Lawatan Ke Rumah P Ramlee Di Pulau Pinang



Jika anda bersiar-siar di Pulau Pinang dan mahu memenuhkan aktiviti percutian anda, saya kira Rumah P. Ramlee antara salah satu destinasi yang harus anda kunjungi. Sekurangnya anda dapat mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah hidup seniman yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini.
Latar belakang rumah P. Ramlee P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. Beliau dikenali sebagai pelakon, pengarah filem, pemuzik dan komposer yang mencipta kegemilangan bukan sahaja di Malaysia, sebaliknya turut di Brunei, Indonesia, Hong Kong dan Jepun.
Rumah P. Ramlee ini pula adalah sisa peninggalan sejarah yang mengambarkan tentang tempat kelahiran bintang terkenal ini suatu ketika dahulu. Dibina sekitar tahun 1926, teratak ini didirikan oleh ayahanda beliau Teuku Nyah Puteh Teuku Karim bersama bapa saudaranya Rejab Hussain.
Ini adalah tempat seniman ini berteduh sebelum beliau mengikut bapanya untuk berpindah di kuaters kakitangan Majlis Pembandaran Pulau Pinang di Kampung Jawa. Walaupun tidak tinggal disini lagi, P. Ramlee sering menziarahi nenekanda beliau yang mendiami rumah ini selepas mereka.
Menurut catatan sejarah, rumah ini pernah diperbaiki beberapa kali sekitar pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kali keduanya pada tahun 1948 oleh Rejab Hussain. Walaupun baik pulih dilakukan, bapa saudaranya itu tidak sedikit pun mengubah rekaan asal rumah ini.
Kini, rumah ini dipelihara oleh Arkib Negara Malaysia dan diwartakan sejak 13 Disember 1991 sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Pulau mutiara. 
Suasana di rumah kelahiran dan galeri P. Ramlee Bergambar di pintu masuk Perkarangan rumah kelahiran dan galeri P. Ramlee ini dibagikan kepada 3 kawasan untuk dilawati. Yang pertama sudah semestinya rumah P. Ramlee yang menjadi kawasan tumpuan kami, keduanya galeri dan ketiga auditorium.
Memandangkan auditorium tutup disebab tiada acara yang berlangsung pada hari kejadian, maka kami ambil kesempatan ini untuk melawat ruangan galeri dan rumah P. Ramlee sahaja.
Ruangan galeri Galeri ini bertempat bersebelahan sahaja dengan rumah P. Ramlee. Galeri yang diuruskan oleh Arkib Negara Malaysia ini mempamerkan pelbagai barangan, maklumat dan gambar-gambar yang berkaitan dengan seniman ini.
Ini termasuklah poster-poster, karikator dan majalah berkaitan beliau, gambar-gambar, barangan peribadi, sejarah hidup dari kecil sehinggalah akhir hayatnya.
Pintu masuk ke galeri Sempat bergambar dengan motor Vespa Poster filem lakonan beliau Gambar di era persekolahan Nota musik lagu “Di mana kan ku cari ganti” Kotak filem Majalah dan karikatur berkaitan P. Ramlee Gambar P. Ramlee dan Saloma Sejarah awal penglibatan karier Rumah P. Ramlee Selesai pusing-pusing melihat sejarah kehidupan seniman tanah air kita di galeri, seterusnya kami melawat pula rumah tempat kelahiran beliau. Rumah P. Ramlee ini terletak bersebelahan sahaja dengan galeri. Bak kata orang, sekangkang kera sahaja.
Di pintu masuk rumah P. Ramlee Pandangan daripada sisi Ruangan dapur kayu Gambar beliau di ruang tamu Bergambar di tingkap Bergambar beramai-ramai di hadapan rumah Soalan Lazim Berapa bayaran yang dikenakan di Rumah P. Ramlee? Tiada bayaran yang dikenakan. Ianya percuma.
Bagaimana dengan waktu operasi? Isnin – Tutup
Selasa – 9:00AM-5:30PM
Jumaat – 9:00AM-12:00PM / 3:00PM – 5:30PM
Dimanakah letaknya rumah P. Ramlee ini? Lot 2180, Jalan P. Ramlee,
10450, Pulau Pinang.
Kesimpulan Selesai sudah lawatan kami ke galeri dan rumah P. Ramlee melihat susur sejarah seniman terulung itu daripada zaman kanak-kanak sehingga ke zaman kegemilangan beliau. Semuanya disusun cantik di galeri oleh pihak Arkib Negara Malaysia untuk tatapan umum. 
Bercerita tentang rumah P. Ramlee pula, saya ada juga melihat gambar lama rumah tersebut di internet. Sejujurnya saya tidak menyangka rekaan rumah pameran ini masih lagi sama keasliannya.
Baca juga: Lawatan bersejarah ke Muzium Diraja dan Tugu Negara
Susunan barangan yang baik juga menerujakan saya kerana saya bukan sahaja belajar tentang kehidupan seniman ini, sebaliknya budaya dan kehidupan masyarakat satu ketika dahulu. Kehidupan dizaman guna dapur kayu dan berumah kecil.
Akhir kata, buat mereka yang sedang bercuti di Pulau Pinang dan menyukai edutourism, jangan lupa singgah sebentar di rumah P. Ramlee. Masa yang anda perlukan tidak lama pun.
The post Lawatan ke Rumah P. Ramlee di Pulau Pinang appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/rumah-p-ramlee-di-pulau-pinang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Kak Wok Bandar Perda Pulau Pinang

Nasi Kak Wok Bandar Perda Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 428 hits
Restoran Nasi Kak WokPilihan Untuk korang nak makan tengahari di area bandar Perda Pulau Pinang ni korang boleh la cuba nasi Kak Wok ni Rasai kelainan dan keunikan nasi kak wok Biasa korang makan nasi campur kan waktu lunch Korang boleh pil...
Sarapan Pagi Roti Canai Transfer Road Pulau Pinang

Sarapan Pagi Roti Canai Transfer Road Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 573 hits
Gerai roti canai transfer roadGerai roti canai transfer roadSalah satu port best sarapan pagi di Pulau Pinang makan roti canai transfer road Aku dah pernah buat posting dah sebenarnya pasal roti canai transfer road ni Tapi kali aku nak post...
Perlis Kedah Serta Pulau Pinang Pula Dijangka Hujan Lebat

Perlis Kedah Serta Pulau Pinang Pula Dijangka Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 209 hits
Perlis Kedah serta Pulau Pinang pula dijangka hujan lebat Selepas menamatkan amaran hujan berterusan di sebelah Pantai Barat Semenanjung semalam kini amaran hujan lebat pula bakal berlaku di sebelah Utara tanah air bermula pagi esok Jabatan...
Beratur Panjang Di Pulau Pinang

Beratur Panjang Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 188 hits
Beratur panjang di Pulau Pinang GEORGE TOWN Beberapa kedai makanan popular di bandar raya ini diserbu pelancong yang mengambil kesempatan cuti Hari Krismas dan hujung minggu hari ini Tinjauan Kosmo mendapati kedai kedai nasi kandar cendol d...
Pulau Pinang Jadikan Pengalaman Tsunami 2004 Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pahang

Pulau Pinang Jadikan Pengalaman Tsunami 2004 Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pahang

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 227 hits
Oleh MOHD ALI HASHIM December 26 2021Berbekalkan pengalaman Pulau Pinang berhadapan dengan banjir besar pada November 2017 serta penglibatan dalam misi bantuan bencana banjir di Pantai Timur pada 2014 kerajaan negeri terus bertindak pantas ...
Lelaki Tinggal Myvi Sebelum Jatuh Jambatan Pulau Pinang

Lelaki Tinggal Myvi Sebelum Jatuh Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 232 hits
WARTA RAKYAT SEORANG lelaki berusia 58 tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 4 0 dekat Perai hari ini Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri pihaknya menerima laporan ber...
75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir

75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 291 hits
Oleh SAFINA RAMLI CHOW KON YEOWGEORGETOWN Kesemua 35 Pasukan Bomba Sukarela di Pulau Pinang berada dalam keadaan siap siaga yang mana 75 peratus daripada anggotanya kini berada di Selangor dan Pahang bagi meringankan beban yang ditanggung m...
Intel Tambah Pelaburan Lebih Rm30 Billion Di Pulau Pinang

Intel Tambah Pelaburan Lebih Rm30 Billion Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Intel Corporation pengeluar cip terbesar dunia mengumumkan pelaburan lebih RM30 bilion untuk pengembangan selanjutnya kemudahannya di Malaysia bagi tempoh 10 tahun akan datang Ketua Pegawai Eksekutif Intel Corporation Patrick G...
Makan Nasi Kandar Restoran Pelita Gelugor Pulau Pinang

Makan Nasi Kandar Restoran Pelita Gelugor Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 410 hits
Restoran Pelita Nasi KandarGambar dari pakcik google Restoran Pelita Nasi KandarRestoran nasi kandar Pelita di Gelugor ni antara cawangan Restoran Pelita yang terdapat di Pulau Pinang ni Ada banyak cawangan diorang ni Kebanyakkannya aku dah...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga