Kerajaan Madani Mampu Pulihkan Ekonomi Negara Kamil Munim






 
Oleh: Abdullah Zaid





Kerajaan Madani mampu untuk memulihkan ekonomi negara dalam tempoh beberapa tahun.





Menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, langkah kerajaan memperkenalkan pentadbiran cekap dan efisien sejak mengambilalih pentadbiran pada November 2022 lalu telah menunjukkan hasil apabila kedudukan fiskal negara semakin kukuh.





Bagaimanapun, katanya, langkah pemulihan ekonomi mengambil sedikit waktu kerana negara pada waktu ini menanggung beban hutang yang menggunung mencecah RM1.5 trilion.





"Kerajaan ini mewarisi banyak perkara yang perlu diperbetulkan. Oleh itu fokus kerajaan adalah untuk mengukuhkan semula kedudukan fiskal dan langkah penjimatan.





"Antaranya, perubahan dan penyasaran semula beberapa dasar dan inisiatif selain memastikan tadbir urus yang cekap dan amanah," katanya kepada Suara Keadilan.



Muhammad Kamil Abdul Munim





Jelas Kamil yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia itu, biarpun kerajaan berdepan cabaran ekonomi global namun prestasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang mengukuh memberi petunjuk baik kepada ekonomi negara.





Begitu juga halnya, kata beliau, nilai mata wang ringgit yang meningkat sepanjang minggu lalu menepati ramalan agensi kewangan akan mengukuh sepanjang 2024.





"Ringgit (semakin) mengukuh menepati jangkaan dan ramalan dari institusi kewangan dan pakar ekonomi dengan melihat kepada pengurusan dan dasar yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan disokong dengan permintaan ringgit yang bertambah.





"Ini satu tanda yang baik namun tidak bermaksud kita harus selesa. Banyak perkara dan hal yang perlu dibereskan," ujarnya lagi.





Minggu lalu ringgit mengukuh kepada RM4.69 pada 14 Mac berbanding RM4.74 untuk satu dolar Amerika Syarikat pada awal Mac.





Pengukuhan itu menepati fakta fundamental ekonomi Malaysia yang kuat berikutan kemasukan pelaburan langsung asing beratus bilion ringgit sepanjang 2023.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/kerajaan-madani-mampu-pulihkan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Mahu Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Pendatang Haram Yang Menjajah Ekonomi Negara

Rakyat Mahu Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Pendatang Haram Yang Menjajah Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 392 hits
Rakyat mahu tindakan tegas diambil terhadap pendatang asing usaha kebun haramIlah Hafiz Azizillahhafiz abdulaziz bh com myKUALA LUMPUR Aktiviti pendatang asing yang dipercayai semakin berleluasa mengusahakan kebun sayur secara haram dengan ...
10 000 Rumah Mampu Milik Residensi Madani Wilayah Dibina Di Putrajaya

10 000 Rumah Mampu Milik Residensi Madani Wilayah Dibina Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 254 hits
Kerajaan akan membangunkan 10 000 unit kediaman mampu milik Residensi MADANI dan Residensi Wilayah di Putrajaya bermula tahun ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa berkata kediaman berharga di bawah RM300 000 untuk golong...
Kau Dakwa Kerajaan Madani Gagal Tapi Negeri Kau Tadbir Mana Duit Yang Kau Dapat Dari Royalti Kau Yang Gagal Sebenarnya

Kau Dakwa Kerajaan Madani Gagal Tapi Negeri Kau Tadbir Mana Duit Yang Kau Dapat Dari Royalti Kau Yang Gagal Sebenarnya

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 332 hits
Bekas pensyarah yang juga MB Terengganu kata Kerajaan Madani fail baik objektif dan subjektif Itu adalah penilaian beliau kepada sebuah kerajaan yang belum cukup sepenggal Saya ulangi belum cukup sepenggal Mari kita lihat kejayaan Terenggan...
Usah Busukkan Nama Kerajaan Madani

Usah Busukkan Nama Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 248 hits
SESUDAH SUBUHAnwar dan Farhah jangan tunjuk saja BEKAS setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim yang kini dilihat menyepikan diri dari politik dan menumpukan kedunia perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dilaporkan tidak seronok den...
Laung Madani Tapi Tak Ikut Nabi Hadi Bidas Kerajaan

Laung Madani Tapi Tak Ikut Nabi Hadi Bidas Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 246 hits
freemalaysiatoday com 06 Mar 2024 2 20pmPresiden PAS berkata cadangan penghapusan pencen penjawat awam dilihat bukan pendekatan yang Madani Abdul Hadi Awang menggesa pemerintah berlaku adil kepada semua rakyat tidak kira di pihak pembangkan...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Gen Z Didn T Miss The Boat They Re Building A New One

Subang Jaya Appoints Itmax Unit As Parking Operator For 10 Years

Tanco And N Sembilan State Gov T Further Refine Ties To Accelerate Port Dickson Free Zone Dev T


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

T20l24 Kedah Tagih Pengalaman Khairul Azman

Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam Video

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap

Bila Rasa Kita Saja Yang Betul

Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus