Anwar Perlu Letak Jawatan Atau Kami Keluar Ph Kata Seorang Adun Dap


agendaily.com22/11/2021
DAP dan Amanah mungkin akan menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang?
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang atau DAP perlu menimbang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) jika beliau enggan berundur, kata seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP.

ADUN Bilut (DAP), Lee Chin Chen menggesa supaya PH mencari pengganti baharu dan bukan bergantung semata-mata kepada Anwar yang dilihatnya gagal dalam memimpin blok pembangkang itu dengan baik selepas kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Izinkan saya menjelaskan hujah saya secara jelas terlebih dulu: Saya berharap Anwar akan melepaskan baton kepimpinan, berada di belakang kepimpinan dan membantu pengganti generasi baru mencapai tahap yang baru.

“Saya menyeru Anwar berundur sebagai Ketua Pembangkang supaya PH boleh memilih pengganti baru. Marilah kita meneroka hala tuju dan konsensus baru kita serta menentang konservatif agama dalam pakatan sayap kanan Melayu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Jika Anwar masih tidak mahu meletak jawatan, Chin Chen berkata sudah tiba masanya DAP keluar daripada gabungan tersebut dan mencari bentuk kerjasama dengan gabungan yang lain.

“Sekiranya tiada harapan untuk PH reset semula, kepimpinan DAP mesti mempertimbangkan untuk keluar daripada gabungan itu dan mencari kerjasama lain bagi memastikan negara mempunyai parti pembangkang yang setia mempertahankan kepelbagaian dan politik sekularisme.

“Sebelum ini, PH sudah lebih setahun taaasub dengan permainan angka. Jika kita gagal menghentikan ini selepas kekalahan pilihan raya Melaka dan mengkaji semula hala tuju kita, jika kita terus membanding-bandingkan diri kita secara membuta tuli dengan parti politik Melayu, kita akan hanya mengulangi kekalahan dalam pilihan raya Melaka,” katanya.

Ujarnya lagi, keputusan PRN Melaka adalah tamparan kepada PH.

PRN itu menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar dengan memenangi 21 kerusi dan memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PH hanya berjaya memenangi lima kerusi, manakala PKR tewas di semua kerusi ditandinginya.

Keputusan Anwar yang berdegil mahu meletak calon ‘katak berprinsip’ dalam PRN Melaka mendapat tentangan DAP namun beliau tidak menghiraukan dengan meneruskan juga rancangannya itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/anwar-perlu-letak-jawatan-atau-kami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Dap Desak Anwar Letak Jawatan Ini Jawapan Anwar Prn Melaka

Adun Dap Desak Anwar Letak Jawatan Ini Jawapan Anwar Prn Melaka

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 393 hits
dun DAP menggesa Anwar Ibrahim berundur sebagai ketua pembangkang berikutan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Melaka baru baru ini Menulis di Facebook Adun Bilut Lee Chin Chen berkata pakatan pembangkang perlu meneroka hala...
Nak Saya Letak Jawatan Boleh Teliti Tapi Jangan Angkuh Kata Anwar

Nak Saya Letak Jawatan Boleh Teliti Tapi Jangan Angkuh Kata Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 351 hits
freemalaysiatoday com November 23 2021 7 03 PMAnwar Ibrahim akan meneliti desakan supaya beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan BANGI Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sedia meneliti apa apa pandangan supaya meletak jawatan ...
Kalah Di Prn Melaka Adun Dap Pahang Gesa Anwar Berundur Sebagai Ketua Pembangkang

Kalah Di Prn Melaka Adun Dap Pahang Gesa Anwar Berundur Sebagai Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR Seorang Adun DAP menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur sebagai ketua pembangkang berikutan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Melaka baru baru ini Menulis di Facebook ADUN Bil...
Walaupun Keluar Warisan Mohamaddin Kekal Adun Segama Kata Speaker

Walaupun Keluar Warisan Mohamaddin Kekal Adun Segama Kata Speaker

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 272 hits
Speaker DUN Sabah Kadzim M Yahya berkata Mohamaddin Ketapi menegaskan tidak pernah meletak jawatan sebagai ADUN Segama dan tiada sebab untuk berbuat demikian KOTA KINABALU Speaker DUN Sabah Kadzim M Yahya berkata Mohamaddin Ketapi kekal seb...
Mustahil Anwar Letak Jawatan

Mustahil Anwar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 361 hits
Video player from Dailymotion Nak saya letak jawatan boleh teliti tapi jangan angkuh kata AnwarDuration 01 09 1 day agoKetua Pembangkang Anwar Ibrahim sedia meneliti apa apa pandangan supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan...
Desak Anwar Lepas Jawatan Pkr Beri Notis 24 Jam Kepada Adun Bilut Lee Chin Chen

Desak Anwar Lepas Jawatan Pkr Beri Notis 24 Jam Kepada Adun Bilut Lee Chin Chen

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 355 hits
KUANTAN Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh menyelar ADUN Bilut Lee Chin Chen Semalam Lee mendesak Anwar berundur setelah kekalahan PH dalam PRN Melaka dan menggesa pembangkang meneroka hala tuju dan konsensus baru sec...
Saranan Kepada Pemimpin Muda Celupar Daripada Desak Anwar Diganti Lebih Baik Gesa Dap Keluar Ph

Saranan Kepada Pemimpin Muda Celupar Daripada Desak Anwar Diganti Lebih Baik Gesa Dap Keluar Ph

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 295 hits
Walaupun pemimpin senior dan utama dalam DAP tetap setia dan cenderung untuk terus mempertahankan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH malangnya kedapatan pemimpin muda dalam parti itu yang bersikap sebaliknya Hanya kerana PH gagal dalam PRN M...
Wahai Adun Dap Bilut Hormati Anwar Ibrahim Presiden Kami Prn Me

Wahai Adun Dap Bilut Hormati Anwar Ibrahim Presiden Kami Prn Me

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 368 hits
Kenyataan ADUN daripada DAP yang menggesa agar Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tanggungjawab dengan berundur daripada menjadi Ketua Pembangkang akibat kekalahan dan kegagalan Pakatan Harapan dalam Pilihan raya Negeri Melaka telah mendapat...
Anwar Perlu Letak Jawatan Bertanggungjawab Atas Kekalahan

Anwar Perlu Letak Jawatan Bertanggungjawab Atas Kekalahan

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 476 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertanggungjawab di atas kekalahan PH dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dengan melepaskan jawatan sebagai pemimpin tertinggi gabungan parti itu Penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik...
Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Anniversary 01 Januari 2026

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Pertama Langkah Baru

Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Backdrop Printing Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah

Perancangan Strategik Nfdp Membentuk Hala Tuju Dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih Dan Kakitangan Teknikal