Latihan Pestapora Malaysia 2025 Meriahkan Bukit Jalil Dengan Irama Kesatuan Nostalgia


KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2025 – Stadium Nasional Bukit Jalil bergema dengan laungan peminat muzik dari segenap pelusuk Malaysia dan juga Indonesia sempena “Latihan Pestapora Malaysia 2025”, acara festival muzik mega anjuran bersama syarikat penganjur terkemuka, Hitman Solutions dan Boss Creator yang berlangsung semalam.
Membawa konsep “latihan” menjelang edisi utama Pestapora Jakarta 2025 yang bakal berlangsung pada 5 – 7 September, acara ini mencipta sejarah tersendiri sebagai platform kolaborasi dua hala antara artis Malaysia dan Indonesia. Dengan lebih 25 persembahan secara langsung di dua pentas berbeza, festival ini mencerminkan kepelbagaian genre muzik serantau yang kini semakin mendapat tempat di peringkat global.
Sheila On 7 – Kemunculan Yang Dinanti Sekian Lama
Detik paling mencuri tumpuan kpastinya kemunculan semula Sheila On 7, yang membuat kemunculan sulung di Malaysia selepas lebih sedekad. Ribuan peminat menyanyikan lagu bersama dari awal hingga akhir persembahan dengan penuh emosi dan tenaga.

Kumpulan asal Yogyakarta ini mempersembahkan rangkaian lagu ikonik mereka seperti Dan, Melompat Lebih Tinggi, Sephia, Kita, Sahabat Sejati dan banyak lagi. 
Sorakan bergema sebaik intro lagu pertama dimainkan, membuktikan kesetiaan peminat Malaysia terhadap Sheila On 7 masih lagi utuh.
Barisan Artis & Persembahan Bertaraf Festival Serantau
Latihan Pestapora Malaysia 2025 menampilkan gabungan artis Malaysia dan Indonesia yang mewakili pelbagai genre seperti pop, rock, hip-hop, indie dan dangdut, menjadikan festival ini sebagai ruang ekspresi paling inklusif dan pelbagai.
Lebih 25 persembahan diadakan di dua pentas utama – “Main Stage” dan “Hingar Bingar” oleh: .Feast, Hindia, Nadin Amizah, Barasuara X Efek Rumah Kaca, Bittersweet, Bunkface, Dolla, Pamungkas, Feel Koplo, Kunto Aji, Salammusik, Sheila on 7, Alvn, Aziz Harun, DJ CZA, Dukes, Elva Suyan, Fahimi, Empty Page, Gaston Pong, Ismail Izzani, Julia Duclos, Killa Driz, Lil J, Naki, Sonaone dan Yonnyboii.

Komitmen Penganjur
Menurut En. Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions, kejayaan acara ini adalah bukti bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah kepada festival antarabangsa berskala besar:
“Merealisasikan Latihan Pestapora di Malaysia adalah satu pencapaian besar. Ia bukan sahaja kejayaan produksi, tetapi juga simbol kejayaan budaya. Kami membawa satu IP (harta intelek) festival antarabangsa ke Malaysia dan berjaya membuka ruang untuk penonton tempatan dan luar negara menikmati pengalaman ini di tanah air sendiri.”
Tambah beliau, meskipun pelbagai cabaran timbul, terutamanya menyelaras keperluan lebih 25 artis tempatan dan antarabangsa, semuanya dapat diatasi hasil kerjasama erat seluruh pasukan dan rakan strategik.
Sementara itu, En. Kiki Ucup, Pengarah Festival Pestapora & Pengasas Bersama Boss Creator pula menyifatkan festival ini sebagai satu pergerakan budaya yang penting:
“Kami melihat sendiri bagaimana peminat dari Malaysia terbang ke Jakarta saban tahun untuk menyertai Pestapora. Kini tiba masanya kami bawa ‘latihan’ ke sini agar rakyat Malaysia juga dapat merasai magisnya. Ini lebih daripada sekadar konsert, ia adalah pengalaman membina komuniti dan semangat serantau.”

Uniknya Latihan Pestapora Malaysia 2025: Vibe Serantau, Rasa Lokal
Walaupun mengekalkan semangat dan konsep asal Pestapora Jakarta, edisi Malaysia ini membawa kelainan tersendiri dengan platform untuk mengetengahkan bakat baharu dan alternatif tempatan, vendor makanan tempatan yang menonjolkan citarasa Malaysia, serta aktiviti interaktif dan ruang bergambar yang sesuai untuk semua lapisan umur. 
Menuju Festival Tahunan Di Malaysia?
Melihat kepada sambutan luar biasa dan maklum balas positif daripada peminat serta media, penganjur menyatakan hasrat menjadikan Latihan Pestapora Malaysia sebagai acara tahunan.
“Kami yakin ini hanyalah permulaan. Dengan sokongan luar biasa, kami bersemangat untuk memperluas skala penganjuran dan membuka lebih banyak peluang kolaborasi seni rentas negara,” jelas En. Rohit Rampal.
Latihan Pestapora Malaysia 2025 bukan sekadar festival, tetapi satu gerakan budaya yang menyatukan muzik, semangat dan jiwa dua negara serumpun. Dengan kehadiran ribuan peminat, festival ini membuktikan bahawa Malaysia bersedia menjadi pusat tumpuan baharu festival muzik serantau.
Terima kasih buat sokongan dari Era FM, Era Sarawak, Era Sabah, Hitz FM, Sinar FM, Mix FM, THR Gegar dan Syok (Radio Rasmi), Lobak Merah, World of Buzz (Rakan Media), Tapau (Rakan Strategik), Batik Air dan Book Cabin (Rakan Travel), Sunway Putra Hotel (Hotel Rasmi), D’Mart Travel Tour (Pengangkutan Rasmi) dan di sokong oleh Universal Music Malaysia dan Tourism Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian +6012-2655783 atau emel ke [email protected].
The post Latihan Pestapora Malaysia 2025 Meriahkan Bukit Jalil Dengan Irama, Kesatuan & Nostalgia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/30/latihan-pestapora-malaysia-2025-meriahkan-bukit-jalil-dengan-irama-kesatuan-nostalgia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 271 hits
A hard hitting five minute short film that shows the Sabah state government under a critical lens won first place at the 2025 Young Creator Fellowship programme yesterday The film by 19 year old Duncan Cheng Kai Guan from Sabah clinched the...
Sri Pahang Tidak Sertai Liga Malaysia Musim 2025 26 Titik Permulaan Fokus Pembangunan Akar Umbi

Sri Pahang Tidak Sertai Liga Malaysia Musim 2025 26 Titik Permulaan Fokus Pembangunan Akar Umbi

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 131 hits
KUANTAN Keputusan Sri Pahang FC untuk tidak menyertai saingan Liga Malaysia musim 2025 26 wajar dijadikan titik permulaan kepada usaha memperkukuh pembangunan akar umbi bola sepak negeri itu bagi mengasah bakat pemain tempatan Sultan Pahang...
Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sabah

Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sabah

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 217 hits
Sabah Are You Ready Karnival KPDN Kempen Beli Barangan Malaysia Kini Kembali Haa Berita baik buat orang Sabah Karnival paling happening anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bakal singgah ke negeri di bawah bayu Ka...
Nikmati Fesyen Dan Kopi Premium Moccona Kembali Meriahkan Klfw 2025 Sebagai Penaja Rasmi

Nikmati Fesyen Dan Kopi Premium Moccona Kembali Meriahkan Klfw 2025 Sebagai Penaja Rasmi

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 152 hits
Kembali untuk tahun keempat berturut turut sebagai Penaja Rasmi Kopi bagi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 MOCCONA mengundang para pencinta fesyen dan penggemar kopi untuk menghayati dunia yang menyatukan gaya dan semangat di mana setiap but...
Senarai Syarikat Semiconductor Industri Malaysia 2025

Senarai Syarikat Semiconductor Industri Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 142 hits
Senarai Syarikat Semiconductor industri Malaysia 2025 merujuk kepada perkembangan terkini syarikat syarikat utama dalam industri semikonduktor di Malaysia yang kini menjadi nadi ekonomi teknologi negara Pada tahun 2025 Malaysia terus mencat...
Aktiviti Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza Ppim 16 07 2025

Aktiviti Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza Ppim 16 07 2025

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 197 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk GAZA anjuran Yayasan Amal Malaysia di WP Hotel Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur
Pos Malaysia Run 2025 Gears Up With Rm10k Prizes And New Corporate Relay

Pos Malaysia Run 2025 Gears Up With Rm10k Prizes And New Corporate Relay

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 178 hits
Pos Malaysia Run 2025 RM10K in Prizes Corporate Relay Debuts at Stadium Merdeka Pos Malaysia Run 2025 is officially making its comeback and it s bigger greener and packed with prizes Scheduled for 22 November 2025 at the iconic Stadium Merd...
Malaysia S Durian Exports Surge 256pc In Five Years Set To Hit Rm1 5b In 2025 Says Mat Sabu

Malaysia S Durian Exports Surge 256pc In Five Years Set To Hit Rm1 5b In 2025 Says Mat Sabu

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 169 hits
Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu holds up a Musang King durian during a visit to a durian stall at the 2025 Durian Festival in Gua Musang July 26 2025 Bernama picGUA MUSANG July 26 The Ministry of Agriculture a...
Duta Riang Villa Vila Dengan Konsep Tradisional Melayu Dan Rustik

The Decline Of Malaysian Hockey

Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian Dan Pocky Ondeh Ondeh Edisi Terhad

Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia

Lirik Doa Mudah Urusan Ustaz Bazli Unic

It S Finally Confirmed That Huawei Pura 80 Series Is Powered By Their Strongest Chipset Kirin 9020


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Sambal Belacan Sedap Dan Tahan Lama

Kotak Packaging Barang Kemas Custom Eksklusif Elegan Tingkatkan Nilai Produk Anda

Buah Ceri

How To Spot Genuine Free Money Offers In The Casino World

Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion

Sukan Sea Pekak 2025 Pelari Pecut Negara Sapu Bersih Acara 100m Berita Harian