Lazada Slash Dan 11 11 Sales 2018 Kegembiraan Dibalas Penipuan


Tidak dapat disangkal lagi, gedung belian atas talian sudah menjadi sinonim dengan rakyat Malaysia. Pelbagai servis dan saluran gedung atas talian, tidak kira baru atau sudah lama bertapak di negara ini, kekal menjadi pilihan untuk membeli belah. Ini dirancakkan lagi dengan penyediaan aplikasi mudah alih pada telefon pintar oleh gedung-gedung ini yang membolehkan pengguna memilih dan memesan produk di atas talian pada bila-bila masa, dan di mana jua.
Lazada Malaysia kekal menjadi gedung atas talian yang utama di Malaysia. Menewaskan pencabar terdekat mereka Shopee dan pelbagai lagi gedung atas talian yang lain seperti Lelong, 11Street, Zalora dan lain-lain. Antaramuka yang senang digunakan dan juga pelbagai tawaran potongan harga mungkin menjadi tarikan utama pembeli untuk membeli di gedung mereka.
Menjelang jualan 11.11 mereka baru-baru ini, Lazada Malaysia telah mengadakan peraduan diskaun terhadap barangan yang terpilih. Pengguna perlu “slash” barangan yang mereka pilih dan berkongsi pautan “slash” mereka. Semakin ramai orang “slash” pautan mereka, semakin banyak potongan harga yang mereka perolehi. Buat mereka yang mempunyai ramai kawan atau pengikut, dengan mudah sahaja mereka berupaya menikmati potongan harga sehingga ribuan ringgit terhadap barangan yang berharga mahal.
Namun, langit tidak selalu cerah. Dengar guruh di langit tidak bermakna hari hendak hujan. Selepas kempen tamat, ramai pengguna Facebook telah melahirkan rasa tidak puas hati kerana potongan harga yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Ada yang pesanan mereka dibatalkan tanpa sebab. Ada yang mengalami kegagalan untuk membuat pembayaran lalu pesanan mereka dibatalkan secara automatik. Malahan, ada juga yang mendapat bayaran balik daripada Lazada tanpa mereka minta atas alasan pesanan mereka telah dibatalkan.
Sebagai sebuah gedung atas talian yang kekal menjadi gedung nombor 1, masalah ini tidak seharusnya berlaku. Ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebuah publisiti murahan dan menjijikkan daripada sebuah syarikat korporat besar yang tidak mahu mengeluarkan belanja untuk promosi (sekiranya “kemalangan” ini disengajakan).
Mengapa saya berkata sedemikian? Dalam kempen “slash” ini, pembeli akan berkongsi pautan ke Lazada untuk mendapat potongan harga. Rakan atau pengguna lain seterusnya akan melawat laman Lazada dan melihat senarai produk di Lazada. Di sini, Lazada sudah mendapat 2 aliran trafik di laman mereka dengan mudah. Bayangkan ribuan orang menyertai kempen ini dan setiap satu daripada mereka menjemput 10 orang pengguna lain? Berapa banyak trafik telah Lazada perolehi dengan mudah?
Apabila pengguna memperoleh potongan harga, Lazada kemudiannya membatalkan potongan harga tersebut dan cuma membayar jumlah kecil, yakni harga “selepas diskaun”. Sebagai contoh, katakan seorang pengguna berusaha dengan gigih untuk membeli sebuah telefon pintar berharga RM2200. Dengan 130 “slash” daripada rakan-rakannya yang lain, dia akhirnya berjaya membeli telefon tersebut dengan harga RM200. Pembayaran dibuat dan pengguna tersebut tersenyum dan puas dengan usahanya yang menbuahkan hasil. Namun, beberapa hari kemudian, Lazada telah menhantar emel permohonan maaf dan membuat pulangan wang sebanyak RM200 yang telah dibayar atas alasan pesanan dibatalkan. LAZADA TELAH MENDAPAT 130 PUBLISITI PERCUMA TANPA PERLU MENGELUARKAN 1 SEN PUN!
Perkongsian daripada pengguna di laman Facebook juga menyatakan perkara yang sama. Rata-rata pengunjung mengadu menerima nasib yang sama baik daripada tawaran kempen “slash”, tawaran baucer kupon, mahupun diskaun 11.11.
Samada masalah ini berpunca daripada Lazada Malaysia ataupun penjual sepatutnya bukan menjadi isu kepada pengguna kerana Lazada Malaysia sebagai penyedia servis seharusnya bertanggungjawab secara penuh dan bukannya meletakkan kesalahan dan masalah ke atas bahu pembeli. Sekiranya penjual bermasalah, Lazada Malaysia seharusnya membuang mereka daripada platform dan meminta mereka membuat gantian produk yang sama. Bukannya sekadar membuat gantian wang yang kecil. Lagipun, ini bukan pertama kali mereka menjalankan servis ini. Pengguna ke platform anda untuk membeli produk tersebut, bukannya untuk mendapat baucer maaf.
Antara perkongsian pengguna :







Setakat ini, tiada maklum balas rasmi daripada Lazada Malaysia. Amat mendukacitakan apabila masalah yang sama kerap berlaku setiap kali jualan murah dan juga kempen diskaun. Lebih memalukan apabila masalah ini menimpa sebahagian besar pengguna. Kempen dan taktik memualkan ini seharusnya dibendung dan mungkin perlu campur tangan daripada KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP) atas kesalahan penipuan dan manipulasi harga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/lazada-slash-dan-11-11-sales-2018-kegembiraan-dibalas-penipuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Entri Terbaik Oktober 2018

Entri Terbaik Oktober 2018

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 364 hits
Entri Terbaik Oktober 2018 Assalamualaikum Hai korang semua apa khabar harap semuanya sihat hendaknya Seperti biasa la bila masuk bulan baru rutin Cik Ash akan update entri terbaik dekat blog ni Baru sempat nak sharing dengan korang semua e...
Ilmu Baru Di Simposium Saham Syariah 2018

Ilmu Baru Di Simposium Saham Syariah 2018

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 485 hits
Tuan Haji Mohd Asri Ahmad mentor saham yang tidak asing lagi di Malaysia Aku mula mengenali beliau beberapa tahun sebelum mula berdagang dan melabur di pasaran Bursa Malaysia Setiap kali ada seminar yang dianjurkan oleh Ahmad Asri Academy a...
Bengkel Pengawas Pss Smkpz Semakan Stok Dan Pelupusan Buku 2018

Bengkel Pengawas Pss Smkpz Semakan Stok Dan Pelupusan Buku 2018

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 275 hits
BENGKEL PENGAWAS PSS SMKPZ SEMAKAN STOK DAN PELUPUSAN BUKU 2018 Tarikh 10 November 2018Masa 8 00 12 00 tghMentor En Mohd Loqmanul Hakim Peserta 40 Orang Pengawas PSSPengawas PSS dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut rakProses membua...
Koleksi Soalan Percubaan Fizik Spm 2018

Koleksi Soalan Percubaan Fizik Spm 2018

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 490 hits
Koleksi soalan percubaan Fizik SPM semua negeri Berikut adalah koleksi kertas soalan percubaan berserta skema jawapan untuk subjek Fizik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dari setiap negeri bagi tahun 2018 Selain soalan soalan percubaan ...
42 Scene Penampakan Cameo Stan Lee Dalam Filem Marvel 1989 2018

42 Scene Penampakan Cameo Stan Lee Dalam Filem Marvel 1989 2018

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 427 hits
Kalau anda penggemar filem dan watak superhero marvel pasti anda kenal dengan penciptanya Stan Lee Stan Lee diberi keistimewaan untuk muncul dalam salah sebagai watak cameo dalam satu scene adegan setiap kali filem Superhero Marvel dihasilk...
Sepanjang 2018 Pertamina Tutup 150 Pangkalan Lpg Nakal Di Solo Raya

Sepanjang 2018 Pertamina Tutup 150 Pangkalan Lpg Nakal Di Solo Raya

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 250 hits
Sepanjang tahun 2018 PT Pertamina telah menutup sebanyak 150 pangkalan Liquefied Petroleum Gas di wilayah Solo Raya Penutupan dilakukan karena berbagai alasan Selain alasan administrasi penyebab lainnya didominasi penyalahgunaan penyaluran
Gaji Disember Dibayar 18 Disember 2018

Gaji Disember Dibayar 18 Disember 2018

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 868 hits
Gaji Disember Dibayar 18 Disember 2018 Terdapat perubahan pembayaran gaji kakitangan awam seluruh negeri pada bulan Disember 2018 Pembayaran gaji pada bulan tersebut akan dibayar pada 18 Disember 2018 akan datang Kalau mengikut pembayaran g...
Majlis Makan Malam Dan Perpisahan Staf 2018

Majlis Makan Malam Dan Perpisahan Staf 2018

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 529 hits
Majlis Makan Malam Dan Perpisahan Staf 2018Tempat Phoenix Hotel Forest CityTarikh 09 November 2018Masa 7 15pm 11 30pmAnjuran Badan Ugama Kebajikan IKM Johor BahruTentatif program Annual Dinner 2018Sebelum majlis bermula staf dan keluarga be...
Majlis Jamuan Akhir Jabatan Elektrik Sesi Jul Dis 2018

Majlis Jamuan Akhir Jabatan Elektrik Sesi Jul Dis 2018

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 403 hits
Majlis Jamuan Akhir Jabatan Elektrik Sesi Jul Dis 2018Tempat Bangunan ElektrikTarikh 07 November 2018Masa 08 30am 2 00pmMajlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar pelajar semester akhir sesi Jul Dis 2018 jabatan elektrik IKM Johor Bahru Ma...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara