Potensi Pelaburan Rm24 5 Bilion Susulan Lawatan Australia Jerman




 
Oleh: Abdullah Zaid





Kerajaan menjangkakan potensi pelaburan sebanyak RM24.5 bilion susulan lawatan Perdana Menteri (PM) ke Australia dan Jerman baru-baru ini.





Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kunjungan rasmi ke Jerman selama enam hari sebelum ini berjaya menarik pelabur luar meliputi industri tenaga dan industri pembuatan termasuk semikonduktor, aeroangkasa, produk kimia, peranti perubatan dan sektor automotif.





"Antara syarikat-syarikat Jerman yang telah memberi komitmen untuk melabur di Malaysia termasuk Siemens Energy, Infineon





Technologies, Airbus, B-Braun, BMW, Nexperia dan Delo Chemical.





"Dari segi potensi eksport pula, potensi pembelian tambahan yang diperolehi hasil lawatan ke Jerman adalah berjumlah RM1.4 bilion daripada syarikat Airbus dan ia memberi suntikan yang memberangsangkan kepada jualan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia ke Jerman khususnya dalam sektor aeroangkasa bagi tempoh lima tahun akan datang," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.





Ahli Parlimen Tambun itu berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai nama syarikat-syarikat dari Australia dan Jerman yang akan melabur di Malaysia susulan lawatan di negara berkenaan.





Mengulas lanjut, untuk pelabur-pelabur Australia, Anwar berkata syarikat AirTrunk, NextDC, LaTrobe Magnesium, Kumpulan Arnott’s, dan Cochlear Ltd adalah antara yang memberi komitmen untuk melabur di Malaysia.





"Pelaburan-pelaburan ini merangkumi sektor pusat data, alat peranti perubatan, industri keluli dan pembuatan makanan.





"Ia juga dijangka membantu Malaysia dalam memperkukuhkan ekosistem dalam ekonomi digital dan tenaga boleh baharu serta mewujudkan sekurang-kurangnya 1,200 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi," ujarnya.





Jelas Perdana Menteri, Malaysia juga menjana potensi jualan eksport produk Malaysia ke Australia sebanyak RM962.1 juta bagi barangan kayu, baja, makanan dan minuman serta komponen elektrik susulan lawatan itu.
 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/potensi-pelaburan-rm245-bilion-susulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawatan Pm Anwar Ke Luar Negara Tarik Potensi Pelaburan Rm76 1 Bilion

Lawatan Pm Anwar Ke Luar Negara Tarik Potensi Pelaburan Rm76 1 Bilion

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 313 hits
Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76 1 bilion sehingga Mac ini kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri berkata angka tersebut merupakan hasil kejayaan misi perdagangan dan pelaburan negara yang dilakukan di ...
Lawatan Lima Hari Ke Jerman Pm Berjaya

Lawatan Lima Hari Ke Jerman Pm Berjaya

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 156 hits
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan lawatan kerja selama 5 hari ke Jerman hari ini dengan meraih kejayaan dalam hubungan perdagangan pertukaran teknologi dan dasar luar Menurut beliau lawatan ke Jerman telah menguku...
Menko Polhukam Akan Bentuk Tim Khusus Tangani Kasus Tppo Mahasiswa Modus Ferienjob Di Jerman

Menko Polhukam Akan Bentuk Tim Khusus Tangani Kasus Tppo Mahasiswa Modus Ferienjob Di Jerman

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 158 hits
Kasus TPPO berkedok program magang ke Jerman atau ferienjob diikuti ribuan mahasiswa dari 33 kampus
Nasib Mahasiswa Magang Ferienjob Diduga Korban Tppo Selama Di Jerman Mereka Dipekerjakan Jadi Kuli

Nasib Mahasiswa Magang Ferienjob Diduga Korban Tppo Selama Di Jerman Mereka Dipekerjakan Jadi Kuli

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 136 hits
Polri mengungkapkan pekerjaan para mahasiswa Indonesia korban dugaan tindak pidana perdagangan orang di Jerman
Respons Kampus Di Makassar Disebut Masuk Daftar Program Ferienjob Ke Jerman Yang Diduga Tppo

Respons Kampus Di Makassar Disebut Masuk Daftar Program Ferienjob Ke Jerman Yang Diduga Tppo

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 242 hits
Wakil Rektor I Bidang Akademik Unismuh Makassar Abd Rakhim Nanda membantah mengirimkan mahasiswa untuk mengikuti program kerja paruh waktu Ferienjob
Paydibs Neo Makes In Store Payments Way Easier

Stay Safe With Galaxy A Series Built In Protection You Can Trust

Mengejutkan Covid 19 Kembali Ke Malaysia Kematian Pertama Pada Tahun 2025

Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia

Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London

Resepi Nasi Lemak Sambal Bilis Mudah

Beli Dan Blah Di Uniqlo Seremban 2

Ayoasia Red Wing Bundle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Zikir Ketika Iktidal Dan Keutamaan

Kisah Saya Dengan Bank Rakyat

Paper Cup Double Wall Custom Pilihan Ideal Untuk Minuman Panas Sejuk

How Eu Laws Give Patients Better Protection For Cosmetic Surgery In Poland

Iran Lancar Peluru Berpandu Ke Pangkalan Tentera As Di Qatar

Fdm 3d Printing In Malaysia A Cost Effective Solution For Prototyping And Production