Lebai Pembohong Dengan Dalil Kini Mursyidul Am Keluar Dalil


 
PAS memberikan sokongan penuh kepada Mas Ermieyati Samsudin untuk dilantik menjadi ketua menteri jika Perikatan Nasional membentuk kerajaan negeri, kata pemimpin tertinggi parti itu hari ini.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata ada sebab mengapa partinya memberikan dukungan kepada timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu walaupun mereka pernah menunjukkan sikap berbeza di Selangor pada 2014.
Bercakap kepada Malaysiakini, Hashim berkata, ada sebab mengapa PAS berpendirian begitu.
Katanya daripada semua calon yang diketengahkan oleh mana-mana parti untuk menjadi ketua menteri PAS mendapati poplariti mereka terlampau rendah.
“Maka kita lihat dalam kalangan calon-calon PN, Mas Ermieyati inilah yang ke hadapan berbanding calon lain.
“Disebabkan itu kita sokong cadangan untuk menjadikan Mas Ermieyati sebagai ketua menteri Melaka,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mas Ermieyati merupakan ahli parlimen Masjid Tanah yang dipertaruhkan PN untuk memenangi kerusi Tanjung Bidara. Bagaimanapun dia dijangka berdepan cabaran besar kerana berdepan dengan salah seorang pemimpin kanan Umno, Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf merupakan pengerusi Umno Melaka dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha kerja Umno Malaysia. Mas Ermieyati pula asalnya merupakan ahli parlimen Umno yang memenangi kerusi Masjid Tanah pada 2018 namun menyertai Bersatu kira-kira tujuh bulan selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pusat.
Pencalonan Mas Ermieyati itu diumumkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin semalam dalam majlis yang dihadiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Dominic Lau.
Untuk rekod, pada 2014, PAS berkeras menolak menyokong Presiden PKR ketika itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.
Cubaan PKR itu – yang dikenali sebagai Langkah Kajang – gagal selepas PAS tidak memberikan dukungan di sebalik posisi parti berkenaan menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor.
Lawan rasa tertekan
Mengulas lanjut, Hashim berkata situasi yang melibatkan Wan Azizah dengan Masa Ermieyati ini adalah berbeza sama sekali.
“Yang pertama, kita semua tahu Langkah Kajang dibuat untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid yang sudah memerintah (Selangor), sedangkan di Melaka ini kita tak ada ketua menteri yang rasmi,” katanya.
Disoal berhubung keutamaan kepimpinan PAS dalam soal integriti ekoran status Mas Ermieyati yang melompat parti sebelum ini, Hashim berkata suasana dalam PRN Melaka hari ini memerlukan parti itu menyokongnya.
“Kita cakap tentang integriti tetapi suasana yang wujud di Melaka pada hari ini memerlukan kita menyokong, itu bukan biasa tetapi suasana, teknik berpolitik dalam suasana yang ada di Melaka itu memerlukan kita menyokong Mas Ermieyati sebagai calon ketua menteri.
“Dan daripada pemerhatian kita apabila calon ini (Mas Ermieyati) diumumkan, keadaannya heboh. Pihak lawan pun rasa tertekan dengan pencalonnan Mas Ermieyati itu,” dakwanya.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Muhammad Tawfik Yaakub, menyifatkan tindakan PAS menyokong pencalonan Mas Ermieyati itu sebagai tidak elok untuk imej parti berkenaan.
“PAS tidak boleh mengubah atau mengalih isu itu semata-mata untuk mengabsahkan tindakannya.
“PAS kena realistik. Kalau PAS nak bercakap tentang calon wanita, kena dari awal kena konsisten tidak boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian parti atau hanya apabila ia memberi kelebihan kepada mereka.
“Bagi saya PAS tidak boleh begini, mereka kena konsisten dari awal. Kalau menolak, menolak daripada awal,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Muhammad Tawfik lagi dalam keadaan genting dan sukar di Melaka, PAS dilihat membuat perhitungan yang hanya merosakkan imej mereka, bahkan menyukarkan parti itu pada masa depan.
Dia bagaimanapun mengakui langkah PN mencalonkan Mas Ermieyati itu adalah sebagai salah satu strategi politik gabungan terbabit khususnya untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi wanita.
Muhammad Tawfik juga berpendapat calon berkenaan masih berdepan dengan isu tertentu seperti tindakannya meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu pada 2018.
“Saya rasa kalau Mas Ermieyati tak ada masalah itu, dia memang calon yang sesuai tetapi dia penuh dengan kontroversi dan saya lihat sokongan PAS itu sebenarnya merupakan usaha pada saat-saat akhir bagi menarik sokongan bukan sahaja penyokong parti tapi pengundi wanita,” tambah pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik Universiti Malaya itu lagi.
Jika PN berjaya menguasai majoriti kerusi dalam DUN Melaka dan Mas Ermieyati memenangi kerusi yang ditandinginya, dia akan menjadi wanita pertama dilantik sebagai ketua menteri.
Sebelum ini Umno-BN terlebih dahulu mengumumkan calon ketua menteri mereka iaitu Sulaiman Md Ali pada 8 Nov, diikuti Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Adly Zahari dua hari kemudian.
Kedua-dua mereka pernah berkhidmat sebagai ketua menteri sebelum ini
Secara keseluruhan ada lima DUN di bawah kawasan parlimen Masjid Tanah, iaitu Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu dan Taboh Naning.
Hari ini juga Malaysiakini mendapati ada pemidang yang dinaikkan bagi membantah pencalonan Mas Ermieyati sebagai ketua menteri. Pemidang itu – yang dinaikkan di kawasan Tangga Batu – didakwa menzahirkan pandangan PAS di kawasan tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/lebai-pembohong-dengan-dalil-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Muda Perlu Keluar Mengundi Bawa Perubahan

Anak Muda Perlu Keluar Mengundi Bawa Perubahan

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 310 hits
Peratusan keluar mengundi pada sebelah pagi yang rendah sedikit mengecewakan terutama kepada rakyat Melaka yang seharusnya membuat perubahan pada pilihan raya kali ini Menurut Naib Presiden KEADILAN Tian Chua yang meninjau di beberapa pusat...
Tak Lawak Pun Baik Keluar Je Saluran Youtube Sbs Respon Komen Kecam Song Jihyo

Tak Lawak Pun Baik Keluar Je Saluran Youtube Sbs Respon Komen Kecam Song Jihyo

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 229 hits
Susah kan bila ada sahaja yang mahu tinggalkan komen buruk pada mana mana selebriti tambahan artis Korea Terbaru SBS telah memuat naik satu video suntingan untuk episod Running Man yang lama ketika mereka bersaing dengan ahli Law Of The Jun...
Jangan On Off Nak Keluar Mesti Pakai Tips Ibu Ini Ajar 7 Anaknya Bertudung

Jangan On Off Nak Keluar Mesti Pakai Tips Ibu Ini Ajar 7 Anaknya Bertudung

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 250 hits
Menjadi tanggungjawab ibu bapa yang beragama Islam untuk mengajar anak anak perempuan menutup aurat Secara asasnya anak anak kecil masih belum tahu bahagian mana yang perlu ditutup atau mengapa perlu ditutup tetapi langkah mengajar anak mem...
Bn 20 Ph 5 Pn 2 Ph Mengaku Kalah Faktor Utama Peratus Keluar Mengundi Rendah

Bn 20 Ph 5 Pn 2 Ph Mengaku Kalah Faktor Utama Peratus Keluar Mengundi Rendah

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 224 hits
PH mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan dalam PRN kali ini Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata antara faktor utama kekalahan mereka adalah jumlah keluar mengundi yang rendah Dari awal kita sudah uar uarkan kep...
Dr Dzulkefly Seru Keluar Mengundi Harap Ph Dapat Semula Mandat Di Melaka

Dr Dzulkefly Seru Keluar Mengundi Harap Ph Dapat Semula Mandat Di Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 209 hits
SURI LAILAPengarah Strategi AMANAH Nasional Datuk Dr Dzulkefly Ahmad menyeru rakyat Melaka untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi hari ini Setakat tengahari tadi katanya jumlah pengundi yang keluar semakin rancak Beliau...
Anwar Perlu Letak Jawatan Atau Kami Keluar Ph Kata Seorang Adun Dap

Anwar Perlu Letak Jawatan Atau Kami Keluar Ph Kata Seorang Adun Dap

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 196 hits
agendaily com22 11 2021DAP dan Amanah mungkin akan menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang atau DAP perlu menimbang keluar daripada Pakatan Ha...
Keluar Mengundi Rendah Faktor Ph Kalah

Keluar Mengundi Rendah Faktor Ph Kalah

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 303 hits
Pakatan Harapan dijangka menang dalam Pilihan Raya Negeri Melaka sekiranya keluar mengundi setinggi 80 sebagaimana Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Bagaimanapun kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke faktor keluar mengundi hanya sekitar 65...
Keluar Mengundi Dm Paya Rumput Jaya 12 Tgh

Keluar Mengundi Dm Paya Rumput Jaya 12 Tgh

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 225 hits
Keluar mengundi DM Paya Rumput Jaya 12 tgh S1 172 350 49 S2 171 458 37 S3 156 458 34 S4 148 458 32 JUMLAH 647 1724 37 5 11 20 2 33 PM Bang Hashim Lipis Keluar mengundi DM Pekan Sg Udang 12 tgh S1 145 350 41 S2 163 421 38 S3 130 421 30 S4 11...
Kepala Dah Nak Keluar Terus Gelabah Issey Menggigil Tengok Isteri Di Labour Room

Kepala Dah Nak Keluar Terus Gelabah Issey Menggigil Tengok Isteri Di Labour Room

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 227 hits
Pengalaman pertama kali yang tidak mungkin dilupakan Begitu kata Issey berkongsi kisah menyambut kelahiran bayi sulungnya Faaeq Fathian yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu Menerusi Pa Ma E Workshop Urus Newborn Baby A Z yang berlangsung pagi ...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih