Intel Tambah Pelaburan Lebih Rm30 Billion Di Pulau Pinang



KUALA LUMPUR: Intel Corporation, pengeluar cip terbesar dunia mengumumkan pelaburan lebih RM30 bilion untuk pengembangan selanjutnya kemudahannya di Malaysia bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Intel Corporation, Patrick Gelsinger, berkata pelaburan itu membabitkan pengembangan kemudahannya di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.
Beliau berkata, pengembangan yang akan dilaksanakan termasuk kemudahan pemasangan ujian serta pembuatan pembungkusan maju baharunya.
"Malaysia adalah lokasi penting dan akan terus menjadi lokasi penting bagi Intel. Pelaburan baharu ini berjumlah lebih RM30 bilion ini dijangka mewujudkan lebih 4,000 pekerjaan baharu Intel dan lebih 5,000 pekerjaan pembinaan.
"Pelaburan ini juga akan menyokong pengeluaran pembungkusan maju Intel yang dijangka akan mula beroperasi menjelang 2024," katanya pada majlis pengumuman pelaburan tambahan Intel yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman.

Beliau berkata, pelaburannya di Malaysia itu juga akan membangunkan ekosistem yang kaya dalam keseluruhan pembangunan keupayaan pasaran Malaysia.
Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, pelaburan lebih RM30 bilion oleh Intel Corporation itu adalah sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), yang akan memastikan Malaysia berada di barisan hadapan dalam semikonduktor.
Beliau berkata, pelaburan besar itu juga akan memanfaatkan Malaysia dalam menjana peluang pekerjaan kepada rakyat, yang mana ia adalah pekerjaan yang berkualiti.
Katanya, pelaburan itu juga akan mengukuhkan lagi peranan negara ini sebagai kawasan utama dalam rangkaian pengeluaran global pengeluar cip terbesar dunia itu.
"Malaysia juga akan terus menyokong dasar holistik pertumbuhan kukuh dan mampan untuk memastikan perkembangan dalam memupuk teknologi hijau, ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat," katanya.
Pada separuh pertama 2021, sektor elektrik dan elektronik (E&E) mencatatkan RM47.1 bilion dalam pelaburan yang diluluskan, peningkatan ketara berbanding RM5.0 bilion dalam tempoh yang sama pada 2020.
Pelaburan asing menerajui pelaburan yang diluluskan dalam industri itu, mewakili hampir 98 peratus atau RM46.0 bilion.
Projek yang diluluskan itu dijangka menjana lebih 9,700 pekerjaan baharu, termasuk jawatan mahir untuk jurutera, pakar pengawal kualiti dan juruteknik berkemahiran tinggi ~ BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/12/intel-tambah-pelaburan-lebih-rm30.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Intel Investment Of More Than Rm30 Billion Underscores The Long Term Strategic Association With Malaysia

Intel Investment Of More Than Rm30 Billion Underscores The Long Term Strategic Association With Malaysia

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 254 hits
Intel Corporation one of the world s largest chip manufacturers today announced its investment of more than RM30 billion for its Malaysia facility This investment underscores the long term strategic association of a 50 year heritage of manu...
Hiburan Ingin Bercuti Di Pulau Pinang Ini 5 Destinasi Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

Hiburan Ingin Bercuti Di Pulau Pinang Ini 5 Destinasi Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 431 hits
Pulau Pinang menjadi salah satu destinasi utama pelancongan domestik pada musim cuti ini kerana ramai orang yang masih risau untuk melancong ke luar negara lebih lebih lagi dengan kemunculan varian baharu virus Covid 19 6 jam laluBerkabus D...
Senarai Instrumen Dan Teknik Pelaburan Tambah Pendapatan

Senarai Instrumen Dan Teknik Pelaburan Tambah Pendapatan

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 204 hits
Jenis Pelaburan yang Boleh Digunakan Ramai yang berseloroh bilalah duit akan beranak Cakap cakap sebegini sekadar bergurau untuk memiliki wang secara lebih Instrumen Pelaburan PopularIa sebenarnya bukanlah sekadar frasa kata kerana zaman se...
Experience Penang Banyak Tempat Menarik Di Pulau Pinang Boleh Dikunjungi

Experience Penang Banyak Tempat Menarik Di Pulau Pinang Boleh Dikunjungi

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 505 hits
hai assalammualaikum Experience Penang Banyak Tempat Menarik Di Pulau Pinang Boleh Dikunjungi Bila dah boleh melancong banyak destinasi yang nak dituju untuk merehatkan diri selepas lama duduk berkurung di rumah Salah satu destinasi pelanco...
Perlis Kedah Serta Pulau Pinang Pula Dijangka Hujan Lebat

Perlis Kedah Serta Pulau Pinang Pula Dijangka Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 208 hits
Perlis Kedah serta Pulau Pinang pula dijangka hujan lebat Selepas menamatkan amaran hujan berterusan di sebelah Pantai Barat Semenanjung semalam kini amaran hujan lebat pula bakal berlaku di sebelah Utara tanah air bermula pagi esok Jabatan...
Sarapan Pagi Roti Canai Transfer Road Pulau Pinang

Sarapan Pagi Roti Canai Transfer Road Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 572 hits
Gerai roti canai transfer roadGerai roti canai transfer roadSalah satu port best sarapan pagi di Pulau Pinang makan roti canai transfer road Aku dah pernah buat posting dah sebenarnya pasal roti canai transfer road ni Tapi kali aku nak post...
Flora Di The Habitat Bukit Bendera Pulau Pinang

Flora Di The Habitat Bukit Bendera Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 368 hits
The Habitat merupakan taman hutan yang terletak di Bukit Bendera Pulau Pinang Bila masuk hutan saya suka memerhati alam sekeliling Saya suka merakam gambar flora dan fauna satu terapi bagi diri saya Cuma fauna agak susah nak dirakam sebab j...
Makan Nasi Kandar Restoran Pelita Gelugor Pulau Pinang

Makan Nasi Kandar Restoran Pelita Gelugor Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 410 hits
Restoran Pelita Nasi KandarGambar dari pakcik google Restoran Pelita Nasi KandarRestoran nasi kandar Pelita di Gelugor ni antara cawangan Restoran Pelita yang terdapat di Pulau Pinang ni Ada banyak cawangan diorang ni Kebanyakkannya aku dah...
Pulau Pinang Bentang Belanjawan Defisit

Pulau Pinang Bentang Belanjawan Defisit

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 228 hits
Chow Kon Yeow bentang belanjawan 2020 di DUN Pulau Pinang hari ini GEORGE TOWN Kerajaan Negeri Pulau Pinang membentangkan perbelanjaan berjumlah RM935 22 juta bagi Belanjawan 2022 Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata peruntukan mengurus t...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa