Nikmati Fesyen Dan Kopi Premium Moccona Kembali Meriahkan Klfw 2025 Sebagai Penaja Rasmi


Kembali untuk tahun keempat berturut-turut sebagai Penaja Rasmi Kopi bagi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 (KLFW25), MOCCONA mengundang para pencinta fesyen dan penggemar kopi untuk menghayati dunia yang menyatukan gaya dan semangat, di mana setiap butiran direka khas untuk menyemarakkan detik penuh pesona.
Bakal berlangsung dari 4 hingga 10 Ogos 2025 di Esplanade KLCC Park, KLFW25 membuka lembaran baharu buat MOCCONA dengan menggabungkan budaya kopi premium dengan keindahan seni fesyen Malaysia. Tahun ini, MOCCONA memperkukuh penghargaan terhadap ekspresi diri yang autentik, daripada cara kita berfesyen hinggalah cara kita menikmati kopi.
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, MOCCONA akan menaja segmen pertunjukan fesyen dua pereka inovatif tanah air – Joshua Fitton (Atelier Fitton) dan Ezzati Amira – bagi menampilkan koleksi yang menghidupkan keanggunan dan keabadian gaya yang menjadi identiti MOCCONA. Kolaborasi ini menjadi sorotan istimewa dalam dunia fesyen tempatan, sekali gus meraikan para pencinta kopi yang menghargai seni dalam pelbagai bentuk. Bertemakan “Love the World You Have Created”, MOCCONA kekal memperjuangkan semangat cinta diri, kejelasan niat, dan keindahan dalam menikmati setiap detik kehidupan.
“KLFW merupakan kerjasama yang penting bagi MOCCONA kerana ia memberi peluang untuk kami berhubung secara langsung dengan pengguna Malaysia yang paling kreatif dan berpengaruh dari segi cita rasa,” kata Fiona Tan, Pengurus Besar JDE Malaysia, pemilik jenama MOCCONA.
“Sepanjang tiga tahun ini, kami melihat bagaimana pengunjung Minggu Fesyen benar-benar menghargai kualiti dan kreativiti—dua nilai teras yang turut membentuk identiti MOCCONA. Kolaborasi kami bersama Joshua dan Ezzati membolehkan kami menampilkan MOCCONA menerusi perspektif yang segar dan kreatif, sambil menghidupkan tema “Love The World You 
Have Created” melalui sentuhan rekaan mereka yang unik, di mana setiap satu meraikan ekspresi diri dan detik-detik penting yang membentuk identiti mereka hari ini.”
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan meraikan niat yang tulus dan ekspresi diri, MOCCONA mempersembahkan A Creative’s Choice Exhibition—sebuah pameran visual yang menampilkan karya fotografi yang mencuri tumpuan daripada tokoh-tokoh inspirasi seperti Nazifi Nasri dan Nina Khalil, yang menzahirkan identiti mereka melalui gaya tersendiri. Berlangsung selama tujuh hari di Suria KLCC, pameran ini mengundang orang ramai untuk menyelami kisah di sebalik setiap potret, sejajar dengan tema utama MOCCONA, Love The World You Have Created, sebagai satu penghormatan kepada perjalanan peribadi yang diraikan dengan keyakinan, semangat, dan kenikmatan secawan kopi yang sempurna.
Istimewa untuk kolaborasi tahun ini, MOCCONA turut memperkenalkan Cloud Bag edisi khas hasil kerjasama dengan KLFW25. Direka untuk mencerminkan gabungan fesyen dan daya tarikan, Cloud Bag MOCCONA x KLFW25 melengkapkan pengalaman jenama buat pencinta kopi yang mementingkan gaya – membawa sentuhan dunia peragaan ke dalam kehidupan seharian. Tersedia sebagai hadiah eksklusif dengan setiap pembelian produk MOCCONA melebihi RM45, selagi stok masih ada.
https://www.instagram.com/p/DMZaB5-BD65/?utm_source=ig_web_copy_link
Sepanjang KLFW25, para pengunjung juga boleh singgah di MOCCONA Coffee Bar untuk menikmati pengalaman cita rasa yang memikat – menampilkan mocktail istimewa dan bancuhan kopi daripada rangkaian paling digemari: Number 5 (Classic Medium Roast), Number 8 (Classic Dark Roast) dan Number 10 (Espresso Style). Daripada yang berani sehinggalah yang lebih halus dan beraroma, setiap bancuhan menawarkan cita rasa yang sepadan dengan setiap gaya dan personaliti.
Untuk maklumat lanjut tentang MOCCONA dan kerjasamanya dengan KLFW25, sila layari:
Laman Web: www.moccona.my
Facebook: https://www.facebook.com/MocconaMalaysia                                        
Instagram: https://www.instagram.com/mocconamalaysia/
The post Nikmati Fesyen dan Kopi Premium, Moccona Kembali Meriahkan KLFW 2025 Sebagai Penaja Rasmi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/30/nikmati-fesyen-dan-kopi-premium-moccona-kembali-meriahkan-klfw-2025-sebagai-penaja-rasmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inggris Kembali Juara Piala Eropa Wanita 2025 Kalahkan Spanyol Lewat Drama Adu Penalti

Inggris Kembali Juara Piala Eropa Wanita 2025 Kalahkan Spanyol Lewat Drama Adu Penalti

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 297 hits
Ikuti analisis dan berita bola terkini dari Eksklusif di LigaKampung com Basel Swiss Timnas Putri Inggris sukses mempertahankan gelar juara Piala Eropa Wanita 2025 setelah mengalahkan Spanyol melalui adu penalti dalam partai final yang mene...
Pos Malaysia Run 2025 Kembali Jom Laju For Fun Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir Rm10 000

Pos Malaysia Run 2025 Kembali Jom Laju For Fun Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir Rm10 000

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 988 hits
Assalammualaikum semua Sebagai penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional serta pemegang mandat tunggal perkhidmatan pos sejagat di Malaysia Pos Malaysia Berhad terus komited mendekati rakyat melalui inisiatif yang memupuk gaya hidup ...
Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 810 hits
A hard hitting five minute short film that shows the Sabah state government under a critical lens won first place at the 2025 Young Creator Fellowship programme yesterday The film by 19 year old Duncan Cheng Kai Guan from Sabah clinched the...
Latihan Pestapora Malaysia 2025 Meriahkan Bukit Jalil Dengan Irama Kesatuan Nostalgia

Latihan Pestapora Malaysia 2025 Meriahkan Bukit Jalil Dengan Irama Kesatuan Nostalgia

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR 27 JULAI 2025 Stadium Nasional Bukit Jalil bergema dengan laungan peminat muzik dari segenap pelusuk Malaysia dan juga Indonesia sempena Latihan Pestapora Malaysia 2025 acara festival muzik mega anjuran bersama syarikat penganj...
Suria Klcc Dan Sofia Iman Buka Tirai Klfw 2025 Dengan Interpretasi Elegan Warisan Malaysia

Suria Klcc Dan Sofia Iman Buka Tirai Klfw 2025 Dengan Interpretasi Elegan Warisan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 821 hits
Assalammualaikum semua Minggu Fesyen Kuala Lumpur telah membuka tirai sejak 4 Ogos 2025 dan bakal menutup tirai pada 10 Ogos 2025 Acara pembukaan Kuala Lumpur Fashion Week 2025 berlangsung penuh bergaya pada 4 Ogos lalu menerusi kolaborasi ...
Amanilife Lantik Mirnawan Nawawi Sebagai Duta Rasmi Gel Amani

Amanilife Lantik Mirnawan Nawawi Sebagai Duta Rasmi Gel Amani

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 230 hits
Amanilife memperkukuh jenama dan strategi pemasarannya dengan mengumumkan pelantikan legenda hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi 53 sebagai duta rasmi bagi produk Gel Amani Duta rasmi Gel Amani Mirnawan yang sinonim dengan gelaran The Boss da...
Endo Terharu Kembali Ke Yokohama Sebagai Bintang Liverpool

Endo Terharu Kembali Ke Yokohama Sebagai Bintang Liverpool

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 223 hits
Endo terharu kembali ke Yokohama sebagai bintang Liverpool ENDO memulakan karier profesionalnya bersama Shonan Bellmare di Hiratsuka FOTO Reuters Tokyo Pemain tengah Jepun Wataru Endo menyifatkan peluang beraksi bersama Liverpool di tanah a...
Isyarat Dagangan Emas Untuk 21 25 Julai 2025 Jual Di Bawah 3 359

Isyarat Dagangan Emas Untuk 21 25 Julai 2025 Jual Di Bawah 3 359

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 257 hits
Pada awal sesi Eropah emas didagangkan sekitar 3 353 menghampiri zon rintangan kukuh yang terletak berhampiran paras 6 8 Murray pada 3 359 Emas mungkin menghadapi kesukaran untuk menembusi paras 3 360 memandangkan zon ini memberikan rintang...
Anwar Should Donate Rm1 Mil Of His Rm11 Mil Personal Wealth To Gaza

Inquest Zara Qairina Landed On Her Feet Says Pathologist

Wabak Di Indonesia Dan Nepal Boleh Merebak Ke Malaysia

Doa Perjalanan Pulang Dalam Hujan

Johari Ghani Tegas Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Untuk Melayu Sahaja

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Kg Sg Baru Redevelopment Must Be For Malays Only Johari

Pengusiran Dan Perobohan Rumah Kampung Sungai Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Ade Govinda Menamakanmu Cinta

Malaysia Super League Round 6 Jdt Lwn Penang Fc 11 September 2025

Sambutan Hari Merdeka Di Sekolah Si Bongsu 11 September 2025

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Rendang Daging Menggunakan Pes Rendang Azie Kitchen