Lawak Antrabangsa Kahwin Cerai Umno Dengan Bersatu


 
UMNO secara rasmi telah membuat keputusan tidak akan bersama dengan Bersatu untuk menghadapi PRU15 akan datang serta secara rasmi dan bertulis juga memaklumkan perkara tersebut kepada Muhyiddin Yassin.
Ia dimaklumkan melalui surat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kepada Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu, Pengerusi PH dan Perdana Menteri pada 26 Februari lalu.
Begitu pun, UMNO berpendapat, kebersamaan mereka dalam kerajaan PN boleh diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.
Dengan pendirian ini bermakna, UMNO ingin terus berada dalam rumah kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan dan selepas itu akan bertanding sebagai pembangkang melawan Bersatu dan PN dalam PRU15.
Sesungguhnya inilah pertama kali dalam sejarah negara, barangkali juga dalam dunia, ada parti yang melafazkan talak untuk berpisah tetapi menangguhkan keluar rumah buat sementara sehingga Parlimen dibubarkan.
Sehingga Parlimen tidak dibubarkan, UMNO akan terus duduk serumah, makan bersama dan tidur sekatil dengan Bersatu yang telah dicerai tetapi ditangguhkan perlaksanaan cerainya itu.
Kalau UMNO dan Bersatu ibarat suami isteri, tentulah caca marba kehidupan yang bakal dilalui.
Mereka duduk serumah, tetapi telah memaklumkan akan bercerai pada suatu masa yang belum diketahui, namun sementara itu terus tinggal serumah, makan dan tidur bersama lagi. Tidak mustahil hubungan kelamin juga berjalan seperti biasa.
Anak-anak, saudara-mara serta jiran tetangga pasti turut pening kepala sama dibuatnya.
Selepas Parlimen dibubar nanti, sama ada UMNO terus bersendirian atau akan bertemu jodoh dengan pasangan lain tidak juga dapat dipastikan lagi.
Dalam norma kehidupan biasa, sesuai dengan tindakan UMNO yang telah memaklumkan mahu berpisah itu dan Bersatu sebagai orang yang mempunyai kuasa, namun diberitahu akan ditinggalkan, ia biasanya tentulah boleh berbuat sesuatu yang munasabah demi maruah serta harga dirinya.
Tetapi, nampaknya tidak begitu yang terjadi.
Dalam mesyuarat MPT Bersatu semalam yang diadakan sebagai susulan ketetapan UMNO mahu berpisah itu, keputusan yang diambil ialah sekadar memandang serius tindakan UMNO itu.
Dalam waktu yang sama, Bersatu memaklumkan akan terus mempererat hubungan dengan parti gabungan dalam PN iaitu PAS, STAR, SAPP dan Gerakan.
Tidak disebut sama sekali tindakan mahu mengakhiri hubungan atau sebarang tindakan akan diambil terhadap UMNO.
Kesimpulannya, sama seperti UMNO yang mahu berpisah dengan Bersatu, tetapi enggan keluar rumah PN sehingga Parlimen dibubarkan, Bersatu juga tidak berani memutuskan hubungan atau menyuruh UMNO keluar daripada PN.
Setidak-tidaknya, bagi Bersatu yang telah dimaklumkan akan dicerai itu serta dengan kuasa yang dimilikinya, ia akan berkata kepada UMNO, kalau benar mahu berpisah, kenapa tidak keluar rumah saja daripada sekarang?
Mengapa perlu duduk lagi di rumah PN ini kalau benar mahu berpisah?
Atau, boleh saja Bersatu bertindak menghalau UMNO daripada terus duduk di rumah PN kerana keberadaannya boleh saja mendatangkan bahaya seperti mungkin membawa lari beras atau apa-apa perabot apabila sampai ketika ia mahu keluar rumah nanti.
Entahlah, boleh pening kita dibuatnya dengan hubungan UMNO dengan Bersatu ini yang boleh dikategorikan macam lawak antarabangsa saja layaknya hubungan “sumbang mahram” mereka.
Agaknya inilah “perkahwinan” norma baru yang tidak pernah tergambar sebelum ini, sama seperti tidak tergambarnya kita bagaimana seorang yang tiada lagi majoriti, tapi terus tak malu mengaku ada sokongan besar sebagai Perdana Menteri. (Shahbudindotcom 05/03/2021)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/lawak-antrabangsa-kahwin-cerai-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Anggap Keputusan Umno Mahu Minta Cerai Menjelang Pru 15 Beri Implikasi Besar

Bersatu Anggap Keputusan Umno Mahu Minta Cerai Menjelang Pru 15 Beri Implikasi Besar

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 370 hits
PUTRAJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia berpendirian keputusan UMNO yang mahu minta cerai menjelang PRU 15i memberi implikasi besar terhadap kerjasama antara kedua dua parti itu pada masa hadapan Justeru Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri...
Umno Minta Cerai Bersatu Mesyuarat Petang Ini

Umno Minta Cerai Bersatu Mesyuarat Petang Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 272 hits
Malaysiakini Bersatu akan membincangkan hubungannya dengan Umno petang ini maklum Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin Katanya kedudukan Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional akan turut dibincangkan Ini selepas Umno menghantar surat me...
Umno Perlu Bersatu Tiada Lagi Perpecahan

Umno Perlu Bersatu Tiada Lagi Perpecahan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 324 hits
bharian comOleh Februari 24 2021 11 32pmDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto fail NSTPKUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta agar bangsa Melayu dan Bumiputera bersatu dan mengelakkan perpecahan Ingin saya teka...
Tok Mat Umno S Stance On Bersatu Cooperation Has Always Been Consistent

Tok Mat Umno S Stance On Bersatu Cooperation Has Always Been Consistent

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 310 hits
SEREMBAN Umno has been consistent that it will only work with Parti Pribumi Bersatu Malaysia until the next polls says party deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan He said Umno only agreed to be part of Perikatan to form the Federal gove...
In Ge15 Break Up With Bersatu Can Umno S Partners Mca Mic Survive And Stay Relevant To Voters

In Ge15 Break Up With Bersatu Can Umno S Partners Mca Mic Survive And Stay Relevant To Voters

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 240 hits
A man walks by a Barisan Nasional flag during the Chini by election in Pekan June 25 2020 Bernama picSubscribe to our channel for the latest updates on news you need to know KUALA LUMPUR March 9 Umno s decision to stay in the Perikatan Nasi...
Umno Nafi Laporan Mkt Tolak Kerjasama Bersatu Pn

Umno Nafi Laporan Mkt Tolak Kerjasama Bersatu Pn

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 267 hits
UMNO menafikan laporan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu menolak kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Perikatan Nasional pada pillihan raya umum akan datang Jabatan Komunikasi Strategik Penerangan UMNO berk...
Walau Umno Berpatah Arang Dengan Bersatu Pas Ajak Dukung Pn Sampai Habis Pru15

Walau Umno Berpatah Arang Dengan Bersatu Pas Ajak Dukung Pn Sampai Habis Pru15

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 365 hits
FAZLI RADZIWalaupun Umno sudah berkerat rotan berpatah arang dengan Bersatu dan hanya meneruskan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional sehingga pembubaran Parlimen Pas menasihati agar mereka bermuafakat Timbalan Presiden Pas Datuk S...
Pru 15 Bersama Bersatu Menang Bercerai Umno Kembali Bekuasa

Pru 15 Bersama Bersatu Menang Bercerai Umno Kembali Bekuasa

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 275 hits
BAHA M ISAPersaingan antara Umno dan Bersatu telah memasuki episod baharu apabila kedua dua parti itu seolah olah telah memateri pendirian masing masing berhubung isu kerjasama pada pilihan raya umum akan datang Umno sah tidak akan bekerjas...
Umno Denies Reports On Cooperation With Bersatu Pn

Umno Denies Reports On Cooperation With Bersatu Pn

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 229 hits
Umno has denied reports that the party will not work with Bersatu and the coalition of the Perikatan Nasional in the 15th general election which went viral on social media Its strategic communications department said that any statement on U...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone