Sampai Bila Islam Akan Terus Dihina Di Negara Ini


bharian.com.my
Mac 19, 2024 @ 8:44amSELEPAS satu kes, muncul lagi kes penghinaan terhadap Islam di negara ini. Kelihatannya, jenayah penghinaan terhadap Islam di Malaysia tidak pernah padam. Amat bimbang jika ia menjadi normalisasi. Terbaru umat Islam diuji dengan isu stoking tertera kalimah 'Allah' dijual di kedai serbaneka KK Mart.

Sukar untuk menerima alasan apa yang berlaku itu disebabkan terlepas pandang, tidak tahu, tiada maklumat dan sebagainya, lalu mengemukakan permohonan maaf serta kesal dengan apa berlaku, sambil berharap orang Islam boleh 'tutup buku'.

Bahkan, ada pula pihak, kumpulan dan parti memberi 'nasihat' kepada umum supaya jenayah penghinaan Islam ini tidak diperbesarkan, selain meminta menghentikan kempen boikot membeli barang di pasar raya berkenaan atas alasan tidak mahu negara menjadi mangsa.

Ia menunjukkan pihak berkenaan sebenarnya sedar dan gentar jika umat Islam melancarkan boikot sama ada secara senyap atau terang-terangan kerana terdapat bukti ada syarikat mengalami kerugian akibat diboikot kerana tidak menghormati sensitiviti orang Islam.

Dalam isu terbaharu ini, ia sepatutnya boleh dielakkan jika pengurusan syarikat kedai serbaneka terbabit cakna, peka dan sensitif terhadap produk hendak dijual. Agak janggal jika pihak pengurusan tidak sedar dengan ciri-ciri produk ditempah untuk dijual.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Syarikat KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai (kanan) dan pemilik syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Chin Huat menunjukkan bungkusan stoking ketika sidang media pada 16 Mac lalu mengenai isu stoking kalimah Allah di Menara KK di Bandar Tasik Selatan. - NSTP/Sadiq SaniMaka, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan terhadap syarikat terbabit atas dakwaan cuai sehingga menimbulkan kegelisahan awam khasnya umat Islam, apatah lagi ia membabitkan kes penghinaan terhadap Islam yang diangkat sebagai agama Persekutuan.

Pihak penguatkuasa perlu menyiasat kes terbaharu ini mengikut Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dikenakan hukuman maksimum supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang mahu bermain dengan isu 3R (agama, raja dan kaum).

Apa yang menjadi persoalan, sudah lebih 60 tahun Malaysia merdeka, rakyat sepatutnya sudah faham dan 'masak' sepenuhnya dengan cara hidup, sensitiviti agama antara kaum serta 'apa yang boleh dan tidak boleh' dibuat dalam negara masyarakat majmuk ini.

Dari sudut perundangan pula, apa yang berlaku ini menunjukkan tiada peruntukan jelas dan tegas terhadap pihak menghina agama Islam dalam Perlembagaan. Kesalahan menghina agama hanya boleh didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Undang-undang syariah pula hanya boleh menghukum, jika kesalahan itu dilakukan orang Islam yang menghina agama Islam sahaja, manakala bukan Islam terlepas. Justeru, undang-undang lebih tegas dan bersepadu perlu diwujudkan untuk menyekat jenayah penghinaan terhadap Islam dan agama lain daripada berlaku atau berulang demi menjamin keamanan serta kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan anutan agama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/sampai-bila-islam-akan-terus-dihina-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Berlaku Di Negara Umat Islam M Sia Komen Fadhil Shaari Ketpm

Ini Berlaku Di Negara Umat Islam M Sia Komen Fadhil Shaari Ketpm

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 251 hits
Tular wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan masjid buat laporan polisOleh Mac 17 2024 6 15pmGEORGETOWN Memang insiden itu berlaku di masjid ini beberapa hari lalu namun saya harap orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri Laporan pol...
Kafir Terus Menghina Islam

Kafir Terus Menghina Islam

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 283 hits
KALAU NAK KIRA SUDAH SAMPAI PUNCAKTAPI JENIS MELAYU ISLAM NI MEMANG SABAR SAMPAI TAHAP DAYUSMACAM MELAYU HILANG MARUAH ISLAM TAHAP TAK BERMARUAHYANG PEGANG KUASA DAN MARUAG AGAMAPUN DAH JADI BISUMELAYU NI BILA URUT BELAKANG TIDUR LA MEREKAB...
Pakej Berpantang Suraya Mothercare Di Oversea Rasai Pengalaman Terbaik Berpantang Tradisional Meskipun Di Luar Negara

Pakej Berpantang Suraya Mothercare Di Oversea Rasai Pengalaman Terbaik Berpantang Tradisional Meskipun Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 416 hits
PAKEJ BERPANTANG SURAYA MOTHERCARE DI OVERSEA RASAI PENGALAMAN TERBAIK BERPANTANG TRADISIONAL MESKIPUN DI LUAR NEGARA Proses berpantang merupakan salah satu perkara penting bagi ibu ibu yang baru saja melalui fasa melahirkan Untuk itu berpa...
Tangkap Penyamun Negara

Tangkap Penyamun Negara

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 291 hits
Zuwairi Md YusofSelain pemilik SPANCO ROBERT TAN HUA CHOON selaku BFF DAIM AKBAR KHAN adelah BFF DAIM yang rapat juga menyakau melalui CLOB suatu ketika dulu Dasyat mereka menyakau di bawah MADEY sekian lama Heret ja AKBAR ke MALAYSIA bicar...
Ruu Kekebalan Negara Dilulus Walaupun Kuasa Luas Pm Dipertikai Fmt

Ruu Kekebalan Negara Dilulus Walaupun Kuasa Luas Pm Dipertikai Fmt

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 161 hits
Takiyuddin Hassan berkata kuasa mengecualikan dan membuat peraturan harus dipegang oleh ketua negara seperti di negara lain RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 diluluskan dengan undi majoriti Dewan Rakyat selepas Azalina membentang...
Berpantang Tradisional Di Luar Negara Pakej Oversea Suraya Mothercare

Berpantang Tradisional Di Luar Negara Pakej Oversea Suraya Mothercare

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 307 hits
Berpantang Tradisional di Luar Negara Pakej Oversea Suraya Mothercare Ummi ada berita baik untuk korang yang nak migrate ke luar negara terutamanya kepada ibu ibu mengandung Sekarang ni kan Suraya Mothercare ada menawarkan Pakej Overseas Su...
Bank Negara Malaysian Economy To Grow By 4 5pc In 2024 On Better Domestic Demand External Recovery

Bank Negara Malaysian Economy To Grow By 4 5pc In 2024 On Better Domestic Demand External Recovery

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 328 hits
In its Economic and Monetary Review 2023 report the central bank said growth will be driven by resilient domestic expenditure with additional support from the expected recovery in exports Bernama picKUALA LUMPUR March 20 The Malaysian econo...
Gibran Pamer Oleh Oleh Dari Inggris Berbentuk Silinder Kerucut Bisa Dimasukkan Ke Tulang Ini Rahasia Negara

Gibran Pamer Oleh Oleh Dari Inggris Berbentuk Silinder Kerucut Bisa Dimasukkan Ke Tulang Ini Rahasia Negara

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 192 hits
Gibran mengatakan benda tersebut sangat bisa diproduksi di Indonesia Apalagi di Indonesia ada pasarnya bahan bakunya dan sumber daya manusianya
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Rose B Buai Aku Jaga Ia Sulu Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Everyman Tracker Build Pt 8 Pre Wiring Wrap Up