Lawatan Pm Anwar Ke Luar Negara Tarik Potensi Pelaburan Rm76 1 Bilion






 
Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion sehingga Mac ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.





Perdana Menteri berkata angka tersebut merupakan hasil kejayaan misi perdagangan dan pelaburan negara yang dilakukan di Australia, Jerman dan Perancis baru-baru ini.





Dalam laporan sebelum ini, negara ini berjaya mencatatkan potensi pelaburan baru sebanyak RM45.4 bilion hasil lawatan rasmi ke Berlin minggu lalu.





"Sambutan yang diberikan oleh negara-negara tersebut amat luar biasa dan ia adalah permulaan baharu bagi negara.





"Ini…(hasil) persiapan awal yang telah dilakukan oleh rakan-rakan kita di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Luar serta agensi kerajaan lain termasuklah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.





"Umpamanya cip komputer, kita sudah lihat ia mampu diiktiraf sebagai tarikan pelaburan pertama di Asia dan ini bukan perkara yang mudah," kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.





Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kejayaan itu merupakan hasil usaha kerajaan dalam menstabilkan politik dan mendapat kerjasama daripada penjawat awam serta matlamat dan dasar negara yang jelas.





"Kejelasan dalam dasar ekonomi kita (penting), yang akan membantu dan memberikan harapan baharu kepada kita," katanya.





Beliau berkata Jerman mempunyai ekonomi yang kukuh dan merupakan ekonomi kedua terbesar di Eropah.





"Sambutan yang diberikan kepada kita sebagai sebuah negara kecil amat membanggakan," katanya.





Bagaimanapun, beliau menekankan masih terdapat ruang untuk diperbaiki termasuklah dari segi kelulusan projek tidak dilewatkan.





"Kita juga bersyukur kerana majoriti penjawat awam masih mempunyai integriti dan mempunyai semangat untuk memperbaiki (mutu kerja).





"Kita perlu mengekalkan usaha sedemikian dan jika kita dapat meningkatkannya, saya fikir dalam tempoh dua atau tiga tahun, wajah Malaysia akan berubah," kata beliau.





Menyentuh laporan tahunan Bank Negara Malaysia yang dikeluarkan semalam, Anwar berkata angka pertumbuhan dan unjuran untuk tahun depan adalah positif dan meyakinkan.





"Asas ekonomi Malaysia terus kukuh dan tinjauan ekonomi bagi tahun 2024 adalah lebih baik berbanding 2023.





"Kita dapat mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2023 sebanyak 3.7% walaupun berdepan pelbagai asakkan dan kemeruapan ekonomi global.





"Bagi tahun ini, ekonomi kita dijangka bertambah kukuh dengan unjuran pertumbuhan antara empat dan lima peratus," kata beliau.





Anwar berkata antara faktor yang menyokong prestasi ekonomi lebih baik pada tahun ini termasuklah kadar pengangguran yang turun kepada paras 3.3% pada Januari 2024, iaitu kembali kepada paras prapandemik (2022: 3.7%).





Beliau berkata kadar inflasi rendah apabila turun kepada 1.6% pada suku keempat 2023 berbanding dua peratus pada suku ketiga tahun lepas.





Prestasi eksport turut menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada Januari tahun ini dengan peningkatan 8.7% selepas menguncup 10 bulan sebelumnya (Mac hingga Disember 2023).





Selain angka-angka positif makroekonomi, prospek pelaburan negara juga berada pada tahap yang amat baik.





"Pada 2023, kita meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM329.5 bilion iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah negara," kata beliau.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/lawatan-pm-anwar-ke-luar-negara-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potensi Pelaburan Rm24 5 Bilion Susulan Lawatan Australia Jerman

Potensi Pelaburan Rm24 5 Bilion Susulan Lawatan Australia Jerman

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 207 hits
Oleh Abdullah Zaid Kerajaan menjangkakan potensi pelaburan sebanyak RM24 5 bilion susulan lawatan Perdana Menteri ke Australia dan Jerman baru baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kunjungan rasmi ke Jerman selama enam h...
Pakej Berpantang Secara Tradisional Di Luar Negara Oleh Suraya Mothercare

Pakej Berpantang Secara Tradisional Di Luar Negara Oleh Suraya Mothercare

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 204 hits
Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare I Korang yang tengah mengandung tapi terpaksa keluar negara atas urusan urusan yang tak dapat nak dielakkan mesti risau bila dah bersalin nanti siapa pula nak jaga ma...
Berpantang Tradisional Di Luar Negara Pakej Oversea Suraya Mothercare

Berpantang Tradisional Di Luar Negara Pakej Oversea Suraya Mothercare

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 273 hits
Berpantang Tradisional di Luar Negara Pakej Oversea Suraya Mothercare Ummi ada berita baik untuk korang yang nak migrate ke luar negara terutamanya kepada ibu ibu mengandung Sekarang ni kan Suraya Mothercare ada menawarkan Pakej Overseas Su...
Pakej Berpantang Suraya Mothercare Di Oversea Rasai Pengalaman Terbaik Berpantang Tradisional Meskipun Di Luar Negara

Pakej Berpantang Suraya Mothercare Di Oversea Rasai Pengalaman Terbaik Berpantang Tradisional Meskipun Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 381 hits
PAKEJ BERPANTANG SURAYA MOTHERCARE DI OVERSEA RASAI PENGALAMAN TERBAIK BERPANTANG TRADISIONAL MESKIPUN DI LUAR NEGARA Proses berpantang merupakan salah satu perkara penting bagi ibu ibu yang baru saja melalui fasa melahirkan Untuk itu berpa...
Kenapa Mat Sabu Tidak Ada Dalam Delegasi Pm Ke Luar Negara

Kenapa Mat Sabu Tidak Ada Dalam Delegasi Pm Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 264 hits
MSOSejak pegang jawatan perdana menteri Anwar Ibrahim telah mengunjung hampir seluruh benua yang membabitkan lebih 49 buah negara Ada sesetengah negara beliau telah lawati lebih dari dua kali Lawatan itu semua dalam rangka kerja selain meng...
Memalukan Negara Jadi Liputan Negara Luar Karina Aespa Dikritik Netizen Dek Tulis Surat Permohonan Maaf

Memalukan Negara Jadi Liputan Negara Luar Karina Aespa Dikritik Netizen Dek Tulis Surat Permohonan Maaf

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 162 hits
Karina telah menjadi perhatian ramai selepas berita mengenai hubungan percintaannya bersama Lee Jae wook didedahkan oleh Dispatch ARTIKEL BERKAITAN Selepas berita mengenai hubungannya disahkan oleh agensi peminat aespa telah menghantar trak...
Sampai Bila Islam Akan Terus Dihina Di Negara Ini

Sampai Bila Islam Akan Terus Dihina Di Negara Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 198 hits
bharian com myMac 19 2024 8 44amSELEPAS satu kes muncul lagi kes penghinaan terhadap Islam di negara ini Kelihatannya jenayah penghinaan terhadap Islam di Malaysia tidak pernah padam Amat bimbang jika ia menjadi normalisasi Terbaru umat Isl...
Ruu Kekebalan Negara Dilulus Walaupun Kuasa Luas Pm Dipertikai Fmt

Ruu Kekebalan Negara Dilulus Walaupun Kuasa Luas Pm Dipertikai Fmt

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 150 hits
Takiyuddin Hassan berkata kuasa mengecualikan dan membuat peraturan harus dipegang oleh ketua negara seperti di negara lain RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 diluluskan dengan undi majoriti Dewan Rakyat selepas Azalina membentang...
Kerajaan Madani Mampu Pulihkan Ekonomi Negara Kamil Munim

Kerajaan Madani Mampu Pulihkan Ekonomi Negara Kamil Munim

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 156 hits
Oleh Abdullah Zaid Kerajaan Madani mampu untuk memulihkan ekonomi negara dalam tempoh beberapa tahun Menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim langkah kerajaan memperkenalkan pentadbiran cekap dan efisien sejak ...
Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Yang Kekal

Senarai Penaksir Risiko Bising Nra Di Sabah

Tips Sukses Membentuk Sales Pipeline Sesuai Perjalanan Prospek

Bunuh Pelajar Vokasional 2 Tertuduh Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan

Genap Setahun Pemergian Arwah Tok

Lirik Lagu Seribu Tahun Lagi Imran Ajmain Ost Seribu Tahun