ada yang menasihati agar jangan...
World Quranconvention 2025 Tumpu Isu Ekonomi Global Seru Kebangkitan Pemimpim Sinar Harian 26 05 2025

Check In Eastin Hotel Penang

Anwar Betrays Reform By Endorsing Appointments For Political Loyalty

Zaid Toys With Bold Rafizi As Macc Chief

Bahagia Cara Sendiri

Beli Pokok Ciku Mega Secara Online

Perjalanan Ke Utara Sebelah Pulau Di Penang

Cerai Fast Track Jimat Masa Kurang Tekanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kaki Bengkak Masa Mengandung Jangan Merungut Tak Cantik Tanda Ibu Normal Sihat

Biarkan Anak Warnai Dunia Mereka Rahsia Kebaikan Melukis

Pembuat Penjual Dan Terima Tempahan Tapai Pulut Di Skudai

Pembuat Penjual Tapai Terima Tempahan Tapai Pulut Di Larkin

Pembuat Penjual Tapai Terima Tempahan Tapai Pulut Di Masai

Wemastertrade Dijelaskan Pembiayaan Segera Vs Pakej Cabaran