Lauk Simple Siakap Lemak Cili Api Dengan Sambal Kacang Buncis Suhun
Lauk Simple Siakap Lemak Cili Api Dengan Kacang Buncis Suhun. Lauk kegemaran kami adalah menu berasaskan ikan terutamanya ikan siakap. Setiap kali pergi pasar mesti beli 2 ekor ikan siakap. Banyak menu boleh dimasak dengan ikan siakap antaranya asam pedas, lemak cili api, goreng kunyit, sup ikan dan banyak lagi. So, kerja jadi mudah bila dapat beli ikan yang boleh dipelbagaikan menunya, terutama menu lauk pauk kampung la.
Lauk Simple Siakap Lemak Cili Api Dengan Sambal Kacang Buncis Sohon
Untuk resepi ikan siakap masak lemak cili api, anda boleh. klik pada resepinya,,
Resepi Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api
Resepi Buncis Masak Sambal Dengan Suhun
Bahan-bahan:
1 bungkus buncis - hiris pendek2 bungkus kecil suhun - rendam dalam air2 sudu makan cili boh1 biji bawang merah - hiris1 ulas bawang putih - hiris1 biji telurSedikit Gula, jika sukaPerencah Maggi Secukup Rasa, secukupnya1 sudu makan sos tiram
Cara-caranya:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau
2. Masukkan cili boh dan kacau rata hingga naik minyak
3. Masukkan kacang buncis dan biarkan seketika hingga masak
4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika. Perisakan dengan Secukup Rasa Maggi, sos tiram dan gula, jika suka
5. Pecahkan telur dan gaulkan
6. Akhir sekali, masukkan suhon dan gaul rata. Jika terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air
7. Siap untuk dihidangkan
Untuk siakap lemak cili api, saya guna bahan simple je sebab ikan siakap tu saya dah goreng awal-awal supaya tak hancur bila di masak berkuah nanti.
Menu lauk kampung macam ni pun dah membuka selera, makan lebih sepinggan dibuatnya. Walau pun pedas hingga menitik keringat di dahi, tetap nak bertambah juga. Hehe..
Yang selalu suka memuji masakan saya adalah anak bongsu tu. Kut dia manja dengan saya, itu lah sebabnya asyik ringan mulut memuji. Alhamdulillah..
Korang cubalah resepi buncis masak sambal sama dengan suhun tu. Sedap tau. Boleh ratah gitu je buat ganti junk food.. Hehe
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kisahresepi.com/2023/03/lauk-simple-siakap-lemak-cili-api.html