Ruu Kekebalan Negara Dilulus Walaupun Kuasa Luas Pm Dipertikai Fmt




Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, kuasa mengecualikan dan membuat peraturan harus dipegang oleh ketua negara, seperti di negara lain.




RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 diluluskan dengan undi majoriti Dewan Rakyat selepas Azalina membentangkannya untuk bacaan kali ketiga. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang hari ini membangkitkan kebimbangan berhubung fasal berkaitan peranan dan kuasa perdana menteri yang digariskan dalam Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.

Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan kuasa penting diberikan kepada perdana menteri, bukannya Yang di-Pertuan Agong, yang diperuntukkan dalam Fasal 32 dan 33 RUU tersebut.

“(Kedua-dua fasal ini) dengan jelasnya menyatakan bahawa kuasa mengecualikan (negara lain) dan juga kuasa membuat peraturan diberikan kepada perdana menteri, bukan perdana menteri dalam majlis kekebalan negara asing.

“Jadi dalam hal ini, saya merasakan bahawa ia agak berbeza dengan undang-undang di negara-negara lain yang terlebih awal dibuat daripada kita,” katanya dalam Dewan Rakyat selepas mencelah dalam ucapan penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Takiyuddin berkata, kuasa serupanya lazimnya dipegang oleh raja-raja atau ketua negara, memetik peruntukan dalam Akta Kekebalan Negara 1978 di United Kingdom dan Akta Kekebalan Negara Asing 1985 Australia.

“Jika bukan kuasa mutlak, kuasa yang sangat luas diberikan kepada perdana menteri. Sedangkan dalam undang-undang di negara lain, (kuasa) diberikan kepada Ratu, ataupun ‘governor-general’, dan juga presiden atau ketua negara,” katanya.

Ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua semalam, Azalina berkata, Fasal 30 memberikan kuasa kepada perdana menteri untuk membatalkan mana-mana atau semua kekebalan negara asing jika Malaysia tidak menerima kekebalan serupa bawah akta yang dicadangkan.

Katanya, Fasal 32 memberikan kuasa kepada perdana menteri untuk mengecualikan mana-mana negara asing daripada peruntukan khusus dalam akta itu, dengan kuasa mengenakan syarat atau sekatan yang perlu atau difikirkan sesuai.

Fasal 33 pula memberikan kuasa kepada perdana menteri untuk menggubal peraturan yang dianggap sesuai atau perlu untuk menguatkuasakan sepenuhnya atau mempertingkat pelaksanaan peruntukan akta itu, tambahnya.

Azalina juga berkata, akta yang dicadangkan itu memerlukan penubuhan sebuah majlis untuk membincangkan dan membuat keputusan mengenai perkara yang berkaitan dengan kekebalan negara asing.

Menjawab Takiyuddin, Azalina berkata, negara-negara yang disebut dalam contoh diberikan Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak mempunyai majlis seperti Malaysia.

“Majlis kita lebih daripada satu orang. Perlindungan yang kita beri lebih banyak daripada Canada, Australia dan juga UK, seperti yang YB sebut,” katanya.

Azalina juga berkata, isu berkenaan kekebalan di mahkamah Malaysia harus mempertimbangkan undang-undang tatacara yang ditetapkan, bukan bergantung kepada peruntukan perlembagaan semata-mata.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan undi majoriti selepas Azalina membentangkannya untuk bacaan kali ketiga.

 

RUU merangkumi 33 fasal itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada 9 Nov tahun lepas.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/ruu-kekebalan-negara-dilulus-walaupun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oligo Mara Bersama Pocket Rocketman Demi Harapan Emas Olimpik Negara

Oligo Mara Bersama Pocket Rocketman Demi Harapan Emas Olimpik Negara

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 288 hits
Hi Korang Oligo minuman malt coklat yang enak dan berkhasiat keluaran syarikat Power Root Berhad akan berganding bahu dengan jaguh berbasikal trek negara Dato Azizulhasni Awang untuk memacu impian pingat emas pertama Sukan Olimpik bagi Mala...
Membaca Tentang Simpanan Kewangan Negara Malaysia Bulan Februari Oleh Bank Negara Malaysia

Membaca Tentang Simpanan Kewangan Negara Malaysia Bulan Februari Oleh Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 287 hits
Cadangan antarabangsa terkini Bank Negara kembali ke trend menurun merosot sedikit sebanyak USD0 5b atau 0 5 sebulan ke paras terendah dua bulan sebanyak US 114 3b pada 29 Februari 2024 Jumlah ini mencukupi untuk membiayai 5 4 bulan impor b...
Syarikat Pembungkusan Dikesan Jual Minyak Masak Subsidi Ke Negara Jiran

Syarikat Pembungkusan Dikesan Jual Minyak Masak Subsidi Ke Negara Jiran

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 169 hits
BernamaPAPAR Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan serta merta lesen syarikat pembungkusan minyak masak paket bersubsidi yang didapati terlibat dalam aktiviti penyelewenga...
6 000 Guru Baharu Bakal Ditempatkan Di Seluruh Negara Bulan Depan

6 000 Guru Baharu Bakal Ditempatkan Di Seluruh Negara Bulan Depan

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 261 hits
Penempatan guru baharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kata ketua pengarah pendidikan KUCHING Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6 000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan Beliau berkata pen...
Ini Negara Perompak Catatan Khas Presiden Pas

Ini Negara Perompak Catatan Khas Presiden Pas

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 259 hits
Mohd Amar dalam sidang media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Bharu pada hari ini 4 Mac 2024 Kelantan temui Sultan setiap negeri perkasa syariahKOTA BHARU Kerajaan Kelantan akan mengadakan perj...
Memalukan Negara Jadi Liputan Negara Luar Karina Aespa Dikritik Netizen Dek Tulis Surat Permohonan Maaf

Memalukan Negara Jadi Liputan Negara Luar Karina Aespa Dikritik Netizen Dek Tulis Surat Permohonan Maaf

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 279 hits
Karina telah menjadi perhatian ramai selepas berita mengenai hubungan percintaannya bersama Lee Jae wook didedahkan oleh Dispatch ARTIKEL BERKAITAN Selepas berita mengenai hubungannya disahkan oleh agensi peminat aespa telah menghantar trak...
Kenapa Mat Sabu Tidak Ada Dalam Delegasi Pm Ke Luar Negara

Kenapa Mat Sabu Tidak Ada Dalam Delegasi Pm Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 359 hits
MSOSejak pegang jawatan perdana menteri Anwar Ibrahim telah mengunjung hampir seluruh benua yang membabitkan lebih 49 buah negara Ada sesetengah negara beliau telah lawati lebih dari dua kali Lawatan itu semua dalam rangka kerja selain meng...
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Market Trends To Shape Your Business

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

12 Maut Empat Hilang Jambatan Runtuh Di China Utusan Malaysia

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Apakah Pas Pasti