Latih Diri Supaya Selesa Buat Perubahan Dengan Cabar Diri Buat 3 Perkara Baru Ini




‘How To Think’ merupakan antara buku awal berkenaan cara menggunakan otak yang saya beli dan baca.
Punca kenapa saya pergi cari buku itu adalah lanjutan dari amalan membaca tafsir Al-Quran, Al-Azhar tulisan Hamka selama bertahun-tahun, sejak mula membeli keseluruhan jilid kitab tersebut.
Oleh sebab banyak kali jumpa ayat yang mengajak manusia supaya berfikir, saya mula tertanya-tanya, 'macam mana nak berfikir?'.
Apa sebenarnya yang dikatakan 'aktiviti berfikir'?
Bukankah saya sentiasa berfikir. Itu pertanyaan yang bermain dalam kepala saya.
Fikir nak makan apa, nak buat apa, nak tulis apa, nak kerja apa, nak cakap apa?
Tapi kenapa Al-Quran sering ulang ayat menyuruh manusia berfikir. Ia seolah-olah kebanyakan dan kebiasaannya, manusia tidak berfikir.
Dipendekkan cerita, maka pergilah saya mencari buku di kedai, lalu terjumpa buku tu. 
Saya beli dan baca. Ternyata sangat membantu dan sedikitpun tidak rugi.
Penulis yang tulis buku itu berhadapan dengan persoalan yang sama. Tak ada sesiapa yang ajar cara untuk berfikir dengan betul sejak dia kecil sampai masuk ke universiti. Itu yang mendorong dan memberikan idea bagi menulis berkenaan "berfikir".
Bagaimana otak buat kerjaOleh kerana yang buat aktiviti fikir adalah otak, maka perlu tahu terlebih dahulu peranan dan selok belok otak bertindak dalam aktiviti berfikir.
Dari buku tersebut, baru saya tahu rupa-rupanya, ‘arahan asal’ otak atau dalam bahasa inggeris di panggil ‘default value’, untuk otak buat dalam sebarang keadaan adalah memastikan penggunaan tenaga adalah yang paling rendah.
Kerja berfikir sangat banyak menggunakan tenaga. Sebab itu otak sentiasa mengelak dari melakukan aktiviti berfikir.
Antara muslihat yang otak pakai untuk pastikan anda tidak berfikir adalah dengan menjadikan diri berada dalam keadaan berkhayal.
Macam yang selalu berlaku ketika anda bawa kereta nak ke satu destinasi tapi tersasar. Sebab leka tak beluk simpang hasil dari berkhayal tak tahu apa yang difikirkan.
Sikap anda yang suka ikut jalan biasa, makan makanan biasa, naik kenderaan yang dah biasa dan kawan dengan orang yang dah biasa juga merupakan strategi otak mengelak dari berfikir. Sebab nak jimatkan tenaga.
Jika anda layan cara automatik otak buat kerja itu, maka kemungkinan untuk jadi lebih baik dengan melakukan perubahan pada amalan diri, akan terbantut.
Terbantut kerana satu-satunya cara untuk ubah diri jadi lebih baik adalah degan melakukan perubahan. Buat perkara baru ni melibatkan risiko. Tak tahu samada jadi lebih baik atau kurang baik. 
Tak ada orang yang suka ambil risiko. Jadi lebih banyak untuk cuba kekalkan keadaan.
Tapi, kalau kekal dengan amalan buat perkara yang sama saja, dah tentu akan jadi macam tu saja tak berubah.
Mungkin umur dan rupa diri saja yang berubah. Isi dalaman macam tu jugak. Patutlah Al-Quran selalu ingatkan manusia suruh berfikir.
Ada faedah besar yang dapat direbut seandainya anda faham bagaimana otak buat kerja. Anda boleh hack keadaan default vaue itu untuk mengambil faedah pembaikan diri.
Kenapa perlu latihan ulang tubiAnda perlu paksa diri buat latihan ulang tubi sampai otak simpan semua maklumat dalam memori.Otak tak akan buat kerja saja-saja, sekadar untuk buang tenaga. 
Memang baik niat otak anda tu. Dia nak berjimat cermat. Apa saja matlamat yang anda nak capai, kerja otak adalah cari jalan paling mudah tanpa guna banyak tenaga.
Kalau anda lapar, kat depan tu ada buah epal, capai saja dah boleh genggam dan kunyah, itu akan jadi pilihan bila timbul rasa lapar. 
Kalau nak pastikan anda makan makanan sihat, pastikan semua jenis makanan sihat mudah dicapai dari kedudukan anda. Sihatlah jadinya kalau sering diamalkan begitu.
Jika anda paksa diri dalam keadaan susah atau senang buat juga satu aktiviti baru. Maka mahu tak mahu otak akan mula tolong anda kuasai perkara baru itu secepat mungkin. 
Hanya pada awalnya saja otak akan cari jalan untuk anda gibab.
Tapi bila anda paksa dan paksa. Maka akhirnya otak akan mula serap semua langkah baru itu, masukkan ke dalam memori sampai ke satu tahap semuanya berlaku secara automatik.
Bila dah jadi automatik, otak separa sedar yang akan buat kerja. Dalam keadaan itu, tenaga yang perlu digunakan adalah sangat minimum.
Macam tulah otak berfungsi.
Sebab itu kalau anda buat sesuatau amalan secara konsisten, lambat laun ia akan jadi sebati.
Bila dah sebati, anda buka ruang baru untuk masukkan disiplin atau kemahiran baru pulak.
Diserap ke dalam memori lagi dan begitulah keupayaan anda akan naik dan naik jadi cekap dan hebat dari masa ke masa.
Latih diri berubahPanjang saya cerita mukadimah kat atas tu
Sebenarnya saya nak cerita pasal buat cabaran pada diri sendiri.
Tujuannya adalah untuk latih diri rasa selesa buat perubahan. 
Ada beberapa cabaran baru yang saya sendiri nak buat untuk tahun ini.
Saya nak ajak kawan-kawan yang selalu baca blog ini cuba buat perkara yang sama.
Berikut adalah 3 perkara baru yang saya cabar diri saya sendiri dan anda untuk mulakan minggu ini.
#1. Jangan sesekali cakap pasal diri anda setiap kali berbualKalau anda rasa ini satu perkara yang sangat mudah, saya cabar anda untuk buat perkara ini selama satu minggu bermula hari ni.
Satu sikap biasa manusia adalah suka cerita pasal diri dia. Termasuklah saya sendiri. Bersembang dengan kawan memang lebih menyeronokkan kalau kita berjaya cerita banyak tentang diri kita berbanding mendengar cerita kawan pasal diri dia.
Ada tentu tahu kalau setiap kali bersembang dengan kawan, berikan peluang dia cerita banyak pasal diri dia. Kita dengar dengan penuh minat dan bertanya untuk tahu lebih lanjut dengan ikhlas, tentu anda akan masuk dalam senarai manusia paling diingini oleh kawan anda itu untuk keluar makan atau pergi berjalan.
Ini yang saya akan buat bermula hari isnin ni setiap kali berbual dengan sesiapa saja.
#2. Banyak mendengar dan bertanya dari bercakapIni lanjutan dari perkara no 1 di atas.
Selain dari berhenti terus cakap pasal diri sendiri, saya akan berusaha untuk banyak mendengar dari banyak bercakap.
Bercakappun hanyalah untuk tujuan bertanya soalan supaya teman berbual itu dapat bercakap lebih panjang menerangkan apa yang dia nak cakap.
#3. Beli satu barang baru bagi 2 kat orang barang yang dah adaIni cabaran untuk kurang membeli. Juga cabaran untuk kurangkan apa yang dah ada dalam simpanan.
Setiap kali saya nak beli satu-satu barang, saya akan terlebih dahulu hadiahkan apa barang yang saya dah miliki sebanyak 2 barang kepada orang lain.
Kalau tak ada barang yang nak diberikan, bermakna saya tak boleh beli barang baru tu. Padan muka!
Cabaran ini tidak termasuk untuk barang makan dan minum yang selepas beli, atau apa saja jenis barang yang selepas beli pakai habis. Hanya barangan yang selepas beli akan kekal ada dalam simpanan saja.
Itu saja cabaran 3 perkara baru untuk minggu ini. Nanti kalau ada idea lain pulak masuk dalam otak ni, saya akan kongsikan pula cabaran baru.
Kalau anda ada apa saja cabaran yang nak saya tulis kat sini untuk kita sama-sama amalkan, sila komen atau email kat [email protected], nanti saya kongsikan untuk artikel lain, insyaallah!
Selamat beramal!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/06/cabaran-untuk-buat-3-perkara-baru-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Hari Anak Minta Papa Baru Lufya Omar Selesa Hidup Tanpa Suami

Setiap Hari Anak Minta Papa Baru Lufya Omar Selesa Hidup Tanpa Suami

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 212 hits
Sudah dua tahun bergelar ibu tunggal pelakon Lufya Omar berkata dia masih belum terbuka hati lagi untuk mencari pengganti Memetik mStar Online Lufya berkata meskipun perkahwinannya sebelum ini gagal namun dia tidak trauma sebaliknya anaknya...
Amalkan Doa Super Hebat Ini Supaya Terlindung Dari Musibah Diri Dan Harta Benda Ustaz Kazim Elias

Amalkan Doa Super Hebat Ini Supaya Terlindung Dari Musibah Diri Dan Harta Benda Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 212 hits
Amalkan Doa SUPER HEBAT Ini Supaya Terlindung Dari Musibah Diri Dan Harta Benda Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Latih Tulisan Tangan Baru Untuk Watak Profesor Dalam Why Her Seo Hyunjin Dipuji Berdedikasi

Latih Tulisan Tangan Baru Untuk Watak Profesor Dalam Why Her Seo Hyunjin Dipuji Berdedikasi

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 183 hits
Semua pasti bersetuju Why Her merupakan antara drama Korea yang paling mendapat perhatian ramai kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Seo Hyun jin menerima pujian ramai kerana dilihat berlatih tulisan tangan yang baru bagi memadankan dengan watak ...
Jokowi Teken Pp Baru Direksi Bumn Dilarang Jadi Pengurus Parpol

Jokowi Teken Pp Baru Direksi Bumn Dilarang Jadi Pengurus Parpol

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 136 hits
Aturan ini tidak hanya berlaku pada jajaran direksi BUMN Tapi juga anggota komisaris dan dewan pengawasan BUMN
Selesaikan Dulu Isu Baru Pru Atau Pru Dulu Baru Selesai Isu

Selesaikan Dulu Isu Baru Pru Atau Pru Dulu Baru Selesai Isu

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 177 hits
Janji selesaikan isu selepas PRU membawa maksud rakyat akan kena kencing sekali lagi Kerajaan sekarang PM sekarang tentunya mahu jadi kerajaan semula PM semula tanpa penting sangat parti mana akan menang Kalau parti menang mereka tersingkir...
Myspr Daftar Cara Daftar Spr Online Untuk Pengundi Baru

Myspr Daftar Cara Daftar Spr Online Untuk Pengundi Baru

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 294 hits
CARA DAFTAR SPR ONLINE Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka...
Pengambilan Tanah Oleh Kerajaan Di Kg Sg Baru Duluan Merbahaya Khalid Samad

Pengambilan Tanah Oleh Kerajaan Di Kg Sg Baru Duluan Merbahaya Khalid Samad

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 144 hits
TANYA PIMPINAN UMNO MEREKA KATA BOLEH JUAL 3K SKAKI MANA DIA TAK TAU DENGAR MACAM SUARA PM DENGAR JUGA SUARA NUAR MUSA DENGAR JUGA HAHHH NAJIK NAJIK MANA PEE Pengambilan tanah oleh kerajaan untuk diserahkan kepada pemaju swasta sebagaimana ...
Pulak Baru Tadi Aku Ingat Berita Pelesu

Pulak Baru Tadi Aku Ingat Berita Pelesu

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 177 hits
Kalau bukan anda siapa DAP soal DBKL projek RM30 juta ganti tiang lampu June 12 2022 Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada DBKL dan Suruhanjaya Sekuriti ada mendapatkan SCIB bagi penjelasan lanjut PETALING JAYA Penafian De...
Merancang Untuk Hamil Ini Waktu Sesuai Makan Asid Folik Baru Mudah Lekat

Merancang Untuk Hamil Ini Waktu Sesuai Makan Asid Folik Baru Mudah Lekat

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 342 hits
Asid folik adalah suplemen vitamin B yang digunakan untuk mencegah kecacatan tiub saraf semasa kehamilan Tetapi adakah waktu sesuai makan folic acid pagi atau malam Ketahui cara selamat dan betul untuk mengambilnya Apa itu asid folik Sebelu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba